Showing posts with label berbodohan. Show all posts
Showing posts with label berbodohan. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

nafsu

nafsu tu kalo reti hargai ia adalah nikmat yg amat. 
tapi kalo kau membuta tuli, ianya jijik yg sangat.

selagi tuhan bg masa bg umur bg kesihatan bertaubatlah.
tapi kalo masa pun da senja,umur pun lebih separuh usia,kesihatan pun makan ubat kau tetap jijik dgn apa yg kau buat. yeks. 

Saturday, July 30, 2011

tiga

ada satu ketikanya berguna untuk kita tidak terlalu teruja dgn apa yang kita ada. kerananya hidup ini ada atas bawahnya yang bila smpai masa ada ayat, "nasib baeklah" sebagai penyelamat dan penyedap rasa.

Saturday, November 13, 2010

signboard

(dengan nada tegas)
"ini saya punya"

(dengan nada sopan)
"xpayah la nk buang masa baca"

(sikit nada keras)
"ada aku kacau hidup orang ke?"

(unsur nada panas)
"bila rasa aku jadi hal untuk seminit dalam pikiran kau,jangan nak cari pasal"

(unsur nada -baek-aku-yang-blah-kalo-macam-ni-)
"url rise ni bole tukar la banggang.jangan cari aku lagi"

telinga kau pilih nada mana?
on pilihan nada anda dan hantar ke talian aku sekarang.

Wednesday, September 1, 2010

sesi soal jawab

soalan bagi aku "agakbanggang" tadi.bagi aku la.tapi logiknya soalan tu umum dan biasa je.sebab orang tak tahu kan.maka perlu untuk bertanya.

"bagaimana menghadapi saat putus cinta dulu?"

ahh.perlu jawab keee? perlu keee? haha kalo kasi jawapan "aku lupa la" logikkan?

nantilah.aku cerita.tapi sekarang xdapat nk terangkan.sebab aku lapaaaaa.owh puasa2.tapi isi sahur tadi da xhadam.jadi bahan muntahan.haha nilah.sebab da perlu sangat balik rumah aku kira.

sabarlah.seminggu je la. ~_~"

Tuesday, July 20, 2010

dari peti draft

konon kisah kita selamanya
ketidakbiasaan yang pernah kau biasakan.mula mula sakit.
payah aku nak terima sebab aku memang tak bisa.
kau agungkan manja dan kau ulit setia.
mampir aku separuh gila sebab aku "terbiasa"
dan itu semua aku belajar untuk buat biasa biasa saja.

sebab sejarah sehelai tisu yang kau kirim.
ada nota cinta.
dan air mata aku pecah depan manusia manusia.
manusia yang pelik selama ini aku bertawa.

sesungguhnya makan masa.pandai gila masa makan.sebab sehingga saat aku jumpa idea ni.kau dan aku entah kemana.
sememangnya "konon kisah kita selamanya"
yang aku ada sisa yang bila aku rewind,senyum senyum kera.
terima kasih untuk cinta.

****

"peluang kedua"
aku bilang aku punya masa.simpan sabar pada tiap angka.
bagi ruang dan peluang.dan aku simpan impian.

dan semalam.
"sepuloh hari lalu kami terbahak suka.tapi sekarang air mata teman setia"
dan sekali lagi semalam.
bukan semalam saja bodoh.selalu dan sentiasa.
aku lewati tapak saksi.dan ntah kuasa apa aku jejak kaki.
kecamuk.tapi aku pura berani.
sebab aku sahut.
"cinta itu tak pernah mati walaupun kita tak lagi wujud"

benar?

Thursday, June 24, 2010

main jiwa sebulum aku putuskan aku benar benar bersedia



mari main percubaan berani mati sebulum aku putuskan aku benar benar mahu mati.
bercerita tentang hal hal hati yang banyak aku tak kongsi.





haha (cover sendiri)
wehh percaya kepala ras nak bukak pekung sendiri?
tunggu lalang berakar tunjung menebus tanah gersang bulum tuntu turun hujan aku xkan judikan(huuuuppp..amek napas.panjang sangat la pulak)



ok dah terlupa nak sambung apa..hakikat.mmg aku makin menghampiri hari tua :D
selamat malam.

Friday, April 16, 2010

sampah!

pertama,maaf.saya mahu mencarut.(hari ni hari jumaat ras)
xpe,saya mencarut dengan bahasa sopan ok?
mari.

kau,aku benci.dengan nama yang kau bawak,kau bajet,kau ingat kau hebat,semua benda kau tahu?hidup aku kau nak kesah,hidup kau,kau sendiri kesah?aku diam dan diam bukan makna aku setuju.kau ingat selama ni apa kau buat semua betul di atas alasan yang kau sendiri konkritkan?pendapat yang kau simenkan?
kau suka,seronok bagai orang mabuk bercinta.kau gelak,ketawa bagai bajet orang berasmara.kau,samapah!bahagian yang aku sangat tak suka,kau bajet.demi dia,kau ketepikan segala-galanya.dan nah hasil,apa kau dapat ha?dia bagi kau minum susu ke?ada dia bagi pau singgittigapuluhsen ke?tahik kucing dia pijak pun kau sanggup sapu pada rumput hijau.gile keji.
mulut kau suka hati.cap periuk buaya tembaga ke?yea,dan kau bajet suci.dan aku laaa bajet tak mengerti.yeala konon aku lemah berkomunikasi dan tidak langsung ada 3g?elllloooo~sekurang-kurangnya hidup aku sendiri tak payah nak bajet suci.
kau,sila teruskan pergi bersama sampah sampah yang kau sendiri da pandai maki.

dan kepada aku yang bodoh pun,sila sedar diri.
sila berhati-hati sebelum kau terus temui sesalan yang kot kot berbuah dua kali.
kalo pisang xpe,boleh jugak makan wat proses tahik.

ape?haaa memang saya tengah berapi.
kenapa?haaa yea wanita memang hormon tak suci.
daaa la.nak ape lagi???!
pergi pergi~nanti saya oke la ni~

Saturday, April 3, 2010

kepeningan

Lupakanlah saja diriku bila itu bisa membuatmu kembali bersinar dan berpijar seperti dulu kala caci-maki saja diriku bila itu bisa membuatmu kembali bersinar dan berpijar seperti dulukala~







daaa.berhenti mengarut.
selamat sehat~ T____T

Thursday, April 1, 2010

rahmat

selamat pagi kamis

tika embun masih basah didaunan
aku bertafakur
tika unggas cuba mula mengintai alam
aku diam
tika burung usai bising mencecah pagi
aku mahu
tika sinar mula terangi bumi
aku masih diam


menanti pada yang sendiri mynghukumi
tapi
alam bukan tempat jawapan yang aku temui
ada pada diri
jauh dalam hati

berhenti.aku kira suda penat meneruskan
ini.

Friday, March 26, 2010

kamu yang saya tinggalkan!

kamu.
apa khabar didamping beliau?
saya mahu sekali bertanya soalan ini.tapi saya bataskan dengan kesabaran.
saya mahu sekali berhubung talian.tapi saya pagarkan keangkuhan.

kamu.
apa yang kamu selindungkan?
saya mahu sekali menyoal dengan sebal.tapi hati saya tegar.
saya ingin sekali menjerit minta penjelasan.tapi saya bodohkan pemahaman.
banggang.

kamu.
hati terusik itu kamu tipu dari beliau?
kamu bahagia terusan bersama beliau?
jika yea.sila teruskan.
hati saya mendoakan kerahmatan.
tapi waras saya menyoalkan kenangan.

maaf.
hati saya terusan rindu.
hingga saya mimpi yang terus bangkit hilang penat.
kuasa apa yang kamu tinggalkan?
saya tak mampu buang.
jahat.sila jauh dan terus hilang dari saya.

benci.
kamu manusia yang paling saya mahu jauhi.
kamu individu yang paling saya sakiti.

blah.jangan terusan pandang saya lagi.
saya tak mahu mengerti itu!

biarkan saya tido kalo itu kamu tinggalkan.
bantal?
itu cerita lama.lupakan.

jangan tinggalkan???
hey..siapa yang terbukti sekarang?

sampai hati.
saya hanya tinggal ke toilet.tapi kamu terus tinggalkan saya selama bersama hati.