Sunday, October 31, 2010

(tak) payah

kalau aku cakap malas.xpayah nak kesah.memang sampai sudah aku malas.
dan
kalau jugak aku cakap nak.xpayah nak halang.memang sampai mati aku usaha.

final exam

bole kau jawab?

"siapa sebenarnya aku padamu?"

bole?bole ke tak?

aku sndr xtau nk jawab.sbb jawapan terbaek ada pada kau.
tolong la jawab.

Friday, October 29, 2010

minggu ini ada weken.

yay! minggu ini ada weken.haha walaupun submition minggu depannya.
chill chill saja. <---- ha tgkk. dia main2 lagi.

pagi jummat subuh dan hujan : anak ini baek baek saja.jangan risau,dia tau jaga diri.
walaupun sikit ingin pulang,dia tetap bertahan.biasa la tu : banggang~
;)

Wednesday, October 27, 2010

Tuesday, October 26, 2010

moving ON.even slow mengalahkan siput bab pun.

tolong selalu pesan : dia adalah pelajar final year yang xbanyak masa nak main main sebab tahun depan calon suaminya tengah tgu atas pelamin.sekian.

ha main main?!




p/s:dari pagi smpai malam.

jatuh (atas) cinta

ini saya punya : adalah ya. aku punya.
hari ni mari membilang segala usaha,rezeki,perit,dan kisah di bulan oktober.
dan semua yang dibilang dan hidup di sekeliling ini sebenarnya cinta. dah lama aku jatuh sebenarnya. malu untuk bersuara dan berkata, dan sometimes it better unsaid for people people. coz ada yang tak suka. katanya kita tak sama. dan ni soalan aku balik, "peduli apa? da kita mmg berbeza.xpernah sama"

kesengsaraan tesis last minit ada total pusingan arah tuju,sumpah derita.tuhan saja tau.hati merana dalam badan yang buat buat biasa.dan otak tepu.hilang terus tempat mengadu.bab bab belajar jagann diadu pada ibu,nescaya hati dia susah.dan aku pulak akan rasa serba salah.dan aku force it walau payah.walau sangat perlahan gila. sebab ia perlu. dan alhamdulillah,untuk takat ini,hari ini,saat ini,aku kira,tuhan kasi aku senyum sampai terbelah.
inilah cinta.tak selamanya pendam merana.

tika ditimpa susah ini jua, birokrasi kerajaan turut melanda.ok ayat mudah,ofis dan dan melimpah keja.tetiba.ntah salah pengurusan,atau salah melaksana,atau salah jua yang tak rasa cakna,opis bawah jadi mangsa.duyun duyun artifak depan mata.dan hujung minggu aku,di dewan bedah.bersama gunting,jarum,benang dan bau bau lama yang menjadi saksi jua tapak tangan kiri terbelah.di hujung minggu ya. yang harinya sabtu dan ahad lah.dan isnin tu hari keja.lelah macam nak mati.tapi kalo mati sapa nk siapkan tesis? jadi tuhan kasi lagi peluang dan untuk semalam, alhamdulillah lagi. semua selamat dikonservasi.dan aku kemas bilik bedah yang akhirnya sedap mata memandang.tanpa acid free bersepah sepah.dan hati lapang kaki berlari senang. haha
ini jua cinta.sampai masa ia cukup menyenangkan rasa.

detik genting ini adalah aku ditemani tiada.maksudnya tak ada sapa sapa la.tu pun nk kena pk kee? haha memang tiada.tapi ada fani,kak wani,kak zee dan manusia manusia yang seangkatan lagi dengannya,apa lagi aku nak mengada? senyum sampai telinga. gelak macam haram.alhamdulillah lagi,xde la sendiri mana.walau membuak buak rasa cinta pada sebelah timur sana.rumah.
tapi kan,inilah cinta.xdenya sepi dan sendiri sampai bila-bila.

lagi? cinta tu xpayah nak cari.xpayah nak sepi.xpayah nak mengadu lonely.
tuhan tabur merata.kutip saja yang mana rasa suka.

dan itulah.ya cinta.yang cinta cinta ini : semua saya punya.
lagi, alhamdulillah.terima kasih Maha kaya.

cinta cinta ini semua buat aku lupa seketika pasal tensinya kerja.lonely rasa.losernya ada cancer.dan mostly,nak balik rumah tiap masa.bukan lupa langsung.hanya lupa seketika.sebentar saja.tapi cukup la kan kiranya dari tiap masa merana mendera rasa yea? terima kasih cinta. kasih.



:)
rasdiana syazwani.

ko

Friday, October 15, 2010

a word of a thousand meaning.

aku diajar bila huruf "a" tu. "a" la.tak kan jadi "b" "c" "d" atau "e".

"a" tu vokal pertama.tak kata "a" tak kan ada bole smbung "b" atau "c". aku mmg partikular. dgn "a" dan kemudiannya baru diikuti "b" "c" dan seterusnya. mmg aku skema. sbb aku diajar. "a" tu pembuka bicara. skali kau buka dgn "a" maka tutup dulu dgn "a" baru kau bole belajar "b". macam kau baca Quran. tiap buka surahnya ada bismillah bukan?

jadi bila "a". aku pegang "a". bukan "b" "c" "d" atau "e".
bila aku diajar begitu, maka aku pun begitu. berkata "a" dgn kau. dan "a" la dgn "a". bukan kata "a" tapi tetiba "h" aku pegi.

tapi aku punya waras. skali pun "a" kecik bermula, tetiba nak tukar jadi "A" besar, aku tak kisah.sebab kadang wujud kata nama khas.

malam. aku simpan "a" "b" "c" "d" "e" kau beri.aku simpan.setiap buku nota dan diari ada aku buat salian.jangan bimbang.nak copy nanti aku buatkan.

"a" can stand for along.ana.Allah.

Thursday, October 14, 2010

kenyataan.tanpa sikit tanpa tipu.

separuh hati pujuk dari siang hari.

"manusia tersalah.maafkan.the good thing not always happen.the real is not like that.hati budi.kasih sayang."

tapi nafsu akal sumpah jahat mempengaruhi.

"selalu aku pk manusia.manusia pernah tahu apa aku rasa.bila tdo malam kau jaga sorang dan sakit tak tahu nk kata.apa kau rasa.bnyk cerita aku berpura.tak mahu menyusahkan manusia jua."

dan aku, total diri sendiri.diam itu perlu tenangkan dua dua skali.kawal hati.kawal akal.ketar tahan sabar.sebab mungkin bila berkata tika marah menguasai,lagi hina keadaan diri.dan manusia,segala mesej kau sangat meruntun hati.tak sangka.sungguh.

bersungguhan juga kau tolak aku ketepi.ketika segala "babi babi,anjing anjing,dosa dosa dan jilat ludah sendiri" ini.dari pagi aku titik air mata.mana mana. jalan,duduk,depan orang,apa lagi sorang sorang. bayangkan sehingga manusia lain yang aku tak kenal ramah tanya, "nagis ke?"

aku ingat kuantiti masa lama, kau tahu kualiti aku macam mana.rupanya salah.
dan tak salah kau pertahankan dia.walaupun baru kau kenal bersama.sebab aku bukan siapa siapa.dan aku rasa selama ini aku tak pernah jugak minta apa apa.

itu je takat sabar kau ada?


bila aku sendiri bisik "ras" dengan perlahan lepas magrib tadi.aku nagis lagi.

Sunday, October 10, 2010

dunt throw me away

jiwa aku melayu.dalam ic pun melayu.dan aku skg petah berbahasa melayu.owh dan tidak lupa muka aku melayu.dan somesays aku sikit patani.eh xpun siam katanya.tapi yang sure melayu la kan.eh kau buang tabiat? haha

tak.tu intro.nak cakap aku jiwa melayu.tapi kaki jepun.eh bukan, kaki bersliper jepun.xde la aku buang tabiat pakai highheels.mungkin akan terpakai suatu hari nanti.tapi nanti.haha aku normal,ada niat. cuma selesa belasah jepun tu lagi simple kot.kemana mana yang aku rasa selagi tak perlu formal,mmg sliper jepun la aku pakai.
dalam banyak2 koleksi,aku ada dua sliper jepun aku suka.
satu kaler putih kelabu,masa tahun 2009.aku beli kat melaka.brand ipanema.harga rm45.50.haa tahan lama gile.tapi lama lama hilang.ntah pegi mana.kena kebas dgn makcik cleaner aku syak.dalam bulan jun hari tu aku sedar sliper tu xde.xpelah da xde jodoh nk buat mcm mn.eh eh? haha
satu lagi dan the only tinggal kaler pepel.ini aku dapat hadiah masa tahun 2008.ha lagi lama.yang ni brand grendha.harga rm49.40.haha skg kalo pegi kedai pun wujud lagi ni.haruslah berbaloi dgn harga sbb smpai skg aku masih guna.ehe mintak2 xhilang.ni je penyambung nyawa.ehh? haha tak tak.tgu hujung tahun ni.aku da target satu jepun lagi.buat tukar ganti2 kan.haaa maka jepun lagi di jiwa.

eh tak.jepun hanya pada nama.melayu tetap di jiwa.wah wah? haha


p/s: sbb pagi td da tertanggal tag grendha dua dua belah.sian dia.

"because they are our roots.."

objects as historic document.and aesthetic values.innovative conservation process.please dont touch the object.pragmatism and prioritizing.evaluate the most important needed.conservation records on analysis and labworks.

damage:a change of state that result in a loss in value.something that decreases use or potential use.important of preservation.reason.the truth in the object from the past.

priorities:involve a comparison of different views of urgency : dictated by the timetable for presentation and interpretation and urgency based on predictions of future damage.importance of future stability.value of objects : is just not about money!

p/s : aku damaged.but stable.no immidate action needed.
apasal semua di atas tersangatlah kedengaran serius?
luck luck.

Tuesday, October 5, 2010

back to basic

bila kau dibawa terbang oleh rasa jahat dan putus asa.ntah kemana mana.rasa macam segala usaha kau ntah apa apa dan tak ada guna.lagi kau sorang tak ada teman bicara.apa lagi tika kau hubungi momi dan takda jawapan cinta : hanya kau bertanggungjawab pada hati sepenuhnya.

bila serius hati kosong.xtahu nak buat apa.buntu.

aku saja capai buku.cover depan kaler kelabu.buku nota bercampur beribu ribu wording yang segala subject aku harung satu.ada menganjing itu dairi aku.yela dari september 2009.setia tulis dalam tu.
tak banyak aku belek,hanya masih di cover buku.satu satu ayat tulisan aku sendiri.aku baca penuh teliti.

"ada sesetengah perkara,kita hanya mampu mengagumi.dan bukannya memiliki.sabar"

"kerana kesabaran itu kekuatan diri"

"mencari untuk berbakti.sayang diri sendiri.amanah dari ilahi"

"what ever happen to me,there must be something good for me"


ini baru di cover.aku hembus nafas lega.
tapi tak pula aku sambung baca dimuka surat dalamdalamnya.
itulah,sejauh mana kau terbang,setan bawak awang awang.back to basic.sama macam sekarang.seteknologi mana kau ada di depan, aku tetap pilih menulis di catatan buku lagi tenang.

sabar.

Sunday, October 3, 2010

~_~"

totali : mengadu pada tuhan.

tolak semua kesusahan ketepi sekejap.nanti tenang aku sentuh lagi.

:'( sob.

Friday, October 1, 2010

saya datang juga :)

ini dia sudah sampai.oktober. :)
dan dua hari lepas,aku tutup september dengan demam yang sendiri jadi,tanpa sebarang syakwasangka.yang sudah tu,mak cakap sudahlah. lain kali kena jaga. maka aku, "hehehe" kan saja lah. :D

aku sendiri tanya,sembilan bulan yang lepas apa aku bikin? sekejap gila 2010 da nak habis? ke aku yang syok sgt berfoya-foya smpai lupa dunia? dan baki 3 bulan selebihnya, sangat perlu struggle. kata pelajar final year.
ini flashback.

tapi bila fastfoward. oktober depan bulan grad. :)
grad yea.bukan main2.ini betol2 kejadian.yang kononnya waktu darjah satu kau tulis dalam buku bila cikgu tanya apa cita-cita : ingin berjaya sehingga ke menara gading.
ha nah, ni lah gading nya. kau nk kan? owh,da nak grad ke? dan tetiba aku pulak yang tak nak habis blaja. xnak pk dunia keja yg gila mencabar.(ini serius) tak tipu.
but people, ini jalan dia kan.face it and fight it. :)
maka gudluck.

tragedi oktober.eh tak.ini lagu awie.aku pohon oktober tak bawak tragedi ni.
biar semua elok2 belaka.

untuk aku ada teman mcm kau kau dan dia. :)
terima kasih cinta.
untuk aku ada pengalaman kat tempat praktikal,
aku kenang smpai bila2.
untuk aku tahu kau selalu ada walau siapa pun kau punya,
sementara masih ada masa kan?
untuk kau yang cuba karang cerita cerita tentang hal aku,
hentikan.sikit aku xheran kalau kau yg sebuk bertukar pasangan.
dan
untuk semua semua : aku sayang kalian.

walau depan2 ayat ini aku simpan.sebab aku selalu doa pada tuhan,
"rahmatilah mereka semua dalam tiap limpahanMu tuhan"

:') sob2.
p/s: nak hati saya? nah saya sanggup kasi pinjam.jangan hilangkan sudah.