Showing posts with label berperikemanusiaan. Show all posts
Showing posts with label berperikemanusiaan. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

"believe everything happens for a reason"


I cant find the place your heart is hiding for. and im no quitter.but im tired of fighting. 
oh and being tolerance.

"mungkin kita kan berbeza haluan"

Monday, December 6, 2010

cetek ilmu di dada?

agak menjadi sedikit babi menjadi orang sebelah yang dungu dan bahhahol pemikiran.


“Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya”. (Riwayat Muslim).


mak ingatkan,
"sedangkan kita ini jiran.walhal ibu bapa yang mengandungkan lagi hina mereka perlakukan?"


selama mana tahan.sabarla sayang.bumi tuhan ini merata kehidupan.setegar ini hanya satu ujian.
salah satu.

Friday, September 24, 2010

lain bukan lain

bila "apa" yang kau lama kenali dulu itu bertukar menjadi "apa" yang sepertinya kau tak kenali lagi,lain bukan?
hanya jawab cover : sedangkan pantai berubah.ini kan pula manusia ya?

kau reti bahasa? itu pantai.berubah tara mana pun dia,dia tetap disitu.setia pada ombaknya.ceh,dan kau?

ntah kemana mana.yang bila masa aku panggil kini.bulum tentu kau ada.bulum tentu.
dan kau pernah amek tahu apa aku rasa? asyik kau saja perlu dirasa dan perlu dijaga rasa.

terasa?

Sunday, September 5, 2010

(jangan) pandang serius

ada soalan aku kena jawab kan? da mcm formsping pulak.haha yela kan.sbb ni baru bukak so kena la jawab.soalan da tertera.aku xnak ulang.dan nk kena jawab ni cepat2.sbb da mlm ni..esok aku kena bangun,jalan,beli baju,bukak posa,tido pulak.eh eh tak tak.

mcm ni.aku nk jawab ringkas je.xnak elebrate panjang2.sbb bagi aku xde guna pun.saja2 je la ni.jadi sila (jangan) pandang serius.sebab aku sendiri jawab ni satu satu.
kalo rasa ada ayat perlu panjang panjang : sila tambah.sebab aku langsung tak kesah.
maka mari.baiklah.

aku? dlu putus cinta? owh ya pernah pernah. dalam jangka masa nk menghampiri dua tahun dah.becinta dlu hampir 3tahun.hampir sgt lah.tarikh? maap aku ingt.dlu ada catat,tapi sekarang apa jadah.haha.

1. drop down gilabab : xdapat tdo : xrasa ngantok : bila nak pejam mata,sunyi gila : bola buka mata,sorang gila : so nanges saja : saksi dan mangsa masa tu : bantal kuning : sakit tahu?

2. xrasa lapa : xrasa nk makan : xda nafsu : walau aku paling kuat makan : demam hampir 2 minggu : nanges : mmg trun berat badan 4kg : ini semua xtipu : hanya ada masa tu : sunyi : sakit tahu?

3. xnak cakap banyak : pelik bukan sbb aku ni periang : gaul dgn orang : buat2 sebuk dgn keja : walaupun xde idea : smpai design proposal xtau mana,ntah mcm apa : mdm syasya tny aku "kenapa?" : pndg laptop : pegang mouse tapi xderak gerak : nanges : psg lagu dgr headphone kuat gila bole pekak : nanges lagi : smapai puas,puas hati : sakit tahu?

4. sebukan dr dgn kawan2 : terpaksa : terpaksa walau xrela : terpaksa kuar : buat2 ceria : aku la orang paling belagak : belagak gembira : nanges : kuar mkn : tgk wayang : belagak hepi walau sumpah gila sepi : ketawa tapi hati mati : kadang mata berkaca xkira depan siapa : so nanges je la lagi.sakit tahu?

5. buat2 sebuk lagi : mula belajar lepak stay setudio : walau sorang2 : walau hujung minggu : sbb kat bilik : segenap ruang adalah tentang dia : dan dia : nanges : sunyi tahu?

6. kuar sorg2 : benggang : mula xle tahan diri sendiri : ikot apa kata hati : xpikir guna logik akal tuhan kasi : "ikot hati mati" : nasib la hidup lagi ni,tuhan sayang lagi : jalan ikot kaki : mulut xlarang apa : ikot saja kaki mana dia nk pegi : penat : nanges lagi : sakit tahu?

7. tulis : apa rasa semua tuliskan : mana mana : catat je semua : semua semua walau hnya sepatah "letih" "sedih" "rindu" : tulis sampai aku nanges : biarkan : sakit tahu?

8. tiap tiap hari kol mak : sembang sembang kosong : belagak sombong : xda apa apa yang perlu mak risaukan : belagak kuat : walau lepas letak phone : meraung bagai nak rak : "mak sakit mak.peluk saya kuat kuat" : nanges : sepi.

9. mengadu pada tuhan : tuhan : tuhan maha Cinta : maha Kaya : doa : semayang : baca kitab tuhan : mengadu lagi : sakit : nanges : hati sakit sangat : amat : sunyi : lonely.

ok dah.banyak lagi.tapi cukup cukup la tu.sakit tahu? dan sebab itu aku tak mahu sgt tgk manusia manusia keliling mati sekejap.sebab sakit dia xde sapa mampu.aku pun. lemah gila.gila nak mati.macam xde hari esok kalo nanges hari ni.tapi kan, tuhan tu ada.maha Sayaang.

untuk buat aku seteguh ini hari ini : terima kasih tuhan. rasa tu belum ada ganti.belum lagi.atau belum dah.bukan aku punya.lagi.jadi puas? malamlah.aku mahu bangkit sahur yang menghampiri penghujung bulan.hari hari hujung di bumi uia ni.

sekian.ni kasi bukti untuk tatapan.haha

setahun enam bulan yang lepas (kot,haha pandai2 aku): selepas selesai bersama kanak kanak jom kreatif : rasa tu datang dan tumpah : yg pasti payah.bukti? haha malu? dah tido lah.lain kali jgn tnya lagi cerita dulu dulu.aku rasa aku la manusia paling dungu. malam yang indah2.

p/s : i love u.ras :)
september : 10 haribulan tahun ini mungkin raya.

Monday, August 23, 2010

"the only"

13 ramadhan : and i still the same.

semalaman,aku masih terbayang bayang wujudan dia dalam ramai.dari jauh,aku beranikan diri.dan bila aku betul betul berdiri depan dia,dia xlokek dengan mesra.lagi aku haru.aku cuba sentuh,dalam ramai.jadi xde la orang prihatin sgt kalo nampak.sbb dalam ramai.aku tahu mata pandang,tapi hati sama bicara.lama aku pandang.dan aku tahu.hati aku suka.tapi sayang, i cant.kekuatan tak cukup.maka aku tinggalkan dia.

seblum aku benar2 jalan,aku pusing lagi buat kali terakhir mungkin akan bersua.dan dia masih tenang.tetap mesra.melarang pun tidak menyuruh pun tidak.ya aku tahu,semua keputusan pada aku.tapi mcm aku katakan lah,kekuatan tu xcukup.maka aku nekad, i must away.keep walking.

malam dan bila aku sorang.i keep thinking.mengeluh ada,seksa pun ada.lama aku berkira kira.perlu ke?
"kalo xda pun,xpa.kalo ada,yes.mmg aku da suka." jadi apa salahnya?
buntu.

aku nekad.sbb hati aku degil.aku pandang waktu dan aku menaip sesuatu.ya untuk ibu.kerana aku tahu pada dia.masej aku bukan berbaur meminta pendapat atau pandangan.tapi menyatakan. ok nampak keseriusan itu.berani (tak) mati.dan aku bulatkan hati.

tak lama.sekejap saja.ibu katakan boleh.dan xkesah.mahu aku peluk sayang!
owh.akan aku cari.walau pun aku da ada.lagi.
sempat.i still left belas belas hari lagi. :)
"u are the only"



p/s: baju kurung purple.

Tuesday, August 10, 2010

(sangat) tak kuasa


semua kerja di tangan DIA punya.maka Dia berkuasa (sangat) di atas tiap satunya.apa mampu aku buat.terima dan tenanglah.

selamat.


jika la aku mampu mengekspresskan betapa aku (sangat) have a sad.

again.selamat berpuasa.
benarbenar (sangat) sendiri.kali ini.

Sunday, August 1, 2010

"love:rewind"

selamat hari ogus :)
semalam aku dia dan dia terjumpa di tempat "cinta"
merdeka! er er?



dan akhirnya~


p/s:sebenarnya aku hanya mahu tunggu 31ogus ini.er nk laung merdeka? uish mungkin la sbb skg da warganegara malaysia kan? haha bukan.kerana due "khazanah" nya kata 4 minggu.jadi sabar2 saja tunggu la ya.

Wednesday, July 21, 2010

gapai kalo tangan tu sampai

manusia masih gagah berlari.mungkin mahu pulang pada cinta hati.
tika aku pandang tinggi.
malam dan terang.
sebab lampu lampu jalan dan kenderaan yang xpernah bagi tanda nak berhenti.
penat?
bilang saja pada cinta.sebab mereka rela.

aku cuba menyelami kota.
belum siang terang suda berpeluh mengejar masa.
bersemak dalam laungan keramat 1malaysia.
berkongsi udara pada sesak pagi.setakat oksigen yang sedia ada.

lewat petang aku cuba buat pilihan.
terus langsung pulang atau mencari peleseran.
aku cuba lagi.sebab menyelam jauh jauh dalam,xda apa aku rugi.
terus pulang.aku sendiri sujud pada tikar sejadah merah.
pemberian mak buat bekalan memungut pahala ibadah.
tapi lagi aku kalih.manusia manusia itu bila sujud?
mungkin mereka ada waktu.yang tak sama dengan aku.

jika pun aku melencong mencari riang peleseran.
manusia jua mana mana."xpenat ke?"
setakat tanya pada jiwa perempuan aku.
jawapannya "ya".bukan ada alasan yang logikal.
ntah.mungkin lagi waktu mereka sendiri.
berbeda dengan aku yang xberapa tegak mengerti.

tika ujan aku dibawah payung biru.
aku pandang gigi kain kurung yang kuyup.itu aku tak langkah.
dan aku rasa sejuk air yang melimpah ke dalam kasut.
dan manusia manusia masih rakus tanpa henti.
laju dan masih mahu lumba.
aku hantar sepi.kosong dan aku penat berdiri.

malam ini aku baring mendamai hati.
tepat butir bintang terang.sapa membalas seri.
tapi osikel pendengaran aku masih belum sunyi.
menangkap ralit amplitud amplitud beroda.
tiub eustachio terus terusan menghantar bunyi.
manusia manusia.pulang.


esok masih bisa gigih berlari.untuk setiap denyut hemoglobin yang masih merah. berdarah dan panas.

Monday, April 19, 2010

Kami Prihatin

saya prihatin.hati kalian?
mari,saya mengajak kita sama prihatin tentang kempen ini.
sekali saya dengar lagu kempen ini,saya cukup kasiankan mereka.
sila,kita sama kasihani pada ciptaan tuhan yang tak diberi peluang untuk sama berpijak di bumi hijau ini.
Harapan mereka memang Tanpa Suara~



hidup adalah peluang.jangan ditambah kesilapan yang silap.
keterbukaan peluang itu pada hati sendiri.



dia putih suci,tiada dosa.jangan diainaya.tak nak sangat,bagi saya:)