Friday, December 18, 2009

berjalan selagi mampu~

selamat tahun baru ISLAM!

Memiliki kehidupan yang lengkap saya kira,tapi masih terasa ada kekosongan yang entah dimana..
Kalian fahami perasaan itu?

bersama kita terus mencari untuk melengkapkan kekosongan agar kita sama menikmati setiap kegembiraan yang ada =)

Berjalanlah selagi mampu! 

Wednesday, November 11, 2009




mampu bertahan?

bersabar dan amat kuat.kesakitan yang makan dalam.berdenyut pada rasa yang tak kelihatan.berdenyut pada tempat yang jauh terpendam.
kesakitan itu amat.keperitan itu jerih.apa daya selain bertahan?

diam itu tidak jua membantu.bersuara apa lagi pada daya.batu.patung.senyum manis tetap terukir.kecantikkan yang masih membina kegembiraan.tapi hanya pada rupa.tetaplah senyum.

terasa denyut pandai menjalar.melewati ruang yang ada.rongga yang berdekatan.menziarah barangkali.bertanya khabar.ambil berat.cakna.perjalanan sunyi itu menyapa akal fikiran yang menghantar impuls pada saraf yang terdekat.mesra pada rasa.

dia tetap ada.masih begitu.setia pada hukum alam.bersabarlah,jangan di usir.masakan dia pergi jika dipaksa.tenang dan berlagak senang.
tahniah,semoga mampu terus bertahan.

kesakitan yang menginsafkan.seketika cuma.

~sakit gigi~ duh!

Monday, November 2, 2009

a little girl teach me,LOVE is letting go..


To let go does not mean to stop caring, it means I can't do it for someone else..
To let go is not to cut myself off, it's the realization I can't control another..
To let go is not to enable, but allow learning from natural consequences..
To let go is to admit powerlessness, which means the outcome is not in my hands..
To let go is not to try to change or blame another, it's to make the most of myself..
To let go is not to care for, but to care about..
To let go is not to deny, but to accept..
To let go is not to nag, scold or argue, but instead to search out my own shortcomings and correct them..
To let go is not to adjust everything to my desires, but to take each day as it comes and cherish myself in it..
To let go is not to regret the past, but to grow and live for the future.
To let go is to fear less and love more...



it hard to let someone go..tapi bagi daku,semua yang kita buat mesti ada alasan sendiri..susah,tapi kita mencuba bukan?
berjaya atau tidak,bukan persoalan..sekurangnya kita mencuba..

daku jua mencuba..melepaskan sesuatu yang amat daku sayang atas satu sebab yang mungkin semua tak paham.tapi bagi daku,itu bergantung pada keupayaan dan daya penerimaan masing-masing..mampu atau tidak,kita perlu mencuba..
serius,daku tak mampu..tapi daku masih menuba sehingga hari ini..kerana daku melepaskan atas satu sebab..

SAYANG..

kerana sayang,daku biarkan dia pergi..
kerana sayang,daku keraskan hati menolaknya jauh dari diri..
kerana sayang,daku berpura senang bila dia masih menghampiri..
kerana sayang,daku menangis bila dia mula menjauhi..
kerana sayang,daku sakit bila dia dah ada yang memiliki..

tapi daku belajar bersyukur dengan apa yang ada pada diri..
by letting love go,i have allowed myself to grow~

love always..

Saturday, October 31, 2009

mula menulis lagi..



Daku mula menulis lagi.
A B C D....kembali mengenal abjad..


DULU..

rumput itu hijau aman,damai dan menenangkan..
selesa sangat...nak golek2? haaa..tertonggek pun boleh, kerana hati senang,riang dan lapang.
jua berteman?

SUATU HARI,

rumput tu tak hijau lagi.bukan sehelai dua..tapi satu hamparan hampir mati..
hijaunya tak lagi ada seri..ada kaler kuning2,pendek..tak tinggi-tinggi..

Laman tadi sepi..dah takde tergolek2,tertonggek2...hanya termenung dari tepi..
hati terus sunyi,empty..langsung tak ada isi..
rupanya teman tadi telah pergi..  

rumput hijau tadi,hidup segan..mati?belum lagi...mana senang nak mati,kan akarnya gugusan mencengkam bumi...mana mungkin senang nak turut sama pergi.
cuma rumput tadi perlukan masa nak tumbuh kembali..
kerana hidup tak terus berhenti selagi bumi masih di paksi..
rumput itu berusaha untuk tumbuh sekali lagi.

SEKARANG...
laman tadi masih belum berseri..tapi rumput tadi tak lah kering lagi..dah ada yang panjang,boleh menampung embun rintik pagi-pagi..perlu masa lagi..
hati,belajar memenuhi..


Percaya janji TUHAN,DIA tak pernah mengainayai..kadang kesusahan dalam hidup tu ujian untuk menguji..sejauh mana hati tabah menempuhi..
bergantung pada diri,matang untuk menghadapi..


kesabaran itu kekuatan diri
bersama belajar erti syukur dan menghargai..

daku mau hadir

daku mau hadir..seperti masa dulu..
boleh kan ma?

daku percaya pada diri,kini makin megerti..
janji!tidak melanggar etika perundangan kita..
xpe kan ma?

selamat kembali lagi..tapi daku sentiasa ingatkan diri.silap dulu jangan diulang lagi..kelak lagi teruk kena patuhi perundangan baru lagi...huhu,tu dulu time kecik-kecik lagi..sekarang kebebasan itu diberi,tapi kena jujur dan ikhlas patuhi janji! 

Baeklah ibuku sayang...permata hati..


daku jua mau hadir lagi..
selamat kita sama-sama berkongsi,rumput itu kering lagi?
errr..daku akan cuba bajai,biar cantik indahkan hamparan bumi.


Eeeh..banyak pulak frasa 'eeeeee' bunyi?
:D
biarla...seronok kerana ma bagi!! 
 
terima kasih.selamat beraktiviti jari!