Wednesday, July 21, 2010

gapai kalo tangan tu sampai

manusia masih gagah berlari.mungkin mahu pulang pada cinta hati.
tika aku pandang tinggi.
malam dan terang.
sebab lampu lampu jalan dan kenderaan yang xpernah bagi tanda nak berhenti.
penat?
bilang saja pada cinta.sebab mereka rela.

aku cuba menyelami kota.
belum siang terang suda berpeluh mengejar masa.
bersemak dalam laungan keramat 1malaysia.
berkongsi udara pada sesak pagi.setakat oksigen yang sedia ada.

lewat petang aku cuba buat pilihan.
terus langsung pulang atau mencari peleseran.
aku cuba lagi.sebab menyelam jauh jauh dalam,xda apa aku rugi.
terus pulang.aku sendiri sujud pada tikar sejadah merah.
pemberian mak buat bekalan memungut pahala ibadah.
tapi lagi aku kalih.manusia manusia itu bila sujud?
mungkin mereka ada waktu.yang tak sama dengan aku.

jika pun aku melencong mencari riang peleseran.
manusia jua mana mana."xpenat ke?"
setakat tanya pada jiwa perempuan aku.
jawapannya "ya".bukan ada alasan yang logikal.
ntah.mungkin lagi waktu mereka sendiri.
berbeda dengan aku yang xberapa tegak mengerti.

tika ujan aku dibawah payung biru.
aku pandang gigi kain kurung yang kuyup.itu aku tak langkah.
dan aku rasa sejuk air yang melimpah ke dalam kasut.
dan manusia manusia masih rakus tanpa henti.
laju dan masih mahu lumba.
aku hantar sepi.kosong dan aku penat berdiri.

malam ini aku baring mendamai hati.
tepat butir bintang terang.sapa membalas seri.
tapi osikel pendengaran aku masih belum sunyi.
menangkap ralit amplitud amplitud beroda.
tiub eustachio terus terusan menghantar bunyi.
manusia manusia.pulang.


esok masih bisa gigih berlari.untuk setiap denyut hemoglobin yang masih merah. berdarah dan panas.

No comments:

Post a Comment