Wednesday, March 31, 2010

bermonolog

dia : knape weh?
saya : ha kanape ape?
dia : ko la.awat?
saya : eh takde paper.awat?
dia : jangan jd keling aaah.
saya : yeala,sy melayu.

si dia diam.saya mensenyum2 manis.tapi dia tak pandang.aik,saya pelik.
haaa ayooop.majok? alamak~

saya : cheeeew (bersin)

haaa dia pandang.haha lg2..

dia : tak sihat ke?
saya : tak lah,ok je.

kembali diam.

saya : ok?
dia : hmm.

2je?apa lg.kekok saya sebegini.

dia : nk tido dlu lah kalo takde paper.
saya : kan pagi ni ada clas,xg?
dia : kalo nk g,pegi la..orang nk tido.
saya : errr..da 2 mcm mn?
dia : xtau.tdo dlu.
saya : eeh.

diam suda bermula kerana saya berseorangn.
pengakhiran cerita,dia tido.saya ke fakulti.tapi tak ke clas.


moral:kalian mn bole tak sehaluan.kalian hidup dalam satu badan.tolang bekerjasama.

mari berteleku

the same LOVE.
that makes me smile

and


makes me cry

surat dari hati.

dear..

never look my eyes if all you told me is lie~









hurt me inside.


ras.

Tuesday, March 30, 2010

seruan

saya kira suda tiba masa untuk saya mengundurkan diri.berputus asa dan harapan.
buat yang masih mahu teruskan,sila.

saya tak mampu lagi.
mencuba untuk tiada yang kebiasaan.













untuk sesuatu yang tak pernah saya dapat keuntungan.

Monday, March 29, 2010

si lembap

ehem2.dinyatakan awal-awal ini bukan niat untuk merendahkan sesiapa yang terasa atau tidak.si lembap yang saya ingin kongsikan kali ni,pada kecomelan mereka yang baru saya amati~memang comel laaahhhh~
tak percaya?
sendiri tengok laa..haa ada bran?kalo geliman,haa sila percaya saya.sungguh ehh,mereka comel! T___T

sebelum itu.saya baru terpikir.si lembap?kenapa?kerana lembap bergerak perlahan dan slow ATAU lembap kerana selalu basah dan tidak kering?
hmmm..mari kita sama berpikir~saya pun tak mampu memilih.

suda.mari kita bergeliman mahu?haha~haaa jangan lari,jangan lari.sekali da baca,sila tengok sampai habis entri~







ini saya terpikir,ada tak sapa2 mahu jadikan haiwan belaan?
waah~bayangkan,boleh mengusap-usap kelembapan mereka ini tatkala waktu panas!
dan jua mencucuk-cucuk isi lembut badan mereka?
hahaha mari mari kita cuba.
dan kita juga bole cuba ini?

haha~boleh2,nanti saya buka kaunter pendaftaran oke?





(yek yek betol laaaaa~)
:DD

erti lelah saya~


..I’m sick of trying to be strong,
and end up weaker than ever
.."


diam itu mungkin yang termampu.

Sunday, March 28, 2010

hujan di luar sana..

"I may not enough to be a pencil and write your happiness but
at least i'll try to be a nice rubber to erase your sorrows.. "



diam~
tadi saya bergayut bersama bonda.terupdatenya banyak cerita2 yang tak sempat nak bergosip.antara perihal gosip yang terupdate, ini.tentang anak itik.kanak-kanak kecil di rumah mahu membela anak itik.tapi kawasan rumah takde tempat sesuai nak dijadikan kawasan.lagipun, saya yakin tak mampu bertahan lama sangat laa anak itik itu akan hidup,kaum-kaum kucing liar memang galak sangat berkeliaran.naseb kanak-kanak tadi tidak baik,takde haiwan peliharaan baru.dan naseb anak itik pun tak berapa baik jugak,tak memiliki tuan pemelihara untuk jaga~


perihal ini mengingatkan saya pada kenakalan di waktu kecil.memang saya pun geram amat dengan anak-anak itik.waktu dulu arwah mak memang bela banyak itik.kalo ke rumah mak waktu petang tu,haaaa~jangan cakap.akan ada anak itik yang lemah dipangkuan kerana dikerjakan ATAU akan ada kanak-kanak yang dikejar oleh ibu itik yang garang :D
lalala~

dik,dunia tumbesaran kita tak sama.
maaf laa yea.



kenyataan.mereka memang comel bukan?

tunggguuuuu~

bite me!

meliurkan amelise kalian?mari. :D




wah.ini menseronokkan kalo saya berkesempatan untuk menikmati.hilang segala plan berdiet ni..eeh eeh,tak.saya tak berdiet.T_____T
saya mahu.balik rumah ni,kemungkinan untuk aktif menghasilkan ini sangat besar!
waaah~bonda,bersedia dengan cooking chocolate dalam petiais sekarang..adik2 comfirm semua setuju ni..angkat tangan!
haha..maaf la datin bonda :D



eeh ini tak tak.belum ada lagi.sekadar gambar hiasan(",)haha~

aneh

mereka membuatkan saya teruja untuk pulang.tapi bila pulang,tidak selama mana pun saya bertahan.pasti akan temui datin kebosanan. aneh bukan perasaan itu?




tak tahu lah saya apa bakal berlaku sepanjang saya bercuti panjang nanti~
*wink*

manarek bukan?kelihatannya amat manis dan sopan sungguh.ini yang mengasyikkan.
natilah dia.sampai satu masa yang sesuai,siaplah.saya kerjakan dia dengan bersungguh.
sapa mau sertai,mari silakan~

duuuuhhhhh~
chantek amat.

Saturday, March 27, 2010

omelan dalam hati.

"saya masih tahu menjaga keperibadian saya bodoh.saya mencagar keikhlasan sendiri.bukan mintak yang kau punya pun.sila blah jangan pandai sendiri untuk menilai sedangkan kau sendiri tak cukup mengenali! banggang"


saya masih diam didepan laptop ini.tapi itu hati saya mengomel.
maaaaffff.ini bukan dari mulut saya.
baek saya tido.


diam.

kalau ini saya miliki..







waaaaaaah~bestnya jika saya mampu berkesempatan menjelajah ini!
menseronokkan!

kekasih~

pada malam aku rindu.
siang itu yang dicari.
pada tika aku letakkan hati,
saat itu kau curi.
pergi.
membiarkan aku tiba-tiba sendiri.

pada tido aku tangis.
bersama mimpi dan kenangan bersisa.
pada gelak yang aku mahukan.
pada tawa yang aku senagkan.
itu dusta?
payahnya untuk aku sama tidak percaya.

kekasih.
aku masih simpan rasa.
tapi jika kau kembali,mungkin aku tidak wenang menerima.
mana mimpi dan janji kau sulamkan diriba?
mana kata yang kau lancar tutur berbahasa?
mana mata yang kau pinjamkan sebagai penanda?
mana pegangan yang bisa kau copkan sebagai sesalan?
mana?
ini penipuan terangan atau aku banggap amat.

pada masa yang kita teruskan berlalu.
aku masih disini.
mencari bantal untuk dilapik tido.

mencari pantai untuk hidup.
hati~
moga kau terus bahagia T______T

satu hari dihati~



saya.
di satu hari internal.

selamat engkau~
external kau terpilih.
apa mau kata?

T_________T

doa hati kecil

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

" ya Allah maha cinta..
seandainya telah Engkau catatkan,
dia milik kami..tercipta buat kami..
hadir untuk kami..
satukanlah hatinya dengan hati kami.
agar kami sama temui kegembiraan dalam penghidupan..

ya Allah maha kasih..
jika kenyataan itu benar,
sila bantu kami mencari kebenaran..
pada satu kekeliruan yang kami takut untuk berdepan.

ya Allah maha sayang..
seandainya Engkau telah takdirkan,
dia bukan milik kami..jauhkan lah dengan baek~
biar pahit untuk kami menerima..
tapi itu saya kira yang terbaek.
luputkan dia dari kami..peliharakan lah kami
dari kekecewaan duniawi.

jika benar dia milik kami..dekatkan lah dengan baek~
jika benar dia bukan mutlak kami..jauhkan lah dengan baek~

sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan,
adalah yang terbaek untuk kami..."


amin.

Friday, March 26, 2010

namakan pada keselesaan kalian~

'hitung kesyukuranmu,bukan kesusahanmu..'

tahniah kalian~
menempuh detik yang panjang,sampai jua pengakhiran.
ini bukan tanda noktah yang kita selesakan.
tapi mungkin permulaan yang sesuatu yang kita sendiri tak akan jangkakan.buat kalian, terima kasih di atas usaha diri sendiri.berpesan,hidup tiada apa yang senang.kesukaran itu pula bukan selalu membawa keburukan.akan sampai jua pada pengakhiran.akur laa pada kejadian lumrah alam.kita masih berjalan pada laluan yang Tuhan sedia rahmatkan.

hitung kesyukuranmu yang mampu bertahan dan selesai tugasan.apa keputusan,kita nantikan dan terima dengan tenang.itu usaha dan hati yang kita pertaruhkan.itu kerja yang kita penat satelkan.itu jua pembelajaran yang kita kendongkan.
cuma bersyukur.Tuhan itu ada sebagai teman.diberi jalan,laluan dan kekuatan.
jika itu semua dihentikan?
nah,kalian masih mampu bertahan?
tanya keikhlasan hati yang mendalam untuk jawapan kejujuran.

bilang kenikmatan.ada razeki yang sudah dicagarkan.dan kita?telah sepenuhnya gunakan.
percayalah,bukan hati hitam yang kita semua mahukan.sekurang-kurangnya ada kelebihan yang kita sama kongsikan.pinjamlah sebentar mana-mana kekuatan yang kalian selesakan untuk terus berjalan.andai berkata kepenatan,tetaplah terus bertahan.

senyum.hidup masalahmu mampu berkurangan.
saya sendiri penat untuk terus sama berpesan.
kesusahan itu ujian.buat yang tegar dengan kesabaran.untuk menjamin kekuatan.teruslah sama pahatkan kegigihan.

saya yakin pada janji Tuhan~

kerastangan kertas

ini saya kongsikan hasil "diud diud" saya T____T
ini bahan kegemaran saya.
saya suka.mari kita tengok mereka~

ini,senang.haha maklumlah percubaan pertama~ haaa belagak!



ini,hasil keras yang kedua!duuuh...ini satu malam punya konsentrasi ini.hingga minta bantuan kawan.hingga down,balik tdo.paginya baru gam je kat mne patot~
haha,agak hororrr..tapi masih diud kan?xpe,saya pun tak minat mne~ ini pakngah punya.



errrr..ini tak nak cita.satu malaya da kecoh.hahaha~ras!


ini!the most diudtest yang paling saya suka.tapi erm erm sebenarnya tak siap sepenuhnya lgi tau. tanpa jari tangan dan kaki yang berselipar.tapi tuntutan masa,
saya tak sempat siapkan dia.haha..good boy buddy?



ini antara hasil kerastangan saya dari ketas.papmlet dia da ada siap-siap sebenarnya.cari je kat intenet jika berminat.tunggu encik ketekunan dan mr kesabaran pastu, tadaaa~ siap!

saya suka buat ini.ramai yang sebok bertanya.xde keje sangat ke sampai mampu berkeras sebegini?
haha.ini saya bagitau.
saya suka.bila saya suka,saya akan buat apa saja..
lagi?
saya tenang, diam begini.
saya mampu terus berfikir dan berfikir dan sambil berfikir~

nanti ini saya akan introducekan pada kanak-kanak kecil dirumah!
sekian.

fuh~penat pula.

kamu yang saya tinggalkan!

kamu.
apa khabar didamping beliau?
saya mahu sekali bertanya soalan ini.tapi saya bataskan dengan kesabaran.
saya mahu sekali berhubung talian.tapi saya pagarkan keangkuhan.

kamu.
apa yang kamu selindungkan?
saya mahu sekali menyoal dengan sebal.tapi hati saya tegar.
saya ingin sekali menjerit minta penjelasan.tapi saya bodohkan pemahaman.
banggang.

kamu.
hati terusik itu kamu tipu dari beliau?
kamu bahagia terusan bersama beliau?
jika yea.sila teruskan.
hati saya mendoakan kerahmatan.
tapi waras saya menyoalkan kenangan.

maaf.
hati saya terusan rindu.
hingga saya mimpi yang terus bangkit hilang penat.
kuasa apa yang kamu tinggalkan?
saya tak mampu buang.
jahat.sila jauh dan terus hilang dari saya.

benci.
kamu manusia yang paling saya mahu jauhi.
kamu individu yang paling saya sakiti.

blah.jangan terusan pandang saya lagi.
saya tak mahu mengerti itu!

biarkan saya tido kalo itu kamu tinggalkan.
bantal?
itu cerita lama.lupakan.

jangan tinggalkan???
hey..siapa yang terbukti sekarang?

sampai hati.
saya hanya tinggal ke toilet.tapi kamu terus tinggalkan saya selama bersama hati.

bila tiba masa itu..

sampai masa saya kenal penat,
yea,saya akan mengalah dan terduduk diam.

sampai masa saya tahu berhenti,
saya tak akan terus berjalan.

sampai masa saya datang lelah,
saya terus diam.tanpa kata lagi.

apa yang saya cari bukan erti saya akan terus gigih mencari.cukup saja saya parutkan kegigihan yang sedia ada.
biar saja saya tawarkan keikhlasan tanpa saya sendiri terpaksa untuk teruskan.

sampai masa saya akan kenal erti penat.
sampai masa saya tahu berhenti kejar.
smapai masa saya sendiri akan sedar.


apa yang terus saya cari dan gali?


apa lagi yang buat saya tegar untuk menempuhi?


apa lagi yang tinggal untuk saya nikmati?


ras,
bila tiba masa itu..
kau akan hilang apa yang kau pegang.
kau kena lepaskan.
biarkan untuk belajar terbang.

hidup adalah pelajaran.
teruskan jika kau masih penuh kesedaran.

silakan.

Monday, March 22, 2010

sebuah harga kelapangan~

banyak duit?
bukan itu jaminan kau mampu miliki.
kaya harta?
bukan jua menjadi pasport bebas kau mampu dakap.
poket tebal??
dah~bukan itu harga pada satu nilai yang boleh kau bayar.

lantangkan apa saja yang mahu kau mahu..
demi nilai itu,bukan tempat biasa yang boleh kau bergolek.
pertikaikan ketidakpuasan dan mulut berbuih mengomelan..
sumpah!kau takkan temui dengan senang.
itu bukan barang atau mimpi yang boleh kau jadikan kegembiraan~

jangan tanya saya nilai itu.
kelak sendiri sama mampu kita dapat.

kelapangan itu anugerah terindah yang Dia berikan pada yan g tak pernah penat mencari~

selamat berhati riang menikmati tido yang panjang demi melengkapkan kepenatan kalian setelah penat berperang di lapangan yang kau sendiri buat pilihan!



tersenyumlah bergugus keikhlasan. saya mendoakan kerahmatan yang berpanjangan buat kita semua!

Sunday, March 21, 2010

peminat cilik~

satu perasaan yang indah bila tuhan itu anugerahkan kita dengan rasa kasih,sayang,kasihan dan minat~

haha..haaaa mula laaa 2 pk bukan2..eleh, yang kononnya saya ni meminati dan mengadmire seseorang?
oooh, tidak!
saya masih mampu bertegar dan bertahan dari arus gelombang rasa yang tak enak itu.
rasa itu mampu melaparkan perut yang baru selesai makan nasi lemak.
dan jua mampu menawarkan nasi goreng ikan masin~
wuuuu..bila kalian berperasaan sarat itu,baru kalian sendiri akan akui kenyataan ini.

sunggguh! ciput pun saya tak tipu..xelok menipu~

ini kisah yang benar-benarnya.bukan jua cerita rekaan dan di tegaskan, ini bukan cerita saya!
asli,dari primier sources,tapi bukan saya~
begini..


selalu jee kami jumpa sicantik hitam itu.
selalu jua sangat kami mendengar suara2nya yang menderu.walau tak perlu dan kadang bingit di pendengaran..tapi kami tak sedari itu yang menawan.
selalu kerap amat kami menegoknya gagah perkasa berjalan..bergerak di antara ramai tanpa hilang arah..itu yang mau dicapai,pasti akan diraihnya!
itu yang mungkin mengkagumkan.
semagatnya yang sentiasa gagah, angkuh, segak dan penuh karisssmaaa~


siapa sangka ada peminat cilik di antaranya?


anda bagaimana?



hahahahah~ maaaaffff kalian dan tuan punya badan ;D

Saturday, March 20, 2010

terdetik jua~

b4 this saya ada cerita tentang eva kan~
kawan saya bertanya..eeh ras, da 2 sapa jadi wall-e?
haa aah, sya pun baru terdetik..
terus tringat jalan cerita katun miut piut 2..

tersangat bersungguh lah en. wall-e 2 menyelongkar sampah2 untuk membersihkan city lama mereka..sampaikan beliau boleh dikira designer hebat kot~
mencipta alatan yang berfungsi baru menggunakan alatan yang ditemui di tempat penyelongkaran samaph..tak caya, tengok balik cita tersebut.tengok tengok.
perhatikan umah wall-e 2!



comelkan?huhuhu.
then bila beliau jumpa eve, beliau sanggup wat apa saja; konon atas dasar chenta wwwwh~ wink wiiinkkk~



berbaliik kepada soalan tadi..
sapa jadi wall-e?



entahhh la labu~mana sya tau.saya tak punyai jawapan itu ;D
sje je mengepost ini demi jawapan yang saya pun tak pernah nak jawap!

senang jika berlaku jujur~

selamat pagi sabtu!
saya baru selesai bergigih menyiapkan model (gigih mn jika pakai board je?)
aaaah..kire gigih jugak laaa 2..
xtido tau.tapi saya tak ngantuk..penat tak tau.saya ibarat da imun dengan rasa pada diri.teruslah bekerja keras ras! T__T

saya senang jika terus bagitau ini.baeklah.
saya suka kanak-kanak..tak kira la bayi atau kanak-kanak..saya suka.
wuuuu~sebenarnya rindu adeekk..haha weeek, ras tak malu ;)



suwitkan?saya suka mereka kerana senang berlaku jujur..katakan tanpa berselindung..penerimaan itu cerita belakang..tak macam orang da besor panjang ni...ad je nk kne pkior dan timbangkan di atas neraca tentang apa akan jadi~



aaaauuuwww~saya suka ini.adakah saya begini? eeeh ras! jangan mengarout di pukul 6pg ni..dengan sapa plak kau nak begini? hahaha~ tak. tak. saya gurau je.tapi saya suka kanak-kanak.mereka chumel ;)

ini,tengok tengok!


haaa..saya amat gembira menengok mereka. jujur telus dan amanah.haha,da macam cogan kata polis malaysia la pulak~



;D mereka sungguh polos!


cuuup!hahahaha x senon laah~


haa ini lagi??


eehhh makin menjadi2 nih T___T


daah dah~ stop!jangan biarkan kanak-kanak polos ini terus hanyut..haha~





ehh tiba2 pulak saya termalu..kenapakahh? ;p

hahaha~