Showing posts with label tentang kuarga. Show all posts
Showing posts with label tentang kuarga. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

"im sincerely thank to god 4 my blessing family" :')


Saturday, February 5, 2011

"sosialisme"

berpeleseran sekejap dengan mengetepikan semua keje yang "nak kene buatt keee?" ehe.jangan pk.janji sampai masa siaplah keje tu.pastu baru la nak padan muka la lebam mata la tido berdiri la blur blur arnab laa. eh panjang pulak engkau.

dalam perjalanan sempat menyinggah ke sini. oh kalau ke sini jangan katalah,kami semua suka.dan sikit teruja.jauh dimata tapi semua ingat jalan macam baca peta.kawasan ni kami iktiraf kampung.biasalah budak budak xde kampung mcm aku ni naif skit.walhal ini bukan lah berkampung sangat,cuma depan umah sedara mak.yang tak pernah terlaksana,ktorg nak try naik sampan dari muara ni.tapi xdapetlah,ntah sape sape punya ada hati nak tumpang naik yea? silap langkah kanan,elok dapat tengok nelayan baru balik dari laut bawak balik ikan.segar dari ladang.
kg gelugor,kertih,terengganu.

tak lama kat sini.kata pun menyinggah.sebab destinasi berpeleseran bukan di sini.main point adalah kuantan pahang darul aman.menghadiri bulan cinta dia.

selamat pagi taman gelora,teluk cempedak.

melangsaikan tanggung yang suda dijawab,alhamdulillah. :)
tunggulah masa dan ketika ada jodoh ada lah. tapi gile betol apa aku jangka. xde 40ribu jangan mimpi nak kawen la.walaupun aku xpandai matematik,tapi cikgu add math ni makin botak kepala sbb memang keseluruhan perbelanjaan almost 40k. haa? kau ingat aku saja2 demand lebih? jangan lawan cakap orang tua ok.



pakcik merangkap abang,kawan,dan orang tengah ni officially berdua sementara. ehe.sementara la duluu baru tunangg.nak kekal kekal cepat carik 40ribu ok.oh sikit peringatan sendiri,aku da bnyk observe,gigi adalah satu anggota sangat penting time nak tunang or kawen.sebab impression orang kita nak tarik haruslah kene senyum yea? kalo gigi xcantek sikit ralat oh.tuan da cantik putih,tapi gigi terabur.dan yang pernah jugak aku jumpa,pengantin tu da cantek habis neh,tapi skali senyum gigi depan renggang oh. ehe xcakap orang suka2,tapi ini peringatan la aku rasa.aku tau gigi aku pun xdela cantek mana tapi cukup tersusun lah kot kan.dan walau sikit mcm arnab xde la jonggang ke depan kan?jadi marilah sama sama kita memilihara gigi untuk kesejahteraan masa depan.

eh tapi kalo hati da sayang kan,yang jonggang tu la dia sayang.kan.

selain pakcik berdua,sorang lagi mamat dapat awekk kot.cun,chubby dan yang penting gigi cantekkk gile kot.  ini memang buat aku jeles habis ah.
tengokk.siap bawak naik katil kot.xde pertalian sah xde apa,suka suka je dia dapet awek.eh tak,awek ni ikot dia.
kan gigi dia cantek kan?haha naseb kau lah bang.charted weh charted.tgu buat bini tua kerepot dulu lah gamoknye?haha.budak ni datang dgn parent dia.parent dia ni kawan kepada kazen bapak aku,merangkap jurucakap majlis pertunangan tadi.ehe.pipi diaa ohh,kalah rotii pizaa~

dah.sekian saja cuti yang tersangat berpeleseran.esok kembali ke kg gumbak.dengan kerja yang "haa,pandai2 lah kau cover"

 gud and luck sahaja lah.

Sunday, January 2, 2011

"hari cinta dia"

berusia 23 dan masih memiliki seorang mama adalah :  terima kaseh tuhan.

"selamat hari jadi sayang"

Friday, November 5, 2010

rajah baik

aku pena dengar,kalau mengandung elok tengok pemandangan pemandangan yang baek baek.kelak anak xda la buruk mana. yeke?ntah kebenaran ni aku tak tau mana.aku dengar saja la.lagi aku dengar,kalau dalam satu hari kita tgk muka mak ayah,dapat pahala. yeke?ntah jugak,aku xpasti.
setelah diam lama aku berusaha cari gambau dan rajah terbaek,akhirnya aku sedar.semua gambau adalah baek,cuma aku yang nilaikan ianya betol2 baek atau tidak.
(heh pening.apa niii?)



"tidakkah abah seorang yang manis kalau dia senyum?"

Monday, September 6, 2010

si.tua.si

alone : packing up those stuff : lagu raya covering up : im going back incoming nite

:)

mana mana pun saya beraya this year,i wanna be with you sayang:as one family.
should be a family.must be.

Tuesday, August 31, 2010

mimpi (taktido) subuh




ini semua rindu gila bila lama tak bersama.dan ramadhan makin jalan ke depan ni,mungkin jua mereka mereka ni dah tak ada.sekian.

Sunday, August 8, 2010

sebelum benar malam

suatu petang yang aku xpusing bila.lama dia diam.
mencari sesuatu dalam gerobok lama kat belakang.katanya cari baju,pelik.baju baju dalam tu semua yang lama punya.tapi aku biar sajalah.tak salah pun.dan budak,perhati dan lihat sudah.

bila aku keluar bilik usai maghrib.penampilannya sedikit pelik.
tshirt lengan panjang.pink kaler.
gaun lama paras lutut.yang talinya satu tersangkut di bahu.peach kaler.
seluar tido panjang.pink kaler juga.


kelebihanya itulah.pelik tapi pandai padankan warna.cuma aku tak pasti jika dia mahu ke mana mana.yang hanya aku ada janji,mahu keluar sekejap saja membeli roti.itu pun sekejap saja.

aku malas nak tanya sebab nampak dia selamba.dan selesa.takut2 kalo bertanya pula dia malu dan angin putus.cuma kata aku terlepas juga "canteknya"
bila aku ralit selepas membaca kitab tuhan.si ibu itu datang katakan,
dia berkenan cara aku pakai untuk satu malam lepas.aku pun menyahut "ooo iyalah"
sambil ketawa.

terharu.dari kecik aku kenalnya yang anti pada gaun seperti perempuan,tapi tak sangka kemahuan maniru gaya itu membawa dia depan gerobok lama.dan bila aku sapanya hanya sahutnya, "kita adek beradekkan?"
ya sayang.xda beza :)

Sunday, June 20, 2010

sorok sampai xjumpajumpa

mana lagi perit? kau pilih

ada yang ada depan mata tapi macam jauh gila dan langsung tak ada makna
atau
pada yang tiada tapi macam dekat sangat dan rindu setiap masa
atau
kedua dua nya tak ada beza.

bodoh.dua dua perit.
tapi aku pilih yang ada depan mata tapi macam jauh gila dan langsung tak ada makna tu lagi sakit.sumpah demi tuhan maha cinta.
tanyalah aku bila kali terakhir aku sua dan berbalas bicara?
soallah aku bila kenangan terindah paling bermakna?
bicara pada aku tentang jasa dan masa kami pernah bersama?

memang dari dulu.
aku simpan ayat ni walau setahun sekali.
hatta untuk tarikh hari jadi pun belum tentu aku ada keberanian untuk sahut.


"selamat hari bapa.abah"


walaupun aku tahu ada makna ke tak.bukan dia kesah.
tapi jujur untuk aku.aku nak sangat.
haha(cover sndr)

dan untuk teman teman yang tak sebertuah aku : gila yeorang rindu.nak tuhan pulangkan ayah yeorang.
dan apa beza antara kau dan aku?
cuba cerita kasi aku tahu.


aku tunggu.

Saturday, March 27, 2010

doa hati kecil

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

" ya Allah maha cinta..
seandainya telah Engkau catatkan,
dia milik kami..tercipta buat kami..
hadir untuk kami..
satukanlah hatinya dengan hati kami.
agar kami sama temui kegembiraan dalam penghidupan..

ya Allah maha kasih..
jika kenyataan itu benar,
sila bantu kami mencari kebenaran..
pada satu kekeliruan yang kami takut untuk berdepan.

ya Allah maha sayang..
seandainya Engkau telah takdirkan,
dia bukan milik kami..jauhkan lah dengan baek~
biar pahit untuk kami menerima..
tapi itu saya kira yang terbaek.
luputkan dia dari kami..peliharakan lah kami
dari kekecewaan duniawi.

jika benar dia milik kami..dekatkan lah dengan baek~
jika benar dia bukan mutlak kami..jauhkan lah dengan baek~

sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan,
adalah yang terbaek untuk kami..."


amin.

Friday, March 5, 2010

tegarnya hati itu~

salam..kepada diri yang terumbang-ambing emosinya.sentiasa lemah dan rebah.
sekuat mana ras itu..bila menyentuh akan satu hal yang amat rapat dihatinya,
pasti rapuh sekali berdirinya..
bukti?ada tangis yang tak mampu tahan tanpa mengira tempat sekalipun ras berdiri.
pakngah menjadi saksi~

mulanya sebelum saya bagitau ni..maaf buat pakngah T___T.bukan saya mahu berahsia atau menyimpan apa2 jauh,tapi saya belum bersedia.saya malu untuk berkongsi hati tentang apa yang saya rasa tak sesempurna seperti hidup pakngah..tentang keluarga,
ini yang saya lemah.maaaaaf lagi.bukan niat untuk saya tak mahu berkongsi..tapi saya
belum bersedia untuk memulakan perjalanan penceritaan yang mungkin tak berkesudahan itu..ianya rumit.harap pakngah memahami~ (tulis panjang2 pun bukan dia baca jugak cik ras~)

saya bagitau ini..tegarnya menjadi hati seorang bernama Rohaya Mamat~
dia bonda saya.
tak putih dan tak cantik...tapi cukup comel dan baik hatinya pada anak2 dan manusia sekelilingnya.
tak tinggi jua tak gemuk..tapi cukup membantu dan senang bila mulutnya ramah berbicara.
tak kaya dan tak berharta..tapi dirinya sangat kuat dan xpernah kenal erti untuk berputus asa.
dia bonda saya.

saya rindu bila terkenangkan bonda~
hidupnya tak pernah senang.ini saya berterus terang bagitau.berkehidupan susah dari kecik,malah saya kira sampai sekarang masih belum surut ujian2 yang tuhan berikan.
tapi dia tetap terus tenang dan tak pernah kenal erti untuk berputus asa.
dan yang penting,hatinya tak pernah jauh dari tuhan yang sering mengujinya.
ya tuhan, indahnya rahmat yang Kau kurniakan pada sekeping hati itu.

tanpa kasih dari ibu,jauh sekali kemesraan dari bapa..dan kini,sendiri saya tafsirkan jauh dari suami.
kasihan.tapi apa yang mampu saya bantu?hanya dia yang lebih tahu.

niat teruja saya tiba2 terhenti untuk terus bercerita mengenai hati itu.
kenapa?saya sendiri tak punya jawapan~

baeklah,saya tak mahu paksa diri untuk teruskan.mungkin ada sesuatu~


saya akui saya separuh rindu T__T,
saya akui..saya anak yang manja~~

sekian,maaaf.saya tak mampu teruskan.