Showing posts with label kegembiraan. Show all posts
Showing posts with label kegembiraan. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

bulan mengambang

happy november 2011. 
setahun lalu bulan ini adalah bulan bersara di JMM. dalam sekejap everything appears differently buddy. 

tapi tahun ni bulan november adalah bulan mengambang. tapi bukan untuk aku. yess yess ia adalah mengambang. haha kerana manusia manusia rapat di hati ramai yang officially dimiliki :) 
hihi.

aku pun sambut bulan mengambang ini dengan bunga kembang kembangg :D yay! banyak dan berkaler-full.
ini adalah handmade yg bakal get attention kat kawin eyfa nti. 
tetamu nk pandang bolee, nk pepandai potongg harap2 nya jgn. kuciwa aku nti haha. 

lagiii cukup colourfull bukan? 
harap2 hari besar next week xhujan. maka bole la tayang kembang kembang ni bergantungan. ini semua masih dalam pembuatan. nanti2 aku tayang lg gmbr bila hari kejadian ok ;)


haaaa. pliss make me proud of u guys nanti yea cik kembang :D

eyfa ni kazen bau bau bacang dgn aku. tapi sbb kami sama umor jadi rapat dan aku tolong dia merealisasikan impian kawin dia yang bertemakan klasik melayu. oh mmg itu tema dia. yang bunga kaler2 kembang2 itu je yg part tak klasik. ehe tuk garden punya shoot time potong kek kawin bertingkat2 nti. harap2 sabtu depan tak hujan je. kalo hujan menatang kembang2 ni semua mmg xbrapa jd garden dah :| 

nah. ni pun handmade bekas2 hantaran. haa pun haruslahh ciri2 klasik yea dok? handmade by pcik dan gubah bunga dari mcik aku.

made by frame gambarr jeww. saving sgt gittuew~ haha

haaa. ini ini. adalah buatan aku. ehem. ada la jugak rupanya sikit seni pndai gubah2. haha stakat susun2 je sape  tak reti yea dok? :P
lain lain urusan aku simpann dlu. kasi suprise lepas kawin.

oh lastlyyy. my feveret daisyy akan jadi bunga tangan pengantin nanti. yay! aku pilih lagi. haha gilaaa suka suka hati org lain kawin tapi aku bg idea semua benda feveret aku je. xpe baek hati budi :P

ok last. selamat hari bahagia untuk mereka mereka yang oficially mmg tengah berbahagia :)
selamat pegantin baru eyfa. 
selamat bakal dimiliki jugak kepada pacik bungsu.
dan selamat bertunang tuk buahati fani dan anis :)
tahniah dari jauh. 

xoxo.

Monday, April 25, 2011

pengumpulan : batch ketiga

berada di uia almost 5 tahun. the most important thing i never planed before. kalau aku nekad dgn akedemi alam dulu, mungkin the life totally 100% jauh beza. kalau jugak aku ke matrik kuala pilah dulu, keadaan nya jgk mungkin tak sama. tapi itulah, i never planned this thing before. and alhamdulillah, im here today for what i have :)

kalau esok esok people would asking apa best di uia, aku nk cakap masuk dlu. kau sendiri akan tau apa yg best tu. haha. nak define lebih2 sgt lah tabole. kalau kau amek law, uish terbaek lah org cakap. kalau kau amek usululdin, er er "asalamualaikum sisterrr" :p haha. terpulanglah. bagaimana cara dan gaya kau mnghargai zaman belajar itu terpulang. dan personally untuk aku, jawapan is : uia the great! :D

seblom pulang,sesi meninggalkan uia operasi mengemas menemukan aku pada beberapa benda tidak bernyawa yang macam, "ohh bapakkk gila.aku pernah buat ni dlu?" :p well. we learn from the experience right? naik tangga pun satu satu. xterus naik lif kan.

ini sikit helaian nota nota kelas art history ke apa ntah dlu. time 1st year punya, kelas dgn dato. aiyaa,kejadah apakah? haha belagakk ha belagakk? :p pk balik rajin gile menyalin nota ha. siap nak exam study conteng2 smpai merah merah ha kau tanda. haha biasa la, budak budak baru nk up. eeee. oh bdw, ini da buang hari tu. buang yg keruh amek yg jernih ok. haha

er ni mn dtg ntah. haha dalam buku sketch yg mdm noraini suh ada dlu. katanya kat mn2 bole sketch. idea dtg bile2. ahhh jadahnya. xpayah nk beriya sketch sgt lah kan? :p haha biasa la lagi, budak2 baru nk uppp! :p

ini collection tagging yang ada. ini xbuang. syg ohhh. :D lupa nk amek skali collection badges. lagi bnyk haa. bdw ini semua bukti. bukti yg berbakti pada uia. haha itu haa. tagging degree show tahun 2008. dan tak sangka, taraaa. kat bawah ini mmg turn aku pulak haaa.  

xpayah nk belagak sgt lah kan? :p

oh ehem ehem. see see. dalam buku nota nota dlu kan. ada terlisted lagi tu ha. "beli bola abi" hahaha. ok personally jugak uia is pernah jadi tempah bercinta. haha pernah laaa. kau ingt aku apaa. biasa la budak budak kan. baru nk upp! :p siap noted kan ha beli bola. ini kira kes nak kasi suprise present kan. bukan stakat beli bola, but bola pun pernah kasi haa :p haha ok sgt lah budak budak. xpe the things we left behind is behind lahh. haha tapi satu je nk cakap jugak, "kau ni banggang ras" :p

oh oh. time ngemas aku ada ni. haa. see, xgrad lagi da dapat bunga ha. auww. :D
foremost, thanks oh. sikit kaget tapi mcm tak pun kan. haha. ehem. kaget sebenarnya. 1st time gilaaa. apa aku nk buat haa? bdw i love it. cantik dan cantik. er cumanya kalo dapat daisy lagi cantik kot? haha kau demand demand pulak. eh tak tak. teriamkasihbanyaaaaak. i know this is ur last choice dear. eee xmalu ke? :p haha. takk takk. syhh. diam diam oh. 
again, terimakasih. :) i do heart it.

xoxo,gudnite 


Friday, April 22, 2011

beautiful people was here;

AAD's Batch Four :)



kalian akan dirindui bermula episod selepas ini :)
kakak,abang,adik beradik lengkap.
harapnya masing masing take great care dimana mana mereka ada. 
ada jodoh kita bersama lagi. 

xoxo. muah :*


Tuesday, March 22, 2011

barisanya tidaklah lurus. tapi kadang tak pula ada bengkoknya.

meng-deep manusia sekeliling yang selalu bertentangan kadang ada baeknya. sebab yang di tentangan tak sama dengan yang disimpan di dalamnya. kerna tiap orang ada ceritanya. bagaimana cara simpanan dan kekuatan itu rahsia identiti diri sendiri. da besar bila di motivasi, tidaklah terasa bermotivasi mana. tapi cuma moment yang dibina bersama,terasa : hidup ini indah ya bila semuanya menyakinkan? (ayat nasir) haha 



hidup ini kalo pun tak menyenangkan orang dan diri sendiri,janganlah pula kita menyusahkan mana mana ya. 
ujian tuhan ini pelbagai datangnya. dan cuma kekuatan dalaman sendiri menentang dan menerimanya.

"susahnya kita. ada lagi yang lagi lagi susahnya mereka lain di dunia"


Tuesday, March 1, 2011

"march whisper"

march already. a bit neves. bukan up to workload yang too much and many, tapi tentang ini dan ini.
"how im gonna live without them?"



ini cinta disini.dari sekecik kecik masalah ke sebesar besar gelak.mereka disini.

upcoming days,
 jgn ada yang nagis2 lagi. i cant stand alone nak pujuk2. :( yang akhirnya membawa aku nagis sama.sebab cubit paha kira paha kanan terasa jua.susah, senang, tak guna, bersama. cuma ada ruang bahagia yang kita tak kongsi sama sama. yang tak bersedia nak berkongsi bersama. yang kita tak mahu bersama. apa apa la dan macam macam kan la bentuk dia, bahagia itu janjinya :)

gudnite sayang :)
bukan mengada bukan cari sempurna. cuma cukup untuk kita sama selesa,percaya, dan ikhlas pada hari hari akan datang. let it be blur ke mengelak ke tukar topik ke, as long as im here, im here lah jawapnya. :)
harap bersabar. masa,ketika dan waktu ibarat cemburu pada kemahuan jiwa. tesis,final semester,final project,degree show,final asgments need to be completed 1st. "heh contract 5 tahun ada kan kan" :p

"preety plis keep be my alarm crabby
xoxo J



Monday, January 3, 2011

purple eyes was mine

alhamdulilah :)

hari presentasi practikal bila ada sesuatu yang aku sendiri tak duga : terima kasih maha Cinta.

aku tak biasa dengan perkara "luar biasa" atau "suprise" atau apa apa saja yang aku tak duga. untuk aku cukup jika semua yang berlaku dengan rancangan yang aku sendiri restu. tapi kan, tuhan janji tu memberi apa yang kita tak minta. 

tidakkah itu satu kurnia :)

walaupun aku tak biasa dengan suprise atau perkara luar biasa yang aku tak duga. kalau da ada depan mata seharusnya aku sukaa :)

p/s : owh ok aku suka suprise cuma tak terbiasa yea? 

Friday, October 1, 2010

saya datang juga :)

ini dia sudah sampai.oktober. :)
dan dua hari lepas,aku tutup september dengan demam yang sendiri jadi,tanpa sebarang syakwasangka.yang sudah tu,mak cakap sudahlah. lain kali kena jaga. maka aku, "hehehe" kan saja lah. :D

aku sendiri tanya,sembilan bulan yang lepas apa aku bikin? sekejap gila 2010 da nak habis? ke aku yang syok sgt berfoya-foya smpai lupa dunia? dan baki 3 bulan selebihnya, sangat perlu struggle. kata pelajar final year.
ini flashback.

tapi bila fastfoward. oktober depan bulan grad. :)
grad yea.bukan main2.ini betol2 kejadian.yang kononnya waktu darjah satu kau tulis dalam buku bila cikgu tanya apa cita-cita : ingin berjaya sehingga ke menara gading.
ha nah, ni lah gading nya. kau nk kan? owh,da nak grad ke? dan tetiba aku pulak yang tak nak habis blaja. xnak pk dunia keja yg gila mencabar.(ini serius) tak tipu.
but people, ini jalan dia kan.face it and fight it. :)
maka gudluck.

tragedi oktober.eh tak.ini lagu awie.aku pohon oktober tak bawak tragedi ni.
biar semua elok2 belaka.

untuk aku ada teman mcm kau kau dan dia. :)
terima kasih cinta.
untuk aku ada pengalaman kat tempat praktikal,
aku kenang smpai bila2.
untuk aku tahu kau selalu ada walau siapa pun kau punya,
sementara masih ada masa kan?
untuk kau yang cuba karang cerita cerita tentang hal aku,
hentikan.sikit aku xheran kalau kau yg sebuk bertukar pasangan.
dan
untuk semua semua : aku sayang kalian.

walau depan2 ayat ini aku simpan.sebab aku selalu doa pada tuhan,
"rahmatilah mereka semua dalam tiap limpahanMu tuhan"

:') sob2.
p/s: nak hati saya? nah saya sanggup kasi pinjam.jangan hilangkan sudah.

Sunday, April 4, 2010

belaan chomel *___*


cakk!ini hiccup..chumel dan sengal~memang ptot di panggil hiccup.dan nama hiccup sendiri tu pun saya da kedengaran chumel *___* wing wing~
budak hiccup ini keturunan viking tapi diberi keistimewaan untuk tidak berviking buat selamanya.eh maksudnya budak ini bertamadun~ haha,paham?

ini,hicuup bersama toothless~ wuuuuuu,matanya membuatkan saya suka :)
sebenarnya nama toothless 2 hiccup yang bagi.kalo nama saintifiknya 'night fury'
ehh tapi tak tahu la betol saintifik ke tak..nama pun cita katun.


sama-sama chumel kan?sila sila kepada yang ingin sama menjadi kanak-kanak sperti saya.(err kanak-kanak ke?)
owwh bukan,ini cerita untuk kanak-kanak..jadi yang menuntunya mesti kanak-kanak kan?
daaaad~jangan nak bajet kanak-kanak.gellli dengar~
ini cerita how to train your dragon.
nantikan versi saya.how to train your duckling!
haha haaa atau how to train your siput :p
owww..jangan! :D

Monday, March 22, 2010

sebuah harga kelapangan~

banyak duit?
bukan itu jaminan kau mampu miliki.
kaya harta?
bukan jua menjadi pasport bebas kau mampu dakap.
poket tebal??
dah~bukan itu harga pada satu nilai yang boleh kau bayar.

lantangkan apa saja yang mahu kau mahu..
demi nilai itu,bukan tempat biasa yang boleh kau bergolek.
pertikaikan ketidakpuasan dan mulut berbuih mengomelan..
sumpah!kau takkan temui dengan senang.
itu bukan barang atau mimpi yang boleh kau jadikan kegembiraan~

jangan tanya saya nilai itu.
kelak sendiri sama mampu kita dapat.

kelapangan itu anugerah terindah yang Dia berikan pada yan g tak pernah penat mencari~

selamat berhati riang menikmati tido yang panjang demi melengkapkan kepenatan kalian setelah penat berperang di lapangan yang kau sendiri buat pilihan!



tersenyumlah bergugus keikhlasan. saya mendoakan kerahmatan yang berpanjangan buat kita semua!

Sunday, March 21, 2010

peminat cilik~

satu perasaan yang indah bila tuhan itu anugerahkan kita dengan rasa kasih,sayang,kasihan dan minat~

haha..haaaa mula laaa 2 pk bukan2..eleh, yang kononnya saya ni meminati dan mengadmire seseorang?
oooh, tidak!
saya masih mampu bertegar dan bertahan dari arus gelombang rasa yang tak enak itu.
rasa itu mampu melaparkan perut yang baru selesai makan nasi lemak.
dan jua mampu menawarkan nasi goreng ikan masin~
wuuuu..bila kalian berperasaan sarat itu,baru kalian sendiri akan akui kenyataan ini.

sunggguh! ciput pun saya tak tipu..xelok menipu~

ini kisah yang benar-benarnya.bukan jua cerita rekaan dan di tegaskan, ini bukan cerita saya!
asli,dari primier sources,tapi bukan saya~
begini..


selalu jee kami jumpa sicantik hitam itu.
selalu jua sangat kami mendengar suara2nya yang menderu.walau tak perlu dan kadang bingit di pendengaran..tapi kami tak sedari itu yang menawan.
selalu kerap amat kami menegoknya gagah perkasa berjalan..bergerak di antara ramai tanpa hilang arah..itu yang mau dicapai,pasti akan diraihnya!
itu yang mungkin mengkagumkan.
semagatnya yang sentiasa gagah, angkuh, segak dan penuh karisssmaaa~


siapa sangka ada peminat cilik di antaranya?


anda bagaimana?



hahahahah~ maaaaffff kalian dan tuan punya badan ;D