Saturday, July 31, 2010

double "s"

dengan sepatah "ok"
lagi dalam aku pk.

semak.sesak.
bukan aku mengada sangat minta cinta.atau apa apa yang perlu belaian jiwa.cuma sebab selalunya kita terbiasa.dan bila kau pelik mcm aku xda apa apa.
aku serius tak selesa.

"deyy.bangla pun cakap malayu daa."

Friday, July 30, 2010

terpampang

isnin selasa rabu kamis dan jumaat


campur lagi sabtu dan ahad.
mana tak jatuh cinta kalo hari hari tengok muka?
haish~

payahnya nanti bila nak berpisah.

Thursday, July 29, 2010

actor is him!

sekarang.aku pandang kau ni.
lakonan habes.mengah pun tak?

tapi walau dari tepi
aku tahu riak muka kau walau jugak kita baru kenal.
berpura dan cuba untuk biasa.
bang, "tak naturallah awak nyanyi"
walau lagi lagu itu pernah kita kongsi.

aku nak pulang.lari dari keadaan.
sebab kau pandai gila berpura.
dan aku terlalu naif untuk sama berlagak suka.

Wednesday, July 28, 2010

im serius ni.

mari.kita bakal mulakan berkerastangan lagi :) mencuba ini.
stail baru punya.eh tak baru pun.da lama penah ada.tapi seingat aku last pun penah popular time aku kecikkecik dlu.time baju gaun kedut2 kat bahu ada bunga2 reben ni kat depan.cantek!

haha.ok bukan selamat tinggal manek.tapi cuma mengalu-alukan kembali stail reben ni kembali.er mana mungkin tinggal manik.cuma dengan kata lain.mempelbagaikan skil.dan koleksi?ha ya ya! mempelbagaikan.haha yooyo la tu.biasa jumpa kat sarung bantal xpun cadar xpun beg.xpun kadang alas meja.tapi aku tak kan la hasilkan semua menda2 alah tu.heh surirumah tangganya kau?anak brapa ni? hihi.

ofkos aku pilih dekorek baju kurung.dan dgn syarat.kain tu cantek kalo kosong.haha gayanya raya xde la pakai menatang reben ni.sbb baju raya xkosong.jadi baju yang tak raya akan jadi mangsa.


heyy.ok cakap banyak pun tak guna kalo xstat cuba.so langkah pertama.haa tu dia,research research!

next time cari barang.satu pun barang manik xle recycle guna.kecuali berkongsi benang sama warna.haha memang da ngek! ehem.ok im serius ni.

tunggu saja ya :D

p/s:dos baru meningkatkan suhu.kuneng lagi :(
selamat sehat.

Tuesday, July 27, 2010

pu"jungle"

"..in every girl's life, there's a guy she'll never forget and a summer where it all began..I'm gonna make somebody love me."

sorry sir : need or nor need?

Monday, July 26, 2010

dwibahasa

bercakap dengan terapi jiwa.hemtam saja la loghrat mana.janji masing masing selesa.
kau tanya "apa khabar" kalo dia jawab "kau gila".sahut saja.
kau tegah "jangan usik" kalo dia jawab "tali tali ini cantek".iyakan saja.
kerna masing masing malarkan kasih.biarpun dunia manipulasi jauh beza.

tamtam.bulat.berat.dan gilo.haha :D serius dia ni mmg tengah bahagia.

orang kalot la apa pun,dia turut sama sebok.bila time dia lapar,yang dia tahu nak mintak je terus dapat.xkira la orang orang sebok nak sembahyang dlu ke,mandi ke,iron baju ke..sampai sudah dia ikot kaki kaki yang jalan.kesudahan.ok,kasi makan..ko duk diam2.senang.
pastu da kenyang.elok aja diamm.konon perot senang,hati tenang?ecececeh.masa ni kalo nak ajak main pun.haram! langsung tak layan.lagi dia bagun jalan pindah tempat lepak ada la.ceh..belagak gilo.sepp blah! haha last2 xtahan,mmg dia gedek2 jalan kluar ntah mana pegi.

tapi kalo time dia ada hati nak main.pun langsung xbole blah!xde sep sepp dah.elok je kita sopan duk atas kusi,mmg dia lompat naik.konon nak join skali la apa la yang orang orang duk buat.pijak2 keyboard laptop ka..guling2 atas buku skolah bila orang nak salin jadual ka..masuk dalam tudung saji time orang basuh pinggan ka..xpun masuk dalam beg orang tengah kemas2 nak g mana2.gilo..haha.jentik kejap pun..xjadi apa.mmg time tu mood dia gedik nak ajak main la tu.ek eleh!

haha.tapi sian.dia ni mmg takot dgn momy.pantang nampak kaki..cepat2 dia lari.kalo pun dgr suara saja..kalot dia sembunyi.paling best,kalo pun si momy tu xda nak marah dia tapi dia comel aje buat gaya "dua kaki tangan atas kepala sembunyi muka".haha ini mmg klaka.smpai momy pun pelik gaya dia ni..ha padan muka,sapa suh nakal2 lagi? haha.

pagi pagi xde manusia.tangan aku kalot nak mengemas itu dan ini.bersama memantau dia pulok ha.see see..pantang!

hepp heppp! jangan!

ok bagus.duk diam diam.haha.


sehingga aku pulang lain kali.kita main lagi ya?haha.ok done.

"mula mula"

kehadiran awok terchepta tuhan kirem untok aku.aku redha.
awok menjadi sabahagian dalam sel darah merah aku.aku rela.
sebab khuasa shemua pada yang maha chenta.
buat apa aku buang kalo itu aku tak bisa melawan.

awok.aku tak tahu apa lagi panggilan manes untuk kita becara.
langsung aku tak mahu jhumpa.tapi tuhan suakan kheta mungkin kekal untuk bersama.
diam diam dihati.aku tak akan pinta apa apa lagi.

tuhan.terima kaseh untuk chenta.

awok.buat kali kedua.
aku hanya mahu awok menjadi selesa pada tempat awok mahu ada.
diam sahaja.dan aku pula selesa untuk berkhalayak seperti biasa.

awok.mak aku suka.
pliss.aku maseh muda.mahu cipta cita.mahu temu cinta.


aku yakin awok cukup matang.untuk tenteramkan kegelisahan.
tolong aku rayu.aku mahu punya "khalifah kecil" sebab nilai aku ada.
aku maseh tunggu walau lama.
walau secebis cuma.

Saturday, July 24, 2010

kakilima

"semoga keputusan tadi kekal untuk bila-bila.sampai mati"









p/s: baju putih,background putih.tulang saya mahu putih! :D
kerana putih adalah kenaifan semua insan.eh ehh? :)

Thursday, July 22, 2010

membontot kuala lumpur




esok tinggallah jalan biasa biasa ini.
laluan aku kemudi jauh ke sebelah kanan.
lain kali aku mampir lagi ya.

Wednesday, July 21, 2010

gapai kalo tangan tu sampai

manusia masih gagah berlari.mungkin mahu pulang pada cinta hati.
tika aku pandang tinggi.
malam dan terang.
sebab lampu lampu jalan dan kenderaan yang xpernah bagi tanda nak berhenti.
penat?
bilang saja pada cinta.sebab mereka rela.

aku cuba menyelami kota.
belum siang terang suda berpeluh mengejar masa.
bersemak dalam laungan keramat 1malaysia.
berkongsi udara pada sesak pagi.setakat oksigen yang sedia ada.

lewat petang aku cuba buat pilihan.
terus langsung pulang atau mencari peleseran.
aku cuba lagi.sebab menyelam jauh jauh dalam,xda apa aku rugi.
terus pulang.aku sendiri sujud pada tikar sejadah merah.
pemberian mak buat bekalan memungut pahala ibadah.
tapi lagi aku kalih.manusia manusia itu bila sujud?
mungkin mereka ada waktu.yang tak sama dengan aku.

jika pun aku melencong mencari riang peleseran.
manusia jua mana mana."xpenat ke?"
setakat tanya pada jiwa perempuan aku.
jawapannya "ya".bukan ada alasan yang logikal.
ntah.mungkin lagi waktu mereka sendiri.
berbeda dengan aku yang xberapa tegak mengerti.

tika ujan aku dibawah payung biru.
aku pandang gigi kain kurung yang kuyup.itu aku tak langkah.
dan aku rasa sejuk air yang melimpah ke dalam kasut.
dan manusia manusia masih rakus tanpa henti.
laju dan masih mahu lumba.
aku hantar sepi.kosong dan aku penat berdiri.

malam ini aku baring mendamai hati.
tepat butir bintang terang.sapa membalas seri.
tapi osikel pendengaran aku masih belum sunyi.
menangkap ralit amplitud amplitud beroda.
tiub eustachio terus terusan menghantar bunyi.
manusia manusia.pulang.


esok masih bisa gigih berlari.untuk setiap denyut hemoglobin yang masih merah. berdarah dan panas.

logikal magis

lintangpungkangkan hati.aku ertikan cinta.

bolakbalikkan muka.aku tafsirkan selesa.

olangolengkan gaya.aku istilahkan bahagia.

tapi bila kau

putarpelitkan jalan.aku mati kutu.
gundahgulanakan bicara.aku mati bisu.

"alam".aku mahu kamu.seperti semalam.



pulang.aku tunggu esok siang untuk dengar lagi kau menyapa riang.
baek baek jalan.

medley

melihat pagi gelap yang turun hujan
bole kau lambatkan langkah.
yang akhirnya kau marah dan benggang sendiri.
lain kali.usahlah.

******

bila perjalanan aku mulakan dengan senyuman.
dan bila tiap pemikiran aku adanya batasan.
untuk berlaku positif pada tiap yang jadi.
tegar hati?

******

"awak, saya kat depan ni.kalau xcantik mana pun saya hari ni.pandanglah mata hati saya.sebab bukan cinta mahupun kasih saya rasa.tapi selalukan kita bersama? "

******

"awak.hina mana mungkin saya sekarang pada sesilihan bahu awak.tolong nyatakan salah saya di pundak.sebab saya rasa kata akhir kita tak ada salah.."

******

bila aku akan pulang nanti.kau jangan cari.
sebab senyum aku tak ada ganti.

bila aku akan pergi nanti.sila la kau mengerti.
sebab aku kira kau yang tak mahu aku ada disini.

dan bila masa yang bila itu ada.
aku tak mahu dengar kata "kalaulah"
sebab aku da cukup sabar menanam setia menunggu hadirnya cinta.

******

petangkan.aku tau aku lewat.
maaf.selebihnya aku rindu.

Tuesday, July 20, 2010

dari peti draft

konon kisah kita selamanya
ketidakbiasaan yang pernah kau biasakan.mula mula sakit.
payah aku nak terima sebab aku memang tak bisa.
kau agungkan manja dan kau ulit setia.
mampir aku separuh gila sebab aku "terbiasa"
dan itu semua aku belajar untuk buat biasa biasa saja.

sebab sejarah sehelai tisu yang kau kirim.
ada nota cinta.
dan air mata aku pecah depan manusia manusia.
manusia yang pelik selama ini aku bertawa.

sesungguhnya makan masa.pandai gila masa makan.sebab sehingga saat aku jumpa idea ni.kau dan aku entah kemana.
sememangnya "konon kisah kita selamanya"
yang aku ada sisa yang bila aku rewind,senyum senyum kera.
terima kasih untuk cinta.

****

"peluang kedua"
aku bilang aku punya masa.simpan sabar pada tiap angka.
bagi ruang dan peluang.dan aku simpan impian.

dan semalam.
"sepuloh hari lalu kami terbahak suka.tapi sekarang air mata teman setia"
dan sekali lagi semalam.
bukan semalam saja bodoh.selalu dan sentiasa.
aku lewati tapak saksi.dan ntah kuasa apa aku jejak kaki.
kecamuk.tapi aku pura berani.
sebab aku sahut.
"cinta itu tak pernah mati walaupun kita tak lagi wujud"

benar?

Sunday, July 18, 2010

sebab ajar hati mati (2)

untuk kebaikkan semalam yang aku hidu ada bau bau taman.
aku butakan mata.pekakkan telinga.bisukan suara.
tapi rupanya aku sedar sesuatu yang xpenah aku sangka.

memang jadi batu.
sebab ajar hati mati.
penolakkan yang halus kau sendiri cakap.

"tegar"

Tuesday, July 13, 2010

sebenarnya.the truth is kan?

"Don't you hear sincerity in my voice when I talk?

Next time?

There won't be no next time."


I love the way you lie.

Sunday, July 11, 2010

air muka berwarna

situasi sekarang : duduk dan senyum.terbukti ----> hati girang :D

belum apa apa da mengarut ya? ^__*
selamat siang.owh malamlah.sumpah hati tengah senang.sebab?xde sebab.pun sumpah jugak.memang xde sebab.ok la ok.sebab mungkin satu.(ha ada sebab jugak tu?)
sebab aku sedar tuhan tu maha adil dan maha cinta.

kembali pada asas,mmg hati kau akan terus temui yang mmg selama ini tuhan janji.ok dah nak mula lagi.(bersampahsarap).baek baek.malam ni xde sampah yang akan aku sarap kan sebab aku ada banyak warna.nak bancuh samasama.

hidupkan?kalo setan tu mmg rapat pada hati anak adam.aku sendiri la,mmg sumpah hina dan kejam.lupa dunia dan daratan.mula pikir macam2 dan kesimpulan : hati tak tenang.tek senang.dan automatik.warna aku hitam.ya ya muka hitam..sebab pagi pagi aku cuba belagak buat biasa.dan mmg xmampu sebab abang2 kat dunia luar tak kenal aku yg hitam.mana tau? "tu haa..air muka ang xda warna."

mmg aku tak menafikan tentang warna.sebab aku sikit pun xreti berpura.kalo hati tak senang,mmg muka aku hitam.dan tapi sekarang? haha sendiri tengok tengok? nampak?
agak2 la nak jadi pink pun,aku melayu kot.coklat2 lagi ni.(ha ha,lawak) ok tak.
(uishh gila serius topik percakapan ni,langsung xle gelak)
haha bak kata cek wan "seppp blah!"

tak.sebenarnya satu je aku nak cakap.satu je ok.(kalo rasa banyak,mmg sah metamatik xreti congak)
tuhan itu adil dan maha cinta.maha kaya.
sekali hati aku hitam.tak lama dia terus hitamkan.sebab dia kasi aku ruang.untuk aku amek setiap peluang.sebab hidup ini kan selalu ada percubaan.dan tiap kesilapan tu ada masa untuk betolkan kan? janji amek pengajaran.(haa cakap tadi xnak bersampahh!)
ehe.da lumrah.nak wat camna?

semua ni aku terpikir masa perjalanan dalam bus.masa tu tetiba dapat hidayah kan.haha pastu dan2 hidup aku diselimuti oleh insan insan yg indah.(selimut sutera,selesa)
jauh jauh aku terpikir.

sedih macam mana pun,bawak pegi tayang kat pasar siti khadijah,ada orang nak sedekah ke?
keras hati macam peluru pun,baling batu bata,ada orang nampak ke?
ego tinggi pokok kelapa pun,bawak pegi pasar seni,ada laku ke?
tak kan?xde guna.sapa pun xheran.jadi buat apa nak susahkan diri sendiri kalu peluang tu tuhan selalu bukakan? kan masih ada yang sayang :)
(dan maap la.sampah merata rata da ni)

air muka.tenang tenang lah.dan bewarna senang senang lah.sebab mak saya pun xnak warna tu jadi pepel kehitaman.(haha mix punya tone warna)
tapi mak.warna merah keorengan pun mak tetap cakap saya pucat? haha.
ok dah.penat nak gelak.(er kenapakah)

malamlah.nati2 esok untuk kulit muka yang warna apa yaa? hmm~

Friday, July 9, 2010

sebab ajar hati mati.

kosong.xtahu mampu kembali.
sebab sendiri gagal mengenal cinta sendiri.
damailah kalu itu mengerti.

Monday, July 5, 2010

menongkat dagu

(bajet : mengadu lagi pada maha Cinta)













"sakit"
(pejamkan mata)

partime doktor

tadi.dia bilang aku "cantik dalaman"
aku macam...er er?
dia xray badan aku ke?
memang betol cantik dan makna aku sehat ke?



er er.
dia.sejak bila kerjaya doktor sakit puan?

(mari main romantis sikit.ok ini rekaan.aku yg bina)
"awak.saya tak punya apa apa"
hakikat.dia kawan mulus.dan aku hati batu yang tak tahu fross.
tapi ayat dia buat aku tersenyum.geli hati.

kalo dia tahu kenyataan yang aku tak tipu sape2. dan aku masih terpaksa.





p/s: mimpi tu tinggal saka woo.seharian aku terpikir.menghantui untuk meneka.
ok malam.mari kita cari lagi jawapan smpai jumpa.

Sunday, July 4, 2010

pujingga kata

mimpi boleh jadi nyata


hati pesan : diam diam

kertas dinding


banyak benda yang buat aku kena pikir untuk kali keduapuluhlima.tak aci!
mengeluh dan berpeluh la.selagi tak sampai masa.sila la terusan manjadi perumpamaan.

Saturday, July 3, 2010

kalau saya secomel dia.

mesti ada yang tak tolak pinangan saya.




"dulu cinta tiada lagi.dan aku masih tercari cari"

Friday, July 2, 2010

kasi dia tahu. ya?

kalau saya pulang.tapi tak sampai umah.kasi dia tahu.
sesungguhnya saya rindu.cinta amat.





dan kalau pun saya pulang.tapi tak sempat cakap.kasi dia tahu jugak.
sesungguhnya saya da lama tunggu.sabar dan mahu.




dan kalau saya pulang.dan sempat cakap.memang dia perlu tahu.
i love you.

(sakitkan la hati saya sebanyak mana yang mahu)
cinta saya masih kat situ.
dia tahu?

da tahu?


ya.

aku meyampah dengan kau.dan kau skali.gila bab punya menyampah.

sila sedar diri.
orang sekeliling tu memerhati.
tapi kau buat buat tak mengerti.
menyampah gila babi.











bajet bagus.pegi mati la weh.