Showing posts with label luahan saya ini. Show all posts
Showing posts with label luahan saya ini. Show all posts

Monday, July 4, 2011

room-mate?

aku dirumah sekarang. tanpa rehat lagi. dan sesungguhnya aku rindu uia dgn kirakira 3hari telah tidak bersama :|

Thursday, March 24, 2011

in the middle

aku bukan orang yang cekap dengan keputusan. aku bukan orang yang yakin dengan pilihan. aku orang. memang orang. cuma untuk berkeputusan, aku perlukan masa. untuk berkeyakinan, aku perlukan ruang. jangan kau sempitkan masa dan ruang. sebab yang tanggung beban adalah aku. totalnya aku. yang kanannya mungkin madu. dan yang silap kirinya pahit hempedu. masa depan memang pada aku. pada aku. yang kata kau buru.
a bit im actually in trouble :|

Thursday, January 27, 2011

"keadaannya masih sama"

menjadi 'wani' pada pandangan mata dia xpernah ada sudut positifnya.dari dulu lagi.tapi sebab dlu penuh rasa cinta,kasih dan sayang,kesabaran tu tak ada tara.semua aku telan semua aku usaha.

tapi.

bila menjalani kehidupan yang normal selepas single,keadaan itu tetap sama. 'wani' masih dipandang dari sudut negatif gila.dengan siapa,buat apa,kemana saja.keadaannya masih sama.ayat ayat dia sikit keras,menusuk jiwa.tanpa ada tujuan,dan motif yang benarnya.

katanya,status di fb semua berunsur bahagia,gembira dan ceria.xpernah ada sedih,derita mahupun sikit sengsara. oh dem. dia tahu macam mana aku rasa bila aku manusia paling loser buat tahun ni? dia tahu macam mana aku berdepan dengan dunia bila rupa tak sama macam dulu? dan dia tahu tak macam mana aku berdepan dengan final semester yang banyak takot merata-rata? tak tahu bukan.

sebab semua masalah,sedih, bukan dengan umum aku kongsi.bukan untuk dikongsi.malangnya menjadi 'wani' yang dari matric hingga ke final sem ni,dia tak pernah fahami.sikit terasa loser juga petang tadi.cukup cukup lah mencari salah aku.

heh bodoh.buat apa layan jiwa? bukan,aku pun human being yang ada perasaan. kuat mana sangatlah aku kalau nama da memang seorang perempuan?  :'|
(sikit air mata bergenang)
gulpgulpgulp~

Friday, December 31, 2010

"masa.tak kenal dengan siapa dia berurusan"

meringkaskan 2010.seperti tahun yang tak datang lagi pun x apa.sangat tercabar.dan haruslah : sabar.

bila mana pandang ke belakang, xde la teruk amat.tapi macam nk je cakap, "cukup-la-bole-takk?" 
macam macam yang tak mintak yang tak jangka.lagi lagi yang tak sangka. tapi tak lah semua. ada kebaikannya. ada kelebihannya. 
noted to be short :

Alhamdulilah practical setel to be. ada tamtam. walau tak lama akhirnya dia pergi. lagi, raya tahun ni semua ada atas nama family.lagi lagi, falling in love. hehe tak tak aku kenal kak zee. tapi tahun ni agak mencabar sikit. tough-fing is must be. haish. bnyk motivate sendiri. tapi bnyk lagi rasa down xnak usaha. tapi tu lah. have faith! ada family semua mampu jadi :)  <3

heading 2011

" Do not let your difficulties fill you with anxiety; after all, it is only in the darkest nights that the stars shine more brilliantly. "

Have ur luck ras. :)

Sunday, December 5, 2010

melihat gambar lama ada rasa angkuh yang menyesalnya xde guna.bodoh.

pertama kali aku xpernah bgtau manusia siapa aku sekarang.
xpernah siapa.
bagaimana aku berdiri sejak 6bulan kebelakangan.
aku diam.
diam.

tiap soalan soalan dan sapaan yang aku tau.
ya aku tau mereka cakna.
tapi apa aku mampu buat?
aku xpinta.

sedeh.
lama aku simpan dol.
malu aku da lama hilang ke bucu paling hina.

sebab aku manusia.
                                                                                               sama macam kau.kau.dan dia.

Monday, November 22, 2010

tulus

"I always look into the mirror looking for something beautiful....but all i see is me"

:(


p/s:mirrors show us what we look like, not who we are.
(bajet pujuk la ni)

Friday, October 15, 2010

a word of a thousand meaning.

aku diajar bila huruf "a" tu. "a" la.tak kan jadi "b" "c" "d" atau "e".

"a" tu vokal pertama.tak kata "a" tak kan ada bole smbung "b" atau "c". aku mmg partikular. dgn "a" dan kemudiannya baru diikuti "b" "c" dan seterusnya. mmg aku skema. sbb aku diajar. "a" tu pembuka bicara. skali kau buka dgn "a" maka tutup dulu dgn "a" baru kau bole belajar "b". macam kau baca Quran. tiap buka surahnya ada bismillah bukan?

jadi bila "a". aku pegang "a". bukan "b" "c" "d" atau "e".
bila aku diajar begitu, maka aku pun begitu. berkata "a" dgn kau. dan "a" la dgn "a". bukan kata "a" tapi tetiba "h" aku pegi.

tapi aku punya waras. skali pun "a" kecik bermula, tetiba nak tukar jadi "A" besar, aku tak kisah.sebab kadang wujud kata nama khas.

malam. aku simpan "a" "b" "c" "d" "e" kau beri.aku simpan.setiap buku nota dan diari ada aku buat salian.jangan bimbang.nak copy nanti aku buatkan.

"a" can stand for along.ana.Allah.

Sunday, August 8, 2010

pohon

" datngkan la ramadhan untuk perkara yang baek2 saja dan teruskan tegar jiwa dengan apa saja depan mata.walau saya xsuka.dan hanya mampu saya usaha,pohon saya pada Maha Cinta "

Saturday, July 31, 2010

double "s"

dengan sepatah "ok"
lagi dalam aku pk.

semak.sesak.
bukan aku mengada sangat minta cinta.atau apa apa yang perlu belaian jiwa.cuma sebab selalunya kita terbiasa.dan bila kau pelik mcm aku xda apa apa.
aku serius tak selesa.

"deyy.bangla pun cakap malayu daa."

Sunday, June 20, 2010

jauh hati

aku xkan jadi sebahagian kau lagi.
pergilah cari yang mana lagi sudi.
ikhlas aku tak kan kembali lagi.

Tuesday, April 20, 2010

stigma?

sejambak peristiwa yang bakal saya ceritakan ini berlangsung dalam satu pagi yang sama.huh.

kes 1
seorang jiran lama berbangsa melayu,yang baru jumpa sejak pulang.
' da besar pun sekarang,da habis blaja ke? bile agak-agak nak kenduri ni? '
' blaja ada setahun lagi,nak kenduri ape pakwe pun tak tahu mana lagi '
' tipu la '

suda.saya kekeringan idea untuk bersembang.

kes 2
kawan skolah rendah berbangsa india,merangkap pemilik kedai runcit bapak mertua dia.
' eh balik cuti ke? lama tak tengok. maintain je dari dulu '
(haha mantain ke?yela mantain laa dari nak dibandingkan dengan beliau yang suda beranak satu tu)
' ha cuti,eh biasa- biasa je.baby mana? '
tiba-tiba mak mentua kawan saya tu muncul.senyum sambil bawak baby chomel.
' blaja lagi ke da kawen ni? lama tak tengok '
' er er blaja lagi '

sebelum kuar dari kedai kawan saya tu,dia sempat berbisik,
' agak agak bila aku nak dapat jemputan kawin eh '
heyy pertanyaan tak beragak betul.haih,sabar je laa~

kes 3
kawan mak saya,berbangsa cina.setelah selesai berurusan dengan mak saya,dia yang dari tadi saya hadiahkan senyum senyum manis,giliran dia pulak nak hadiahkan saya paku serpih.
' anak ke adik ni '
' aunty rasa '
' anak kot '

mak saya tersenyum mengiakan.
' haa bagus laa.mak muda lagi anak da besar gajah.awal awal,mudah rezeki cepat dapat menantu.kenduri takde la penat sangat.pastu da tua seket,dapat cucu boleh teman kan '
ehhh aunty,panjang pulak ko berbahasa.dah dah saya suda mula rimas.mengisyaratkan pada bonda cepat cepat masuk kereta.

cis.kalo tadi saya hanya diam,haa ni.sepanjang dalam kereta perjalanan pulang,bising saya pulak bebel.bonda seblah hanya ketawa terkekeh.

saya pikir hanya stigma orang orang melayu yang hanya akan berpikiran bahawa jika ada anak gadis yang bujang,soalan popular 'bile nak kawen' 'bile nak kenduri'.rupanya mak cik cina pun sama.
alooohai~ingat keje pempuan ni kalo da besar besar memang keje kene kawin ke?
dengan panas terik memandu,lagi hangat saya bising berpotpet.rimas amat satu hari saya pegi,bertubi tubi hentaman saya ditembak.cis..

sampai depan pintupagar skolah si kanakkanak,seronok dia datang tersenyum lebar masuk kereta.segera saya tanya,
'ha xnak tanya pulak bila along nak kawen ke?'
terpingapinga si kecik tadi.haaaa?
apakah kau mencarut pada dia ras?

sepanas panas cuaca tengahhari,panas lagi soalan soalan mereka tadi.
secawan mencarut,puas seketika.huh.

Wednesday, March 31, 2010

surat dari hati.

dear..

never look my eyes if all you told me is lie~









hurt me inside.


ras.

Sunday, March 28, 2010

hujan di luar sana..

"I may not enough to be a pencil and write your happiness but
at least i'll try to be a nice rubber to erase your sorrows.. "



diam~

Friday, March 26, 2010

bila tiba masa itu..

sampai masa saya kenal penat,
yea,saya akan mengalah dan terduduk diam.

sampai masa saya tahu berhenti,
saya tak akan terus berjalan.

sampai masa saya datang lelah,
saya terus diam.tanpa kata lagi.

apa yang saya cari bukan erti saya akan terus gigih mencari.cukup saja saya parutkan kegigihan yang sedia ada.
biar saja saya tawarkan keikhlasan tanpa saya sendiri terpaksa untuk teruskan.

sampai masa saya akan kenal erti penat.
sampai masa saya tahu berhenti kejar.
smapai masa saya sendiri akan sedar.


apa yang terus saya cari dan gali?


apa lagi yang buat saya tegar untuk menempuhi?


apa lagi yang tinggal untuk saya nikmati?


ras,
bila tiba masa itu..
kau akan hilang apa yang kau pegang.
kau kena lepaskan.
biarkan untuk belajar terbang.

hidup adalah pelajaran.
teruskan jika kau masih penuh kesedaran.

silakan.

Tuesday, March 16, 2010

banyak saya di ajar~

apabila ada kejutan yang kalian tak disangkakan muncul..apa reaksi?
saya?
ntah..gumbira mungkin.yea,mungkin.
tapi sekarang saya langsung tak gumbira..walaupun saya baru pas men game dengan pakngah tadi...
saya tak betah jua walaupun kawan lama saya menceriakan riak wajah saya tadi..
..

mengapa???kerana saya salah ras..merusakkan hari dan masa depan en.kairi di depan saya ini..maaf kai..
saya tau saya salah.gurau saya tak bertempat.maaaaaff~

saya da say sorry again and again.much and more..
tapi dia mmg otally not in a good mood..yea.
im deserve it~im guilty fren..huhuk!

saya membazir masa gigih menyiapkan eve yag saya sayang..and i put sori~
put it atas cpu menghadap kairi~
waaaa...sedih~
im guilty and hanya mampu menuntun kecomelan eve dari belakang jee~
xpe..eve boleh saya buat lagi..tapi cik kairi ni???

duuuuh~saya bersalah amat.pakngah cakap,dia elok je nti..
and im just wait.wait.
ras.
kai,sori...

hsilnya kesimpulan,malam ni saya stay tak buat paper pun selain eve dan memblog ini.
kerana malas dan kepanasan.jua takut pada hati itu.yea,saya salah.itu saya buat.da saya salah..hukum saya jika mahu.

ras.
ok2..saya salah.saya janji tak buat dah!
saya janji jadi budak baek2~
saya janji.betul,saya tak tipu~

ras.dahh~jangan berpura lagi.okk..cakap bahasa melayu..
yea,saya sebenarnya sedih.kenapa?bukan sebab kai sangat..eeh,sebab kai pun ada..tapi ada sebab lain yang lagi saya terusik.

penting ke ras untuk kau layan?
tak.
so jangan layan.

tapi samapi bila ras mampu berselindung dan terus berdiam macam ni?
sanggup tahan ras?


eeeh..daaa2,jangan nak gado2 kat cni pulak laa~ok ras.jangan layan.im nothing.

finish it up and focus to ur work boleh?
ok.

Sunday, March 7, 2010

mencari bantal sendiri~

saya sungguh sungguhan tak berapa gemar menunggulah~tapi saya sekarang sedang menunggu untuk pulang mencari bantal.

bukan.bukan bantal yang isu utama saya terpikirkan di pagi nian ahad ini.tapi saya terpikirkan dengan setiap gerak diri saya yang saya sepatutnya boleh kawal sendiri.
tapi kenapa saya gagal bila tiba saat itu?

saya gagal untuk mengawal diri pada sesuatu yang saya suka itu.
eehh..
suka ke saya?
errm..
kalau bukan suka apa ya?
minat?
issssh...
xda sebab yang perlu menjdi tarikan untuk minat la~bukan menggubah hasil seni poon~

tapi mengapa tatkala saya keras dengan hati sendiri,ada masa dia jua hadir memberi?
mengapa tatkala saya tegar untuk berdiri, dia hadir berlapang hati untuk menemani?
mengapa tatkala masa saya kuat untuk menjauhi, dia kembali dekat untuk errr..untuk apa cik ras??

T___T entah.jangan tanya saya.tanya hati itu sendiri~

saya makin benci pada masa berhadapan tapi berpura kebelakang!

apa kaitan bantal itu tadi?