Showing posts with label tiada. Show all posts
Showing posts with label tiada. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

peredaran dunia

tak semua kita bole jangka.macam macam masa depan bole bawak kita,kemana saja,dengan sesiapa. kebelakangan ni aku banyak sedar sesuatu yang semua semuanya tak macam dulu. yang disangka menjadi tak disangka. dan yang tak dijangka menjadi nangka. oh ok ini tak lawak. semua benda kadang tak boleh diduga.

kau cananglah frasa "aku tetap sama" satu dunia. sumpah aku tegar tak percaya. tipu besar putar belit dunia.
banyak benda antara kita yang memangkinkan benda tak terjangka. bagi aku cukup dengan dua, masa dan jarak. masa. dan jarak.

masa bukan ukuran untuk didabik dada. sebab manusia membesar dari masa ke masa dan semua mampu merubah segala. contoh kawan skolah lama kau masih sama dengan sekarang? tak bukan. dulu lain sekarang lain.jadi tipu kan, "aku tetap sama"

jarak tak mampu nak bagi kuasa. dekat jauh bukan satu alasan aku kira. pernah kau rasa "dekat tapi jauh" walhal yang jauh tu pula terasa dekatnya?  

aku bercakap pada peristiwa peristiwa benar.yang pernah terjadi dan sedang terjadi dan sememangnya aku percaya akan terusan terjadi.sebab sekarang aku rasa kau dah tak sama seperti sebelumnya.macam mana yang tak sama jangan tanya.penat aku nak bercakap sampai lusa kita tak jumpa jawapannya.

realiti.

Tuesday, November 30, 2010

miserable

"aaah dem.bateri camera xcharge time nk pegi beads-making-demo."
babilahhh.huh.

Monday, November 22, 2010

rungkai

"datang merisik si anak dara.
kau jgn nk mengada?
"

haha.aku nak cadang kat kerajaan dalam kalander tiap2 tahun jgn lagi tulis "cuti sekolah" kalo mmg time cuti sekolah.baek tukar "cuti kenduri" kann? senang.aish~

asal cuti skolah je ada kenduri kawen.
asal nak kawen je kene tgu cuti skolah.
apasai?
alih2 makkkk jugek yg susah tauuu~
tasuka tauu~

cuti skolah cuti skolah la.buat cuti kenduri haa time tu nk berkenduri tak tido tujuh purnama pun tak apa.xde maakkkk penat tauuu~
cuti skolah kali ni kebetulan skali dgn cuti raya korban.
jemput-jemput kenduri kawen bertandang2.
hadiah pun pening nk pk nk kasi apa.skali mlm raya,buat acara bungkus hadiah secara berjemaah tahu.ada la jugak dekat seploh kotak da standby.gara-gara meraikan dunia semata-mata.

kau akad nikah pastu duk je dlm bilik diamdiam kan senang? haha ayokkkk~ cakap org.jangan jangan,aku sendiri sapa tau? haha

baru-baru ni kerna kenduri kami pulang ke kampung.ada sedara kawen.masih dlm terengganu.tapi perjalanana lenguh jugak la bontot naik kematu.

kan makkk da kata..sape yg penat?makkk jugakkk~ penat saja xpe la.pastu nak pulak kena siap2.kene jugakk.

antara. :)

jadi harap2 cadangan aku nak tukar nama "cuti kenduri" tu ada logikknya.xsemua warga melaysia ni keje cikgu ngan ahli pibg wehh~ xcuti skolah pun bole kawenn derrr~
haha.

selamat.dan bermalam.esok bangun dengan harapan mintak-mintak-xde-kenduri-kawen.

p/s:jgn pernah putus asa.sabauuu~ :')

Thursday, November 4, 2010

Tuesday, October 5, 2010

back to basic

bila kau dibawa terbang oleh rasa jahat dan putus asa.ntah kemana mana.rasa macam segala usaha kau ntah apa apa dan tak ada guna.lagi kau sorang tak ada teman bicara.apa lagi tika kau hubungi momi dan takda jawapan cinta : hanya kau bertanggungjawab pada hati sepenuhnya.

bila serius hati kosong.xtahu nak buat apa.buntu.

aku saja capai buku.cover depan kaler kelabu.buku nota bercampur beribu ribu wording yang segala subject aku harung satu.ada menganjing itu dairi aku.yela dari september 2009.setia tulis dalam tu.
tak banyak aku belek,hanya masih di cover buku.satu satu ayat tulisan aku sendiri.aku baca penuh teliti.

"ada sesetengah perkara,kita hanya mampu mengagumi.dan bukannya memiliki.sabar"

"kerana kesabaran itu kekuatan diri"

"mencari untuk berbakti.sayang diri sendiri.amanah dari ilahi"

"what ever happen to me,there must be something good for me"


ini baru di cover.aku hembus nafas lega.
tapi tak pula aku sambung baca dimuka surat dalamdalamnya.
itulah,sejauh mana kau terbang,setan bawak awang awang.back to basic.sama macam sekarang.seteknologi mana kau ada di depan, aku tetap pilih menulis di catatan buku lagi tenang.

sabar.

Saturday, August 14, 2010

sebab tak dapat tu lah

bertimbun tulisan dalam draf.dan semuanya aku taip separuh jalan.aku tnya kenapa ya?

ntah.


xheran kalo "inibukansayapunya" lagi satu hari nati.

Wednesday, August 11, 2010