Monday, May 31, 2010

saya lihat dari atas

sebab saya naik ke awan.dan tak hujan.:)
hik3

kalau aku cantik,kau jangan heran

nak cantik punya pasal.pempuan.memang la leceh.tak cantek, orang cakap xhot. pengotor la, xde orang nak la, susah nak dapat keje la, payah laku la..macam2.
kan tuhan tu da janjikan, setiap perempuan tu dilahirkan cantek.


" ala cakap camtu mmg la.laki sekarang bukan pandang tu semua.yang depa tau,x cantik tu xla.muka hitam,bejerawat..xle xstok nak wat awek la.."


er jap.hati pun kne cantek.dari hati cantek tu la baru orang nilaikan?

" hati angpa duk kat luar ka? depa boleh pandang ka hati angpa cantek tak? hati ang baek pun,da muka ang legam naik minyak, poppap poppap jerawat naik, depa nak pandang hati ang?"

errr pulak da.da tu nak apa bole buat.da ni tuhan jadikan,anugerah Dia secantik ni je.syukur je la kan?

"ha ang bawak buah syukur ang pi pasar,mai nak tengok banyak mana laki nak berkenan"

uishhhh.kau mulut leser nyah.ingat tuhan tak ni.kau cantik pun tuhan kasi.

" mmg la tuhan kasi jugak kat cek ni.tapi cek usaha lagi nak p bagi lagi cantik.ni haa,pakai sabun ni..xpayah pk banyak lagi haai.."

er jap.kalo da cantik, kau da ada laki? ni kau lagi cantik, bapa laki kau ada?bagi la aku satu.bole kasi?

ok.hakikat aku tak cantik.dan kau sangat la heran.

Sunday, May 30, 2010

arkeologikal

ahad.
pada cinta yang aku tiada.
dan aku pernah ada.
aku simpan bahagian aku punya.
sebab kau xpenah rasa,
camna nak tido malam tapi pagi kejap tiba.
camna nak bangun jalan tapi tetap tangan meriba.
dan
camna pura senyum tapi hati hiba.

mungkin kau pernah rasa.tapi tak sama.
sebab aku cinta separuh jiwa.
sayang aku tak belah dua.
dulu.





sekarang aku satu.tuhan maha cinta.
dan hidup aku tau makna.
bila pandang masa masa yang kosong aku lupa.
dulu.

cinta.dari dalam aku yang sembunyi tak kemana.

Friday, May 28, 2010

tamtam sihitam

hik3.selamat hari jumaat.dan jua hari wesak.seronok!saya temui sesuatu.



comelll~ satu badan hitam.bawah badan je putih. stat dari bawah leher sampai bontot, mmg putih.pastu bersepatu putih jugak.auuuw, cantik. ekor dia makkkk, panjang~
yang paling saya suka, mata dia.kuneng!!
dia belom rasmi in a relationship lagi..tapi bakal mungkin.kalo xde perangai pelik.
so far..ok.makan xmemilih.roti bakar pun dia tibai.err tapi...dia wanita ya.wanita.
agak leceh bila wanita ni,kecik2 ni ok je lagi..kang besar2 ada la bawak balik baby.
walaupun xkawen lagi..haish~
tu pasal masih belom rasmi..dia amat manja :) heppp! dengan saya dengan saya!
haha kali ni saya tak stat membuli lagi :p
kesian, dia kecik lagi ni..nama pun xrasmi lagi nak pakai nama apa..hmm akan didiskusi jika rasmi nanti ya..masuk umah pun tak rasmi dibenarkan lagi.haish bila nak perasmian ni?



semoga dia akan rasmi dan serasi kelak.tapi too bad, dia ni xde la aktif macam kayrron dlu..ala kata pun wanita~ manja je lebeh :))

taruk la sendiri ape jenis permainan yang tak berenti2 sehingga melekakan untuk tido pagi2 neh!

MyEm0.Com

MyEm0.Com

MyEm0.Com

MyEm0.Com

MyEm0.Com

MyEm0.Com

MyEm0.Com


^__^ hik3
dah.esok pulak kita men sesama eh.kat tempat biasa tau.kita tunggu :)

MyEm0.Com

Wednesday, May 26, 2010

empat

aku.xpernah baek pada nilai mata kau.yang slalu jahat.cakap kasar.busuk hati.sombong. kalo da tau camtu,kau datang nak kawan pasal? aku xsuka,xselesa,xnak ada paper kaitan dengan kau sebenarnya.xsuka ok.xsuka.selama ni aku buang jahat tu,tetap paksa diri suka.tapi kau tetap kau yang mula aku kenal.dan kita,xpenah jumpa titk serasi yang manis boleh bicara.dan aku.sahut cabaran kau.

permulaan aku kenal kau sebagai seseorang.
dan ni.
aku akhirkan kau sebagai seseorang.


yang xpena aku kenal.berkawan.dan jauh skali berkongsi hati.benci.sampai mati.

Tuesday, May 25, 2010

guguran

2.12 am.

dan tetap saya suka hujan.nyaman dan tenang.



tapi saya takut kilat,guruh dan petir.
sumpah.
dari kecik sampai besar.
ketakutan kadang membuatkan saya diam.
diam saya kadang ketakutan.
menagis.

mana alahnya saya tak tahu.

dan semalam.
saya terjaga bila lena teganggu.bunyi,rasa dan cahaya itu garang.
tak senang.tetap saya diam.
samar samar neon tiba gelita.



ya tuhan maha kaya.satu bunyi itu cukup gagah penuh cahaya.
dan saya,diam.
lima minit itu bagai sejam.
sepuluh minit itu bagai dua jam.
lima belas minit itu,ada pertolongan.

baeknya si bunda datang.jenguk dan tukang gelak.
memandang ketakutan saya yang tak pernah hilang.
waaaa~ xbaeknya :(

!___! dan pengalaman dulu itu tak kan pernah saya lupa.
igauan terburuk saya ada.




2.45am.
lena.

kabaran

dan aku jua punya mimpi dan impi.
sama ada inti.
cuma aku sabarkan hati.
mengerti dan belajar pahami.









tika masa itu lari,aku masih tatih sendiri.
pada tirai yang aku belum ganti.
aku setia menati.






pada hari hari yang sudi berbudi.
pada hati hati yang mahu berdiri.

Monday, May 24, 2010

baju baru

" mama pusing2 sogo cari baju raya kamu tahun ni.banyak mama berkenan,harga papa kamu tak kesah.angkat satu,saiz kamu kecik..angkat dua,saiz dia besar..angkat tiga,warna mama xsuka..angkat empat,papa kamu xnak..angkat lima,pening kepala.

mama bawak pulang ni je.harap kamu suka.nanti kamu da besar2 skit,mama cari baju lain ok? "

pilihanraya

aku tak letak kotak undi.pada kau untuk jatuhkan pilihan.
aku tak tayang tabung buluh.untuk kau pinjam simpankan wang.
aku hanya ada mesra.
yang senyumnya aku sapa.
kau yang tertawan.aku biasa saja.

pada pilihan yang kau jatuhkan,kau tumpahkan kasih.
pada simpanan yang kau pinjaman,kau basahkan cerita.
yang erat untuk diikat.yang cantik untuk dicat.
dan aku suka kecantikkan itu.
kau jua yang paling suka.

sekarang.kau bilang.
pada siapa yang kau nyamankan?
ikatan itu belum aku simpul mati.
cat itu belum aku ganti.
memang datang buat aku atau kau hanya tumpang?

tentukan.atau aku yang korban.
dan aku tahu.
dan kau tak pernah punya jawapan.

jangan undi aku.jangan menabung lagi.
aku yang sakit hati.

Thursday, May 20, 2010

Unstoppable~ urgh!

saya universal ^__^ hik3
i love this country music very much~
love is unstoppable ^__^

among of my fav series is CSI. tiga2 jenis CSI series memang saya layan adil dan sama rata. saksama dalam poligami.haha pulak? i love them and serve all kott.
skg ni mmg terpikir, camne nak apply keje ngan CSI ni? ok apa i have analytical eyes jugak? stakat slowly swabbing an object to find a fingerprint tu, totally im ekspet laa~
haa belagak belagak? haha. bukan belagak, totally confident bout dat je :) hik3 ^__^
ada rezeki tuhan campak tak kemana kot (tetiba pulak kan) haha

ehem da.macam rascal flatts ni cakap,

" Get on your knees and dig down deep
You can do what you think is impossible
Keep on believing, don't give in.."


LOVE IS UNSTOPPABLE la tu kan~
hik3

Wednesday, May 19, 2010

pandangpandang~

kau usha mak aku dari jauh tadi.
lama.
pasal? mak aku cantik lagi dari kau?
haa memang la.
haha jual kueh2 tu.

dan aku, kau pura2 xpandang.
napa? takot aku pandang kau balik?
mak aku mmg baek.

xbest la kau pandang.simpan la.

Sunday, May 16, 2010

timbangrasa

pempuan.
hati mesti bulat.tekad.
kau xnak,jangan layan.jangan bagi harapan.
beliau suda di awang-awangan tu.

pempuan.
jiwa mesti tegar.besi.
kau xsudi,jangan lebehlebeh.berpada.
beliau suda selesa.salah tafsir bahasa.

pempuan.
senyum mesti manis.iklas.
kau xmahu,jangan tolak mentahmentah.salah.
beliau makin intai.

pempuan.
pandaipandai kau jaga diri.
hati orang bukan hati ayam.
bukan bole panggang.bole pegang.
kelak sakit,kau nak bagi ubat?

aku pun pempuan.mari sama berpesan.
selalu ingatkan.hati.
katakan tidak pada ilusi.
yang datang bisikan pada hati.
aku belum sedia berkongsi.
ruang legar aku.sendiri.dan belum mati.

Friday, May 14, 2010

Sesungguhnya,

memiliki perasaan itu adalah sesuatu..
menyimpan perasaan itu adalah indah.
menikmati perasaan itu adalah bahagia.
meluahkan perasaan itu adalah kebebasan.
menyentuh perasaan itu adalah sayang.

Namun,

membiarkan perasaan itu adalah bahaya.
menolak perasaan itu adalah risiko.
mengenepikan perasaan itu adalah seksa.

kerana ia tetap menjadi sesuatu..
yang belum tentu.

Kalau aku pernah bahagia, tentunya ia keranaMu.
Yang Maha Cinta.
Jika aku bahagia lagi, pastinya ia keranaMu.
Yang Maha Kasih.
Andai aku tak berbahagia lagi, mengertinya jua ia keranaMu.
Yang Maha Besar.

“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahanku dan kesedihanku..” (Yusuf:86)

Wednesday, May 12, 2010

protin tambahan dalaman

saya gila buah.segala buah-buahan memang saya bedal.tempatan punya ka,obersi punya ka..memang saya ngap.rakus tapi supan.haha.ehem,jadi ini di alkisahkan peristiwa hasil rakus saya.dan sopan yea,jangan lupa sopan tu~

pagi tadi saya ke rumah jiran lama bersama ibunda.punyala dorang borak,sebelum pulang,dengan baek hatinya jiran tadi bagi buah tangan,haa buah jugak tu.buah tangan buah belimbings.banyak,tu pasal ada 's'.memang banyak.sampai umah,saya asingkan, separuh bagi budak-budak datang umah,separuh simpan.baekkan? da orang bagi,saya bagi lagi..ala saya biasa2 sje,xpandai mana pun matematik.setakat bahagi tu saya tau la skit2 :) haha.
ini ha,hasil separuh yang saya da bahagi dua tu.banyak da ni lagi.



punya la banyak camni,saya dapat idea.konon rajenla kan.ehem konon.eh tapi memang saya rajen.haha,tak kebetulan masa tu memang kat dapur.masa nak makan tengahari.jadi saya pun ilhamkan jus belimbing.haha kan da cakap tadi awal2,konon la tu.hepp,mmg jd jus.tadaaa~ satu jug saya siapkan.haha cukup la 4 orang nak minum kan.owh jadi kesimpulan,mmg belagak makan tengahari,minum jus belimbing.



nak? haha sabar2,dengar cerita saya dlu.eh sedap..bukan tak sedap.sedap sangat kot~

ok.selesai sesi makan tengahari.tengah2 waktu senggang saya petang2 skit,saya bedal lagi buah tu.da cakap pun suka makan,mmg saya makan lagi.xde keje sangat la katakan.
tengah rakus2 dan sopan saya makan tu,tetiba..haaa,analitical eyes saya mengesan sesuatu.eiii,ape ni??



makhaiii~ ulat.sumber protin tambahan! yeay.terlajak perahu kau naik boleh kau undur, terlajak telan buah tak boleh kau ludah! cisss.apakah kau buat dalam buah belimbing ini wahai ulat? jawab. tanpa berlengah-lengah saya tak buang.haa tak buang.memang jadi bahan mainan saya.ehh tak tak saya tak main.haha kau jahat!

walaupun saya tak pandai matematik,tapi saya tau mengira sket2.tak caya?marilah mengira bersama saya.sebut kuat2 ok.kalu xkuat saya ni xdengar :p









sudahhh~patot la senang aje aku berybery pas makan tadi.ehem.jus belimbing tadi? er er er.saya pandang meja mencari jus.nah kau. licin.segelas yang tunggal ni je tinggal.duhhh~



ha,masih terliur dan nak lagi? haha ayokkkk~ mintak2 la dalam buah yang buat jus tu xde menatang ni.kalo ada halalkan je la..haha jadi sumber protin tambahan yang amat berkhasiat.kuat! moral lain hari,buah-buahan ni mmg bagus untuk kesihatan semua.sekian.fuh~ jangan rakus.

Sunday, May 9, 2010

masam asam

tabiat atau hobi? tiap kali saya kuning, saya banyak je mengarut.kadang ada mencarut.
ntah apa yang saya bilang, erti hidup atau pada nama takut?

saya sendiri tak paham dan payah nak halang.rajin bertubi tubi datang.mencari keselesaan pada kelebihan masa yang terluang.

mulut saya pahit.mahu asam.mungkin bila masam,saya diam.

yank~

semalam saya dengar satu lagu berkumandang di radio.dari seberang lagunya..ehh cakap pun da macam indon? tak tak,maksudnya lagu itu dari negara seberang.da biasa je dengar lagu ni sebulum ini,tapi semalam terhayati lirik pulak.haha best then~

" saatku mahu bicara dan dan ku akan cerita semua apa mauku, siapa dirinya karna memang tak ada yang lain..
terus hubungiku lagi.."


waduh senang hati amat.tapi skali tengok video,ceh ingatkan punya la bermakna lagu ni..rupanya berunsur humor habis~
tapi still sengkronise jugak la cerita dan lagu tu.

cakap la kau huduh skalipun, kalo da aku minat, tetap ulang dengar jugak lagu ni :)
haha.
ehem,saya kembali kuning T__T rasa yang sangat tidak menyelesakan~
semoga cepat kembali mekar.

Friday, May 7, 2010

remedy~



saya da ketuk ketampi 25 kali.er cukup la tu kan kan?
er anak-anak belum bersedia nak pindah gi pusat khidmat masyarakat :p


im admit my fault~
(bucket of smiles i smell from a far)

Thursday, May 6, 2010

berangin~

"sebaik-baik sedekah adalah ketika hati kamu penuh rasa kasih dan penuh rasa sayang"





ikhlas saya memberi.kerana kasih sayang saya dari hati.
saya halalkan tika hidup dan sesuda mati~

Tuesday, May 4, 2010

bancuh bunco

hitam.kau sibuk nak kisah?kau kaler ape?
pelik apa kalu hitam tapi kaki aku ada ihsan.

biru aku cantik.langit kau selalu hujan pasal?
tak hebat mana kalu bermegah tapi angin kau lintang.
biru aku nyaman.bukan nak tayang, nah kau pun rasa kesejukkan kan?

hijau aku ada tawan.jangan kau sibuk belagak sopan.
lap dulu lumut kontang pada badan.baru aku iktiraf hidup kau aman.

aku merah darah manis.bukan untuk kau yang penuh bengis.
jangan bajet kau putih hati kau tulus.tipis.
merah aku ada jiwa.halus.kau ada?

jangan senteng.aku suka kuning.peduli apa aku bila kau sebut aku anjing.
hati aku tahu. coklat kau langsung mati.
ikhlas kau jauh pegi?

lauk kau ungu pun aku tak heran.bukan kebulur sangat nak.
simpan la kaler kau,biar naik fungus. sikit aku tak jeles.

aku bulat.hati aku ada adat.

Monday, May 3, 2010

batu

' through the wind and the rain..she stands hard as a stone '



Like the loss of sunlight
On a cloudy afternoon
Gone too soon

Like a castle
Built upon a sandy beach
Gone too soon

Like a rainbow
Fading in the twinkling of an eye
Gone too soon

Like a sunset
Dying with the rising of the moon
Gone too soon

Like you come fill up my dreams
Walk away when awake in the morning
Gone too soon

But always im keep waiting again
you never come too soon~



stone is stone.gone or be gone.

Sunday, May 2, 2010

sejarah

aku tak sombong.tapi bila aku sombong,pedas lagi dari sos cili.
aku tak belagak.tapi bila aku belagak,dunia kau aku sepak.
aku tak jahat.tapi bila aku jahat,dalam lubang hidung kau aku berak.
aku tak kesah.tapi bila aku kesah,suar dalam kau aku koyak.
aku biasa saja.
ada hati ada mata.
ada mulut ada kata.
dan ingat,

aku bukan tempat kau nak tumpang maki.
aku jugak bukan tempat kau nak suh basuh berak.
apalagi nak korek tahik dalam lubang telinga kau.

aku tak cakap.bila aku cakap,memang aku jahat.
aku perempuan.

bukan aku tak tahu bertindak.dan bila aku bertindak,maaf.dunia aku penuh gelap.
masa tu kau boleh tunjuk hebat.
tapi sori,kau sape aku nak lihat??

aku tak buta.bila aku buta,binatang pink pun aku raba.
apa yang kau ada?



aku ada tuhan yang satu.yang maha tahu.

kau,jangan terus jadi lembu.nanti lubang hidung kau aku cucuk.