Showing posts with label sama kita renung2 kan bersama... Show all posts
Showing posts with label sama kita renung2 kan bersama... Show all posts

Friday, December 2, 2011

a tie

selamat pagi jumaat penat :|

aku pernah terfikirkan mcm mn org2 mampu bersedia mengambil jalan untuk berkahwen. oh kawen. kehidupan yg menyatukan dua keluarga. maksud aku seriiiusly,bukan penyatuan dua jiwa org bercinta. tapi dua keluarga.

kau tak takot ke gila? kalau penyatuan itu satu jalan buntu. gagal, dan tak masuk akal? :|
mungkin mereka ada kekuatan sndr yg tuhan bagi untuk bersedia dan mampu kawen. 

tgk org pun macammacam gaya dah. aku sndr pun xtahu la aku punya part mcm mn. :3

Tuesday, March 2, 2010

..mencari masa depan yang terlalu jauh berbeza..

salam kerinduan pada mak yang telah lama saya rindui..

Mak,saya rindu~
saya rindu segalanya..tiada lagi ungkapan yang saya simpan untuk sembunyikan apa yang saya rasa..memang saya rindu.mereka?saya tak tahu..saya takut untk bertanya kerana sedar,siapalah saya..

Mak,masa yang berlalu sekarang jauh berbeza dari dulu..mana silapnya,saya pun tak tahu.jauh semangat dan riang itu hilang..mungkin hilang dan pergi bersama emak dulu.
saya merenung mencari untuk memperbaiki..tapi saya akur,ini kesudahan pada cerita yang mak tinggalkan..sedih tapi ini kenyataan.

hati tua laki itu?saya tak tahu..tapi saya teka dia rindu~
masakan bertahun berlalu masih boleh asyik bercerita pada orang asing bahawa mak pernah wujud..dan pengakhiran pada pemergiian emak.mungkin jua dia terkilan kerana tak pernah pandang apa yang dia ada dulu..mungkin jua dia belum bersedia pada tika itu..dan mungkin jua dia bersedia untuk bersama pada tiak ini..
ini semua mmungkin yang saya rumuskan mak..
jangan terlalu percaya.kenyataan?tanya hati itu~

pada mak,jangan pernah menyesal.ini semua tiada kaitan dengan mak dan tiada kaitan dengan ketiadaan mak.ini semua kerana kesilapan engkau.
maaf,saya tak pernah berniat untuk berkasar dan hilang hormat..tapi mak,engkau itulah yang membuang bonda saya dari seluruh kehidupan engkau..membuang bonda saya yang mengambilalih tugas emak dengan penuh keikhlasan dan kesabaran tanpa sebarang rungutan..ini je pulangan yang bonda saya terima?

xpe mak..kami tegar dan masih cukup kuat untuk menelan.

mak,simpan kesedihan itu.saya selalu bergenang manik bila berpikir ini..tapi ini tetap hidupkan?
ini jua kuarga saya yang asal saya datangkan?
ini jua akar2 saya yang masih tegak bertahan dalam tanah yang beracunkan?

mak..maaf,saya sekadar mendengar kata hati rindu ini.
bukan niat untuk menyalahkan takdir tuhan tetapkan.
saya mahu bermimpi tentang emak.saya mahu tidur dalam tepukan emak.saya mahu menghabiskan zaman remaja saya ini bersama emak..
tapi saya tidak berpeluang lagi..tika saya temui insan tua mulus yang baik,saya cepat tersentuh lalu merindui emak..

andai masa itu pada saya..
saya akan terus mencari masa depan yang terbaek untuk kita semua~

alfatihah.Safiyyah Abdullah(7.5.2005)

Thursday, February 18, 2010

nah lelaki..anda mampu? saya sama sekali tidak~

Kebahagiaan keluarga merupakan tunjang bagi kejayaan seseorang. Melalui keluarga akan nanti melahirkan ulama, cendiakawan, usahawan atau pimpinan yang unggul.

Suami dalam keluarga memainkan peranan penting dalam memimpin seisi keluarga. Melalui kepimpinan suami itulah mempengaruhi kejayaan dan kebahagiaan sebuah keluarga.

Bagaimanakah ciri-ciri suami yang berjaya?

Bagi menjawab persoalan ini kita perlu menyelusuri sirah Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami yang berjaya malah Baginda mempunyai ciri-ciri suami idaman seluruh wanita.

Ciri-ciri tersebut termasuk:
1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)
2- Romantik

Rasulullah s.a.w. juga merupakan seorang yang romantik. Bagaimana romantiknya Rasulullah?

Tidur bersama isteri dalam satu selimut – Daripada Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” (Riwayat Sa’id bin Manshur)
Saling memakaikan wangian – Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (Riwayat Ibnu Majah)
Mandi bersama isteri – Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
Minum menggunakan bekas yang sama – Daripada Aisyah r.a. dia berkata, “Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)
Membelai isteri – “Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” (Riwayat Ahmad)
Mencium isteri – Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)
Berbaring di pangkuan isteri – Daripada Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abdurrazaq)
Panggilan mesra – Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima).
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra – Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni)
Memberi hadiah – Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)
3- Menghormati dan menjaga perasaan isteri

Rasulullah s.a.w. merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

4- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.

5- Membantu isteri

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!

- Penulis adalah Pensyarah di UIAM berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) & Ijazah Sarjana (MA) dalam Bahasa Arab juga di UIAM. Sedang menyambung pengajian peringkat PHD di Universiti Malaya (UM).

kalian lelaki anda mampukah? tanya diri anda..
saya jua cuba merenungi untuk yang terbaik buat sendiri..