Friday, April 30, 2010

pembolehubah

sedangkan pantai sentiasa berubah.inikan pula manusia~
hepp full marks kerana pandai berakar umbi melayu.

walaupun pantai itu akan berubah,ombak itu tetap setia pulang ke daratan kan?
tapi manusia?ada hati sendiri yang sama jaga.sendiri nilai dan sendiri tahu nawaitu.
hati masing masing,itu segumpal daging Tuhan pinjamkan.
ok,dah dah..ini bukan segmen menulis surat cinta.apa yang saya ingin kongsikan sekadar pendapat peribadi yang saya alami melalui pengalaman,dan pemerhatian.

beberapa hari lepas,saya disuwit oleh sesorang tatkala saya kuar berseorangan.cehh ini yang rimas bila berseorang.ehem..teruskan ke kereta ras,jangan layan suwitan itu.
tapi suwitan itu makin galak dan lebat.saya sempat la jeling jap kan..tak pandang langsung nanti orang cakap jual mahal pulak.da la xlawa,kau nak bajet2 hot pulak.
owh jelingan tajam sekejap saya itu jatuh pada seseorang yang memang tersengih kerang busuk.tapi comel! dan err hensem sikit. haha ras,tegar tegar.baiklah baiklah,masih terus menuju ke kereta.tapi..dia mmg comel. macam nak pandang skali lagi,tapi nantilah.kat dalam kereta la ok? haha dahh mula gedik dahh.

masih galak dengan suwitan,saya pun sampai ke kereta.bila elok nak masuk kerete, saya dengar nama saya dipanggil.aik?
si dia yang suwit saya tadi, eh tak.si dia yang comel dan hensem yang suwit saya tadi jalan datang arah saya lahhh!hep hep dia datang!!sambil terusan sengih kerang. aduh..saya macam..err err kenal?

si suwiter : oit..awek sombong,boleh kenal?penat aku suwit suwit tahu?

saya kenal suara itu.puk tepuk dahi,rupanya kawan saya.yang saya kenal dari tadika sampai darjah tiga.ehh sampai darjah enam.err err?
nama? Nur Amirah Bt Zukri. ha see see,nama bapak dia pun saya masih ingatkan?dia sekarang da jadi nama amir! haha memang patot. amir yang comel dan hensem.

cehh hidup2 saya tertipu.si hensem itu suda jauh hensem dan jauh ke tengah lautan. dan langsung tak pulang pulang ke pantai~
waktu skolah dulu memang dia da ganas.tapi saya tak sangka keganasan itu bertukar sehingga sekarang. haha sempat jugak kami berborak sebelum saya bergerak pulang.
tapi elok je saya nak teruskan perjalanan,sempat pula dia berpesan:

" agak-agak lu bujang sampai tua,lu cari wa..wa memang berkenan lama dah dengan lu dari kecik dulu lagi.. " siap dengan kenyit mata lagi tu.sempat jugak saya sekeh dia sebijik. sama-sama kami tergelak besar.
saya pulang bersama pembolehubah yang dimalarkan.langsung tak boleh bergerakbalas seperti dia.tapi jauh saya tuipkan supaya dia akan normal satu hari kelak.seperti saya *__*


hepp jangan tengok!malu malu :p haha maap~

tiga

sumpah.
(apa ni,belum paper kau da angkat sumpah?)
tak tak.betul2 sumpah saya terkejut.

saya tengah tido.then phone bunyi.letih yang amat saya cari phone kat mane ntah.macam bunyi kol.owhh tangan berjaya capai phone.tapi tengok ada message je.pasal bunyi kol?
ok petanda pelik,satu.
xpela bukak baca message sambil terkebil2.isi message? itu yang membuatkan saya tersila duduk.emergency kat hospital.watt? then i just give kol for dat number yang message. ok petanda pelik kedua,mmg xtau sape msg ckap emergency 2,xde nama.just phone number.
xpela.keep on calling,tp xde org angkat..haish bepeluh mmg da rasa menitik2 jugak.
nape tb2 xde org angkat.petanda pelik ketiga.hmm mungkin sibuk emergency.xpe sabar..
peluh mmg da boleh perah da ni.
but later,i got another message. "ready tuk solat jenazah.tapi kita kne solat isyak dulu la".from da same phone number.whatt? petanda pelik lagi ni,yg keempat.huh.
saya tetap terus bertambah peluh.petanda pelik kelima.

phone saya bunyi lagi.saya terjaga dari tido.
taik,itu tadi hanya mimpi yang berpetanda pelik.

cheese..rupanya tadi saya pulang tertido tak mandi,tak tukar baju,tak makan,dan tak isyak~ dan yang penting,mmg tak berkipas.haha kau da macam haiwan tahu tak?
ehem,untuk diri saya sendiri laa.

waaa.tapi sekarang sy mmg ready untuk tido yang betul2.
mandi? dah!
baju? wangi!
makan? tak lapar!
isyak? dah!
kipas? onn!

hep tuan blog,selamat malam.i missing much :)

Thursday, April 29, 2010

dua


hep..im heard a song tis morning when im on my way to the hospital.and suddenly i felt that macam im gonna having tangisan dalam kerinduan~ eh eh tak..itu tajuk lagu lain.ehe.
macam nak nangis pun ada :( huhu..mybe mr tired almost around me everyday da kot~
pagi2 pulak kau pegi touching mouching,mmg la berhati kapas.

hep! itu hanya macam..macam shaja.kenyataan, im just keep silent and finally reach to the hospital without having any kebasahan ok? haha mmg la xbasah coz xujan.
nah saya hensem dan kekal macho~ yeay!!

keep smiling ras~ for him and for urself :)

Listen to your heart,when he's calling for you
Listen to your heart,there’s nothing else you can do
I don’t know where you’re going,and I don’t know why
But listen to your heart
Before you tell him goodbye

And there are voices,that want to be heard
so much to mention,but you can’t find the words
The scent of magic,the beauty that’s been
When love was wilder than the wind..

Wednesday, April 28, 2010

satu (a)


cantek~ upcoming babies ad 12,not ready yet for blooming. 12? yup!
banyakkan? :)

tata tuan blog, i need to go~

satu


kepada tuan blog~

owh merajuk dengan saya yea?haha maaf,saya hidup dua alam sekarang.xsempat kita nak berdating..kadang banyak yang saya nak nyatakan kat tuan blog,tapi report2 tu semua saya tak tahu nak start kat mana..
ini pun saya rindu..haha ceceh.

nanti jika berluang masa kita berdating lagi.saya suda terpaksa pergi.hidup dua alam ini mencerewetkan.tunggu ya tuan blog,setialah dengan saya.sibuk saya bukan mencari kekasih hati,cuma saya mencari pakwe hensem..eh eh tak tak.saya sibuk berkeluarga~






i have two shoulder.in your heart.always.

Saturday, April 24, 2010

pusaka

Tuhan Maha Pengasih, Tuhan Maha Penyayang..

mak,
saya tahu mak tahu apa jadi sekarang.siapa saya untuk bersuara?anak anak mak da cukup berusaha.saya tak tahu apa akan jadi.sedih hati mereka saya tak tahu.betul saya tak tahu.

cuma yang saya tahu,hati tua itu kering.saya takut penyelesaian ini dengan kehilangan.doa doakan mereka mampu bertahan.

mak,
saya rindu.amat.

Wednesday, April 21, 2010

kanakkanak membesar di depan mata #___#

zaman kanakkanak semua kecikkecik.saya rasala.kecik dan pendek.nama pun kau kanakkanak.nak belagak besar memang pandang langit putih mata laa.kau budak hingusan menyorok bawah selimut mana nak nampak.owh,ada yang besar masa kecik?yeke?apa yang besar tu yea..nanti saya tengok lain hari.

yea,kanakkanak kecil.yang tahu rutin hidup,main makan tido.tido main makan.makan tido pastu main.dah dah,jangan pulak karang cerita kanakkanak wahai orang besar.baeklah.
kanakkanak pempuan,yang sinonim,baju kaler pink. ehh tapi saya banyak kaler kuning?
patot laa kau kecikkecik da tak normal.besar ni tah apa lagi.haha.ehem mari mari.
kanakkanak laki,baju mesti warnawarni kan?ntah saya tak tahu.adik laki saya satu,tu pun saya kecik lagi masa tu.saya tak ingat.
mainan popular,masakmasak,kawinkawin,perangperang(bukan dari pengalaman sebenar saya. ini hanya teka)haha yeke?ntah.ini pun saya tak ingat.yela kecikkecik mana la ingat.

mari saya bagi contoh cara main satu permainan.saya pilih masakmasak.
pemain yang diperlukan tak terhad.ramai sikit tak kesah,janji semua ada jawatan.kalo tak nanti bosan.yang takde jawatan akan mengamuk sakan.baling barang mak penat nak simpan.ehh dah dah.jangan panjang sangat bagi keterangan.
ok.keperluan barang?bergantung pada jenis masakan.tapi hatihati,kotkot ada barang tajam dan merbahaya.ibu,sila perhatikan anakanak,jangan larang.terbantot kekreatifan. biarkan.ok,kalo da cukup pemain,keperluan da lengkap,mari kita main.
saya nak ajak bezakan antara main masakmasak.main masakmasak memang keje main masak je.xde tibatiba pegi pasar beli ikan,pegi umah jiran cari barang atau pegi kedai cari garam.xde xde,masak je kat dapur tu.ada paham?

ok,bagi mengclearkan lagi pemahaman kalian.marilah saya tak lokek nak berkongsi satu contoh.ditegaskan ini contoh sahaja.

pemain:
rush sebagai tukang masak.rust tukang hidang.rash tukang makan dan rice tukang basuh pinggan.
menu masakan: makan pagi(boleh jadi seperti di bawah.ini boleh jadi sahaja.tak jadi pun xpe)

hokkay,pelajaran untuk hari ini sampai?ini contoh sahaja.cara mainan kanakkanak yang kebosanan.sebarang pertanyaan kat kelas minggu depan ok.
bersurailah.


p/s:ini la hasil kalo si ibu terlalu bagi anak kekreatifan.habis semua dia musnahkan.ehh saya musnahkan. :)

asalan

pagi pagi gosok gigi
makan fries goreng sendiri
pakwe saya balik negeri
sedar sedar saya rupanya mencarut sendiri ^___^
hihi

selamat pagi pagi
(ape lagi kau tulis tak sedar diri lagi ni?)

ntah,saya sendiri tak pasti knapa saya berlilin sebegini.
bagai lilin membakar diri 8____*

mari,mari lantak fries tadi.

menilai

belakang pokok pisang ada tiga keping nyamuk.belum jengah pokok ciku.aku jumpa lagi satu.tangkap empat pun belum ada sepatu aku tahu.saiz takde kat kedai kasut.tapi berapa pasang aku nak catu.bebilang kaki pun nyamuk nanti kau lari.

aku jalan lagi.nyamuk tadi aku tahu kau ekori.dalam gelap aku try cari,tapi bodoh kecik jari.mata kau tinggal dalam laci.mana nak jumpa kalu warna pun tau buang tepi.
tapi memang nyamuk tadi tahu.aku saja diam.pinjam pisau aku melapah hati.tahu tahu kau pandang aku sepi.jauh laaa aku tak bawak sudi.ni pun aku pinjam kata kata tepi baldi.sekaki langsat aku nampak kuning.owh itu padi.mak kau ada tampi?biarlaa aku nak cuba ikat dalam guni.xpe cikgu aku kasi.ni laa,nasihat dari hujung kepala sampai hujung kaki.air dicincang,tutup paip mati.

mana lagi nyamuk lari?mahu tapi malu.jauh jauh silu.ehh mari aku ada.kutip batu segenggam.mana tahu depan tu ada penunggu.yang baek baek aku tunduk,dia bagi lalu.yang cikai rabak,kita kasi dia tahu.jauh aku datang mencari ilmu tahu?lelah bertitik di hujung sarang.ada mata air kat bawah tiang?try tengok dulu baru kau paham.bukan cakap tanpa alasan.malas laa aku pulak nak terang terang.cukup la aku da hitam.pulang pulang.

hari aku cari siang.tapi malam tu sejuk nyaman.mana satu pulak kau nak pilihan? kau rambang.rama rama memang boleh terbang.kain kat ampaian pun tahu hilang.pikir kat bahu takde tulang ke?aku jalan tak tempang.susu pekat aku simpan kat depan.nak mintak,bukan main taram.mana nyamuk?tak mati lagi belakang pokok jiran kau tebang?
aku penat.petik anggur mak kau xpekan?goreng laa tak masuk garam.aku paham.ikan tu pun kau ingat nak ke?kuning macam nenas.nasib jambul hemsem tak berpulas pulas.aku diam ni nyamuk ada bertahan?malas lagi aku nak jalan,kau da jauh g depan.aku yang tahu jalan,kau tinggal sensorang.pelik la.

nyamuk pulang tengok perot kenyang.pilih tempat mana nak bersarang.bilah bilah arang aku tanam.cukuplaa nanti kecemasan kalo nak memanggang.makan ala ala kenyang.tahu makan,tahi jangan kau simpan.pedih kat dalam.buang nanti kabarkan.aku catit titik perjuangan.jangan gelak masa itu tiba.percaya aku,hati kau tak mampu.cukup cukup puas,kau berhenti la.rehat selepas tewas.aku cakap bila kau da tahu lawas.tak caya?
bontot kau kaler apa?

diam.nyamuk tergolek sakan.aku?kau takkan lupakan.hasil makanan aku suap pakai senduk.air aku kacau pakai straw.mandi aku pakai bedak sejuk.bila nak hensem,aku pakai lisptik bermulut.sembur tahi lalat bila pudar.takot kerusi patah kaki.aku tak sanggup bersila semut semut.berapi nanti nyamuk.mereka musuh berbulu lain.kambing tak lembut sangat.biri biri tak lurus lagi.masih kerinting.aku bagi hadiah buah getah.

marilah.nutella tak bertudung tu.planta da naik minyak kau simpan.
aku nak buang ni.xpekan?nanti roti aku ganti ea.soriii~
tunggu buah ciku jatuh dulu.


ni?kat pokok pisang ada batu aku simpan.tengoklah.

Tuesday, April 20, 2010

stigma?

sejambak peristiwa yang bakal saya ceritakan ini berlangsung dalam satu pagi yang sama.huh.

kes 1
seorang jiran lama berbangsa melayu,yang baru jumpa sejak pulang.
' da besar pun sekarang,da habis blaja ke? bile agak-agak nak kenduri ni? '
' blaja ada setahun lagi,nak kenduri ape pakwe pun tak tahu mana lagi '
' tipu la '

suda.saya kekeringan idea untuk bersembang.

kes 2
kawan skolah rendah berbangsa india,merangkap pemilik kedai runcit bapak mertua dia.
' eh balik cuti ke? lama tak tengok. maintain je dari dulu '
(haha mantain ke?yela mantain laa dari nak dibandingkan dengan beliau yang suda beranak satu tu)
' ha cuti,eh biasa- biasa je.baby mana? '
tiba-tiba mak mentua kawan saya tu muncul.senyum sambil bawak baby chomel.
' blaja lagi ke da kawen ni? lama tak tengok '
' er er blaja lagi '

sebelum kuar dari kedai kawan saya tu,dia sempat berbisik,
' agak agak bila aku nak dapat jemputan kawin eh '
heyy pertanyaan tak beragak betul.haih,sabar je laa~

kes 3
kawan mak saya,berbangsa cina.setelah selesai berurusan dengan mak saya,dia yang dari tadi saya hadiahkan senyum senyum manis,giliran dia pulak nak hadiahkan saya paku serpih.
' anak ke adik ni '
' aunty rasa '
' anak kot '

mak saya tersenyum mengiakan.
' haa bagus laa.mak muda lagi anak da besar gajah.awal awal,mudah rezeki cepat dapat menantu.kenduri takde la penat sangat.pastu da tua seket,dapat cucu boleh teman kan '
ehhh aunty,panjang pulak ko berbahasa.dah dah saya suda mula rimas.mengisyaratkan pada bonda cepat cepat masuk kereta.

cis.kalo tadi saya hanya diam,haa ni.sepanjang dalam kereta perjalanan pulang,bising saya pulak bebel.bonda seblah hanya ketawa terkekeh.

saya pikir hanya stigma orang orang melayu yang hanya akan berpikiran bahawa jika ada anak gadis yang bujang,soalan popular 'bile nak kawen' 'bile nak kenduri'.rupanya mak cik cina pun sama.
alooohai~ingat keje pempuan ni kalo da besar besar memang keje kene kawin ke?
dengan panas terik memandu,lagi hangat saya bising berpotpet.rimas amat satu hari saya pegi,bertubi tubi hentaman saya ditembak.cis..

sampai depan pintupagar skolah si kanakkanak,seronok dia datang tersenyum lebar masuk kereta.segera saya tanya,
'ha xnak tanya pulak bila along nak kawen ke?'
terpingapinga si kecik tadi.haaaa?
apakah kau mencarut pada dia ras?

sepanas panas cuaca tengahhari,panas lagi soalan soalan mereka tadi.
secawan mencarut,puas seketika.huh.

Monday, April 19, 2010

Kami Prihatin

saya prihatin.hati kalian?
mari,saya mengajak kita sama prihatin tentang kempen ini.
sekali saya dengar lagu kempen ini,saya cukup kasiankan mereka.
sila,kita sama kasihani pada ciptaan tuhan yang tak diberi peluang untuk sama berpijak di bumi hijau ini.
Harapan mereka memang Tanpa Suara~



hidup adalah peluang.jangan ditambah kesilapan yang silap.
keterbukaan peluang itu pada hati sendiri.



dia putih suci,tiada dosa.jangan diainaya.tak nak sangat,bagi saya:)

Saturday, April 17, 2010

wind wind~

lepas makan malam tadi saya rajin.dan terpaksa rajin.kesian pulak tengok si bonda bebel.(dan saya tak suka nak dengar)ini satu kelebihan yang saya tabik si abah (errr janggal betul bunyi~ hurmm sebab beliau jarang saya sebut kooot)ok sambung.haa saya tabik.why?bising mana pun si bonda tadi bebel dan bising dan bebel,he still can keep silent~
diam sediam alam.langsung tak ada respon.huhhh..maaf laa,kalo saya..respon saya kalo si bonda bising?lari dari keadaan itu.bukan benci,tapi tak suka.

owh..terlanjur da saya pun terbabas.mari mari.haaa knapa si bonda bebel?sibuk,diulang yea sibuk,mana datang air bawah sinki.paip tak bocor.tapi bawah kabinet penuh dengan air.yea saya paham mungkin keadaan ini tidak menselesakan si bonda nak wat keje kat dapur.tapi bagi saya tak payah laaaa nak sibuk,kan sinki ada dua?yang kuar air tu 1 je pun.kita tutup la dulu sumber air yang kuar air tu,pakai je la dulu sinki yang seblah tak kuar air tu kan?sibukkkkk je nak bising.huh.logikkan?

ok.oleh kerana itu,saya terrajin lepas makan malam,kne tolong.setelah saya masuk bawah kabinet tu,alaaa simen kat bawah paip tu pecah siket jee pun~ patot laa kuar air je.bukan bocor ke ape pun.dah diam.biar saya uruskan.mungkin si bonda tadi da agak senang hati masalah boleh diselesaikan,jadi agak tenang untuk saya teruskan pertolongan.tempek jee la balik simen baru kat tempat lubang tadi.

saya :daaa,tunggu kering,esok kita tengok kuar air ke tak lagi.tapi just prepare je la baldi bawah tu balik kot kot malam ni tido dia bocor balik ok? (sopan saya berkata tapi bertujuan supaya bonda diam dan senang hati) duhhh~jahat betul mulut ni.
bonda :ha,tunggu esok.

aman la seketika.owwh dan kerana ini,saya agak lambat pegi buang sampah.sampah tetap sampah,kena buang jugak.da nama pun sampah.(macam kau).sampah tu saya perlu buang kat tong sampah yang lori sampah datang angkut tu.tong samaph tu sekarang da beralih kedudukan ke blok yang keempat kebelakang dari rumah saya.dan rumah saya?di blok 1st.
xpe,da biasa pegi,jalan dekat je.

kuar je rumah,waaahhhhh nyaman gle berudara walaupun sampah busuk kat tangan.fokus, jalan cepat-cepat buang busuk ni.dalam perjalanan pulang,waaaahhhhh baru saya sedar.
malam ini cantik~
sejuk,ada bulan,ada bintang bersepah * * * * eh ehh,* * * * haha saya suka~cantik!
kalo kat kg gombak,jangan harap nak jumpa bintang berterabur macam ni..pulang sampai umah,saya tersenyum menikmati angin malam.

dua tapak saya melangkah masuk rumah..mak oiiiiih,panas berbahang dan berhaba.ini tujuan utama saya nak bagitau.sangat panas cuaca sekarang.kipas bukak segala bagai,
nyaman tu takde.fuuhhhhh~
saya tertanya?

a)rumah saya yang panas sebab takde aircon ke?
b)memang malaysia makin panas ke?
c)bumi semakin tua ke?
atau
d)saya yang berdarah panas?

maaf,panjang pulak bercerita sensorang diwaktu begini T____T
angin angin,windy lahhh~

cammne tuh?

everytime i look at the keyboard,
i see that U and I are always together~


wink wink *____*

sila percaya!


ni,ingat roti je ke ada perisa butterscotch?
eskrim pun ada jugak hokkay..haaa nak diet jugak?;p
rasa?
sedap laa tatkala tengahhari yang panas ini.
haha saye tak tipu tau~

powerlessness

i need sumone to talk but..i keep it tight.
silent and keep pain~

xpela,mari diam diam tido.

nurhati,maaf saya sendiri tak mampu.
sitimata,saya dah tak ada daya.
wansepi,jauh jauh pergi.
touch my wounds -___-

Friday, April 16, 2010

sampah!

pertama,maaf.saya mahu mencarut.(hari ni hari jumaat ras)
xpe,saya mencarut dengan bahasa sopan ok?
mari.

kau,aku benci.dengan nama yang kau bawak,kau bajet,kau ingat kau hebat,semua benda kau tahu?hidup aku kau nak kesah,hidup kau,kau sendiri kesah?aku diam dan diam bukan makna aku setuju.kau ingat selama ni apa kau buat semua betul di atas alasan yang kau sendiri konkritkan?pendapat yang kau simenkan?
kau suka,seronok bagai orang mabuk bercinta.kau gelak,ketawa bagai bajet orang berasmara.kau,samapah!bahagian yang aku sangat tak suka,kau bajet.demi dia,kau ketepikan segala-galanya.dan nah hasil,apa kau dapat ha?dia bagi kau minum susu ke?ada dia bagi pau singgittigapuluhsen ke?tahik kucing dia pijak pun kau sanggup sapu pada rumput hijau.gile keji.
mulut kau suka hati.cap periuk buaya tembaga ke?yea,dan kau bajet suci.dan aku laaa bajet tak mengerti.yeala konon aku lemah berkomunikasi dan tidak langsung ada 3g?elllloooo~sekurang-kurangnya hidup aku sendiri tak payah nak bajet suci.
kau,sila teruskan pergi bersama sampah sampah yang kau sendiri da pandai maki.

dan kepada aku yang bodoh pun,sila sedar diri.
sila berhati-hati sebelum kau terus temui sesalan yang kot kot berbuah dua kali.
kalo pisang xpe,boleh jugak makan wat proses tahik.

ape?haaa memang saya tengah berapi.
kenapa?haaa yea wanita memang hormon tak suci.
daaa la.nak ape lagi???!
pergi pergi~nanti saya oke la ni~

Thursday, April 15, 2010

pemahamam!

cuti sedang berlangsung sekarang ini adalah waktu saya paling terluang.
err dan bosan kadang-kadang.bukan, maksud saya bukan saya tak suka cuti,tapi saya tafsirkan kehidupan sepanjang sem sentiasa penuh manghambat masa,jadi bila banyak yang terluang ini,saya jadi bosan.sila paham ok.

bukan itu yang saya mahu masukkan pemahamam.ras,cakap dalam bahasa melayu pemahaman boleh?
owhh haha bole2..
ini cerita tadi siang.ketika katun wonderpets sedang berlangsung.yea saya tonton wonderpets,kalian?
haaa jangan jadikan alasan takde adik kalian tak tengok katun,ini pun adik saya tak tengok.kerana saya sendiri suka dan nak tengok.mari mari,kita sama bersila tengok wonderpets.

kan wonderpets 3 ekor 2 ada lagu tema?dan lagu tema 2 dinyanyikan sebelum dan selepas mereka selesai mengoperasikan sesuatu keadaan yang genting dan sesudah menselamat~
ok,cerita tadi siang tentang menyelamatkan sebijik telur burung yang nak jatuh dari gunung kat hutan simpan apenamatah saya lupa.dan mereka bertiga nek 'kapal' mereka dan terbang keluar rumah.dan mereka menyanyi,berbunyi begini..
(owwwh kalo tak berbunyi sila nyanyi sendiri :p)

" wonderpets wonderpets kami datang,
membantu sebijik telur dalam kesusahan.."

pemahamam saya?
teringat kepada kairi azuan dan syazwani md sith.tersenyum saya sendiri.
(rupanya si kecik yang turut sama mendengar lagu tadi,memandang saya jua)
melihat saya tersenyum,dia ketawa besar.
saya memang da menahan senyum,memang ikot ketawa,
kenapa kami tertawa?
terpulang pada pemahamam masing-masing pada lagu tadi~kedengaran kelakar kot!

entah kalian sendiri kena dengar ^___^

pengekor

" tolong berhenti mengekori saya.penat rr..pegi mana pun nak ikot.nak ada.kadang bosan jugak asyek nak nyibok je.cuba skali skala tinggal duduk diam-diam tido ke,lepak-lepak ke..xboleh ke?malas laa nak cakap ulang banyak-banyak kalikan..bukan nak cakap tak suka,tapi kadang consider laa dengan saya.bagi laa sedikit kebebasan.bukan mintak suh tinggal lama pun,skali je kot.jadi laa! "

errr bayangkan jika ini kata-kata seekor kucing pada ekor beliau?cacat suda kucing itu?


ekor,aku tetap menjadi ekor~
mengapakah saya? (@_@)

Wednesday, April 14, 2010

idea?

mari mari.
duh saya mencari idea dan ayat untuk mengarang surat pada 'mr.aristotel'
haha selamber ko beri nama panggilan pada dia yang nak beri masa depan ko?

haa keji!oke2..tapi saya terpaksa mencari idea untuk menreplay surat dari beliau~
apa yang saya mahu karang?
walaupun no longer tha 1page,tapi mahu membijakkan ape~
tahniah ras!itu yang ko cari.

clap clap clap clap(bunyik tepukan tuk menarik idea)
huhu:o selamat engkau ras!

kosong~

saya pulang ini baru saya rajen:) eh silap,ini ayat bahasa melayu,sejak saya pulang,ni baru saya rajen(same jee bunyi cik ras oi~)

ehem xpe~serunuk untuk pulang ini.tapi sangat panjang sekali keserunukkan ini.
kepanjangan ini bertambah panjang kerana saya tiada teman bicara~
berjauhan sangat mendatangkan kerinduan.owwh,mari mari..saya bukan bicara tentang kekasih hati.tapi saya bicara tentang ini.

di alkisahkan secara tidak sengaja dan langsung tidak berplan 3tahun yang dulu,cik azwan afifi membawa pulang seekor anak kucing yang erm erm xgebu,xcomel tapi...
manja~ amat dan sangat manja macam dia.kesimpulan si bonda tanpa banyak bertanya itu dan ini,haaa bela laa bang.jangan berak merata-rata suda.

baik,dari situ bermulalah hidup seekoy 'kayrron'(ini nama timangan) haa salah sebut lain bunyi!erm erm seperti saya bagitau tadi,kayrron membesar tetap jugak tak gebu,tak comel..tapi manja~amat dan sangat..payah laa untuk saya detailkan kemanjaan itu.tapi cukup laa contoh kalu tiba2 terjaga malam ada kayrron disebelah?atau terbaring tengok tv kayrron datang melanding?dan ini membenih rasa sayang.duuh~

penjahat dan pembuli yang paling teruk?hepp saya saya!haha memang saya.tapi hakikat saya sayang okkay!saje je.owh panjang pula saya bemukaddimah.(errr baru mukaddimah)
yea kita ke bahagian paling penting.

saya pulang pagi.saya tido sampai lewat pagi:)bila bangun,saya berkeliaran sambil mata sibuk mencari.hmmm mana?langsung tiada kelibat beliau.mari mari..saya menuju tempat biasa yang beliau muncul,di pintu dapur.

saya :yonn..
bonda :eh cari kayroon?haha mana ada
saya :ha mana?
bonda :mati dahh.(mata melilau mencari kelibat kanak-kanak.)dik,sini jap.ni story2 sket pasal kayrron.
seperti saya dapat mengagak sesuatu dalam keadaan masih tidak percaya,tapi saya diam dulu~
kanak2 :mati da 2bulan lepas,hari sabtu.
titik.dan dia terus berlalu pergi.
saya lagi bertambah hairan.belum sempat bertanya lanjut.
bonda :(tersenyum2)mana boleh cerita panjang,sedih nanti ada lagi yang berairmata.
haha~itu rupanya.kami sama tertawa.tapi dihati,saya masih tidak percaya.
dan ini kenyataan.baru saya paham,kenapa baru-baru ini ada hasrat mahu membela anak itik.rupanya sudah tiada haiwan peliharaan T___T

saya?bercuti bersendirian.memilih mahu mencari pengganti baru.tapi nantilah kott~



ini antara calon yang berkeliaran bebas di belakang dapur.mahu?
owwwh,nanti dula la~

Thursday, April 8, 2010

berbuahati*____*


antara senarai isi kandungan hidup saya,ini.diulang,antara.

selamat~

saya bakal merindui kesebukkan masa yang berpanjangan selama ini.
saya bakal mengingati setiap detik yang pergi bersama-sama.
saya bakal sunyi tanpa semua yang kebiasaan bising.

selamat pulang bercuti buat kalian.
yang msih tegar diuji,semoga tuhan merahmati.
jika kesampaian,kelak kita jumpa lagi~

sungguh.saya akan merindui.
kamu,dia,engkau,kalian dan kami~
selamat menjaga diri B)

Tuesday, April 6, 2010

for whom who need this~ :)


saya pinjamkan seketika kekuatan yang tak seberapa saya ada.
tapi sekurang-kurangnya saya cubakan~







mari,
berdikari.mungkin suatu hari saya jauh pergi.

heartbeat racing?

kudung~

keikhlasan itu kadang saya ketepikan bila marah itu datang~
hina dan kerdil saya manusia biasa.dan iblis itu tertawa senang.salah sorang anak adam ini yang jauh tergoda.ini hakikat,bukan ikut perasaan atau cepat emosi.
lumrah kejadian tuhan itu telah dijanjikan.dan saya antara yang tak terlepas dari diduga.

hati saya tawarkan keikhlasan.
dan buat kamu,

saya pertaruhkan keikhlasan.
tanpa balasan yang saya mahukan,tapi saya yakin dan percaya pada janji tuhan.
ujian itu menguji keimanan~

ras.saya manusia biasa yang jauh dari pedoman.kalian juga jangan terlalu mendabik kesombongan di bumi yang Dia pinjamkan.kesilapan itu kelemahan sendiri,tapi dari situ saya belajar memahami dan memperbaiki.

buat kamu,semoga kamu temui apa yang terus kamu cari.
saya akan tetap utuh untuk berada pada tempat saya sendiri.
saya yakin pada hati sendiri.
dan pada keikhlasan yang saya beri~

Monday, April 5, 2010

huh!


kadang,diam itu bukan kata saya budak baek?
ras baek? boleh jalan pegi mampus.
kau cakap boleh,sila buktikan?
akal kau bijak,sila menjadi pandai?

hakikat kau yang bodoh banggang!
dan maaf laaa.aku tak terlalu baek untuk menjadi baek dalam separuh hidup kau!
pegi mampus masuk lubang kubur kau sendiri.

taik.

Sunday, April 4, 2010

saya belagak~

bertrip ke site membuatkan saya berbelang!
mari saya saksikan bukti~
seharian pertama di site memang berjemur!

oowhh..ini di site.memang sangat kepenatan.bermula tengahari pukul 12 sehingga 645 petang baru kami selesai~

esoknya,memang berjemur lagi.sampai kering2 saya dibuatnya.paling menarek,saya suka kellie's castle.nanti saya mahu ke sini lagi~
ini memang pukul 12tghhari punya masa okkkay!


ini selebihnya saya belagak je tak panas tapi acah-acah berposing pulak. haha~


kerana ini saya membawa pulang wan mohammad deman bin wan selsema (eehh bin?laki ke?)
yea yea lelaki..tapi saya da sehat sepenuhnya sekarang okay!
mood pun suda dalam diri T____T


xpe berbelang,jangan saya tunjuk belang.

belaan chomel *___*


cakk!ini hiccup..chumel dan sengal~memang ptot di panggil hiccup.dan nama hiccup sendiri tu pun saya da kedengaran chumel *___* wing wing~
budak hiccup ini keturunan viking tapi diberi keistimewaan untuk tidak berviking buat selamanya.eh maksudnya budak ini bertamadun~ haha,paham?

ini,hicuup bersama toothless~ wuuuuuu,matanya membuatkan saya suka :)
sebenarnya nama toothless 2 hiccup yang bagi.kalo nama saintifiknya 'night fury'
ehh tapi tak tahu la betol saintifik ke tak..nama pun cita katun.


sama-sama chumel kan?sila sila kepada yang ingin sama menjadi kanak-kanak sperti saya.(err kanak-kanak ke?)
owwh bukan,ini cerita untuk kanak-kanak..jadi yang menuntunya mesti kanak-kanak kan?
daaaad~jangan nak bajet kanak-kanak.gellli dengar~
ini cerita how to train your dragon.
nantikan versi saya.how to train your duckling!
haha haaa atau how to train your siput :p
owww..jangan! :D

saya boshan~

saya suka :)

masih suka :)

tido~


saya suka :)

masih suka :)

makan~

saya suka :)

masih suka :)

T___T

Saturday, April 3, 2010

andai berkata..



komen saya?
a. :)

b. ;)

c. :p

d. semua diatas

selamat malam! aauwwww~ ^___^

risau!

'..take every chance,
drop every fear...'



yah yah yahhh..saya amat malas!

kepeningan

Lupakanlah saja diriku bila itu bisa membuatmu kembali bersinar dan berpijar seperti dulu kala caci-maki saja diriku bila itu bisa membuatmu kembali bersinar dan berpijar seperti dulukala~







daaa.berhenti mengarut.
selamat sehat~ T____T

Friday, April 2, 2010

merancang

pulang dari perjalanan,banyak benda yang saya rancanakan.ibarat masa seminggu lagi yang tinggal,duuuuh~bakal berpenatan amat.jadi saya kira saya perlu merancang masa.

kononnya.ini kononnya saja cik ras?erm erm..
pulang bersiram dan setup kamar mu itu.
pilih persalinan-persalinan yang perlu disental esok pagi.
berjaga laaa kejap cuba tengok2 chapter1 asgment research methodology.
ok baeklah~


tapi,itu hanya kononnya saja.
kenyataan?
ini saya suda mahu tido.
beradu menghilangkan bersin yang tak tahu henti.
ayat pujukan yang takde laa saya rasa bersalah sangat,
"rehatlah ras.jangan paksa kesihatan diri."
hokkay :) bangun esok baru merancang lagi.

inilah peribahasa, sebiji merancang,sejambak penentuan~
sila sila.mari tido dan rehat awal.
(eh,suka pulak kamu haaa bila nk tido? :D)
sabar aja laaa ras.
selamat ketemu toto biru.wuhuuuu~

hanya satu cerita

"..kerana dengan sejarah di Larut, kita menjadi Matang dan ingat untuk Selama nya.."

Taiping,Perak.

Thursday, April 1, 2010

rahmat

selamat pagi kamis

tika embun masih basah didaunan
aku bertafakur
tika unggas cuba mula mengintai alam
aku diam
tika burung usai bising mencecah pagi
aku mahu
tika sinar mula terangi bumi
aku masih diam


menanti pada yang sendiri mynghukumi
tapi
alam bukan tempat jawapan yang aku temui
ada pada diri
jauh dalam hati

berhenti.aku kira suda penat meneruskan
ini.

bekal


saya ok~
see see!

payah untuk saya berkeras hati.
maaf ras.sila memahami.

urusan saya~

selamat datang april~

saya keluar daerah esok.(wah ko mcm bajet bekerjaya suda)
haha.
sila menjaga diri.

ini khas untuk pakngah(saya tahu kamu akan bc ini)

1.nak kirim paper tak kat cikgu jamaliah?(eh betul kn nm 2?) ;p
2.duk diam2,jangan nakal2 lagi dengan kelisa.nanti mr.karisma majok T___T
3.(.........)

ok,2 je.
ada paper nti msg yea ;D

(ada kedengaran suara2 sumbangseh)
dia : ni tulis blog ke tulis note ras?
saya : eeerr.blog.
dia : knape tulis note ni?
saya : ntah.daa daa~jom tido.
dia masih muka tak puas hati.

saya : hey!buat muka lagi.da nm blog pun ini saya punya.suka hatilahhhh saya nk
tulis apa pun kan?

owwhhh :p