Saturday, October 31, 2009

mula menulis lagi..



Daku mula menulis lagi.
A B C D....kembali mengenal abjad..


DULU..

rumput itu hijau aman,damai dan menenangkan..
selesa sangat...nak golek2? haaa..tertonggek pun boleh, kerana hati senang,riang dan lapang.
jua berteman?

SUATU HARI,

rumput tu tak hijau lagi.bukan sehelai dua..tapi satu hamparan hampir mati..
hijaunya tak lagi ada seri..ada kaler kuning2,pendek..tak tinggi-tinggi..

Laman tadi sepi..dah takde tergolek2,tertonggek2...hanya termenung dari tepi..
hati terus sunyi,empty..langsung tak ada isi..
rupanya teman tadi telah pergi..  

rumput hijau tadi,hidup segan..mati?belum lagi...mana senang nak mati,kan akarnya gugusan mencengkam bumi...mana mungkin senang nak turut sama pergi.
cuma rumput tadi perlukan masa nak tumbuh kembali..
kerana hidup tak terus berhenti selagi bumi masih di paksi..
rumput itu berusaha untuk tumbuh sekali lagi.

SEKARANG...
laman tadi masih belum berseri..tapi rumput tadi tak lah kering lagi..dah ada yang panjang,boleh menampung embun rintik pagi-pagi..perlu masa lagi..
hati,belajar memenuhi..


Percaya janji TUHAN,DIA tak pernah mengainayai..kadang kesusahan dalam hidup tu ujian untuk menguji..sejauh mana hati tabah menempuhi..
bergantung pada diri,matang untuk menghadapi..


kesabaran itu kekuatan diri
bersama belajar erti syukur dan menghargai..

daku mau hadir

daku mau hadir..seperti masa dulu..
boleh kan ma?

daku percaya pada diri,kini makin megerti..
janji!tidak melanggar etika perundangan kita..
xpe kan ma?

selamat kembali lagi..tapi daku sentiasa ingatkan diri.silap dulu jangan diulang lagi..kelak lagi teruk kena patuhi perundangan baru lagi...huhu,tu dulu time kecik-kecik lagi..sekarang kebebasan itu diberi,tapi kena jujur dan ikhlas patuhi janji! 

Baeklah ibuku sayang...permata hati..


daku jua mau hadir lagi..
selamat kita sama-sama berkongsi,rumput itu kering lagi?
errr..daku akan cuba bajai,biar cantik indahkan hamparan bumi.


Eeeh..banyak pulak frasa 'eeeeee' bunyi?
:D
biarla...seronok kerana ma bagi!! 
 
terima kasih.selamat beraktiviti jari!