Wednesday, June 30, 2010

kasih sayang punya benih x kira tempat.janji ada hati.

aku ulang lagi.janji ada hati.betol la kan?
kau sayang dia separuh mati kalau hati dia mati,ada kasih sayang?
kau peluk cium dia hari hari,kalau hati dia batu,ada pertalian?
(wah berat pulak topik sastera hari ini)

aku cakap umun.kasih sayang tu luas.antara diri sendiri.tuhan.kuarga.kawankawan.haiwan peliharaan.benda benda kegemaran yang kita sayang.baju.kasut.phone.laptop.ok dah.contoh sahaja tu.tapi yang penting pemahaman tu asas.
"ada hati.kasih sayang jalan.xkira dengan benda hidup atau tak hidup.semua ada wujud pertalian"

tempoh nak cipta kasih sayang tu terpulang.kadang aku pandang 2 saat je pun.hati mmg da sayang.tapi kadang untuk pandang sehingga 22 tahun pun.belum tentu ada kasih dan sayang tu.bukan cakap xde.tapi aku sendiri tak pasti tentang kewujudan tu ada ke tak.
(wah ni mmg kes tengah berat topik hari ini)

ok aku ringankan la.punca dia camni je.
pagi tadi aku menadah telinga mendengar kuluhan rindu saorang ayah kat anak dara dia yang baru seminggu berpisah tak jumpa.dan mereka duduk satu negeri yang sama je pun.dan mereka selalu je berhubung pun.dan ayah masih merasai kehilangan dan kekosongan tu.haha cite dalam umah pun sampai aku bole bayangkan.sesi tadi kelihatan riang untuk si ayah luahkan kerinduan tu :)
"sabar la ya wak.esok esok jumpa jugak."

tapi saya dengar.penuh keinginan.dan kemahuan.dan keseronokkan.wawahh best gila kott~
(nada jeles)
untuk punya kasih sayang pada yang bertuah.tahniah!

kisah hidup kita semua tak sama.banyak beza.tapi tiap celah perbezaan itu ada kelaianan yang kita sama hidup atas dua kaki yang sama dari mula.



sabarlah hati.kasih sayang tu jauh sembunyi.pertalian tu wujud kalo kau sendiri mempercayai.

Monday, June 28, 2010

hati saya tak terkata mula mula

terima kasih pakcikngah baek hati :D




"happy birthday JONGOS "


p/s: angkat la saya jadi anak sedara lagi ^__^

Sunday, June 27, 2010

selamat hari tua

walau saya penat ni.tapi demi hari jadi saya.saya rela dan suka :D



untuk berusia ke duapuluhdua.selamat tua.
aku sendiri harap makin sehat.makin rajin amal ibadat.makin sayang pada hidup yang singkat.dan merangkumi semua semua yang aku mahu semuanya selamat.
dalam banyak banyak wishes yang aku dapat.terima kasih la ya :D
tapi satu wishes buat aku tersentap.dan sampai sekarang aku teringat ringat.

kenapa si kecik tu ingat dan aku langsung tak ingat?
sebab.aku tutup pintu hati aku rapat untuk hal yang berkaitan secara langsung dan tidak secara langsung tentang itu.da lama aku kunci dan aku buang jauh.patot la aku langsung tak ingat dan terpikir.

tapi betol.itu satu janji.mana?dia ingat tak?

"tiap tahun duit syiling 1sen tu akan bertambah ikot setiap tahun umo aku"

tapi ras maaplah.tahun ni jangan harap.xdapet lahh.
hidup kan?

kejap.tahun lepas kau jadi lain.tahun ni kau jadi lain.


ok dah.tutup cerita mamak.haha
ini petang aku baru pulang dari bersosial.tak sakan.mmg xsakan.
er er aku simpulkan.aku xkesah dan xrugi paper.tapi banyak benda lain aku timba dari persosialan dengan orang yang perbagai peringkat umo dan usia.dan semua semua cerita tu aku kumpul untuk aku amek jadi ingatan.berpada.





untuk aku ulang tiap kebodohan yang penah aku ulang.tak mungkin.
azam baru dan hati mahu baru :D
selamat hari tua ras!

Thursday, June 24, 2010

main jiwa sebulum aku putuskan aku benar benar bersedia



mari main percubaan berani mati sebulum aku putuskan aku benar benar mahu mati.
bercerita tentang hal hal hati yang banyak aku tak kongsi.





haha (cover sendiri)
wehh percaya kepala ras nak bukak pekung sendiri?
tunggu lalang berakar tunjung menebus tanah gersang bulum tuntu turun hujan aku xkan judikan(huuuuppp..amek napas.panjang sangat la pulak)



ok dah terlupa nak sambung apa..hakikat.mmg aku makin menghampiri hari tua :D
selamat malam.

makan

selamat pagi.sekarang mmg perlu untuk aku mencuri.ok mencuri.sebab kalo aku tak curi, sampai bila aku hanya membiarkan berterusan di curi?aku pun punya harga diri.

woood woood..ok2 mari bercakap dalam bahasa melayu.mencuri masa maksud aku :D
weh ingat aku ini jahat sangat ka? haha.ok masa,aku cerita pasal masa lain hari la.
sebab title da amek makan.jadi aku seposli cakap pasal makan.

makan tu perlu.dan makan mmg sebahagian kerja aku.kerja tetap.xda partime partime nih.tapi.sejak aku berdindingkan pagar hikmat..ada pantang aku jada.serius,baru aku tahu harga nikmat tuhan kasi.patot momy selalu pesan,

"bila nak makan paper.makan je semantara sehat..duit mana mana boleh dapat"

nah sekarang atas batang hidung kena.naseb hidung tak mancung mana kalo tak patah tahu? haa haa melawak.ok tak lawak.
punca dan sebab utama aku terdetik tulis ni sebab.pagi2 aku tergoda dengan

roti + celup telur + goreng garing garing + tabur gula = perggghhhh~

ok dah.bos da meraung nama.
"diiaaannnnaaaaaaa!"

(cepat2)

Sunday, June 20, 2010

jauh hati

aku xkan jadi sebahagian kau lagi.
pergilah cari yang mana lagi sudi.
ikhlas aku tak kan kembali lagi.

sorok sampai xjumpajumpa

mana lagi perit? kau pilih

ada yang ada depan mata tapi macam jauh gila dan langsung tak ada makna
atau
pada yang tiada tapi macam dekat sangat dan rindu setiap masa
atau
kedua dua nya tak ada beza.

bodoh.dua dua perit.
tapi aku pilih yang ada depan mata tapi macam jauh gila dan langsung tak ada makna tu lagi sakit.sumpah demi tuhan maha cinta.
tanyalah aku bila kali terakhir aku sua dan berbalas bicara?
soallah aku bila kenangan terindah paling bermakna?
bicara pada aku tentang jasa dan masa kami pernah bersama?

memang dari dulu.
aku simpan ayat ni walau setahun sekali.
hatta untuk tarikh hari jadi pun belum tentu aku ada keberanian untuk sahut.


"selamat hari bapa.abah"


walaupun aku tahu ada makna ke tak.bukan dia kesah.
tapi jujur untuk aku.aku nak sangat.
haha(cover sndr)

dan untuk teman teman yang tak sebertuah aku : gila yeorang rindu.nak tuhan pulangkan ayah yeorang.
dan apa beza antara kau dan aku?
cuba cerita kasi aku tahu.


aku tunggu.

Saturday, June 19, 2010

runtuhan kota melaka

obsesi

selamat hari sabtu :D
pagi yang memang terlekat rutin paginya.aku suka sabtu.haha boleh sambung tido dan bangun dan tido lagi.eh dan makan.dan kemas bilik.dan basuh baju :D masa untuk keluarga.tapi nak stat wat tu.xtau bila :D lepak dlu la ya.

di rumah.mmg mereka cukup bekeluarga..cis,agak tidak aci di situ.sempena cuti sekolah dah nak abes.sakan ya kalian malam2 bercanda!haha jauh2 tapi aku terupdate selalu. macam mana tau?ni macam ni.terima kasih celcom ya :DD haha

11:31 pm
my mom : cita2 nak buat pizza lama dah plan.malam ni bru jadi.ni duk tunggu.naik tinggi drp loyang.tebal macam kek.bkn pizza,kek inti ayam bersos kot.haha

saya : haha bagus2 la naik.bole makan kenyang2

my mom :tp dah malam.esok sejuk.xsyok la.rajin pun mari malam2.siang x buat.pembantu2 pun ni semua tak tido lagi.tunggu nak tengok hasil.

saya : naseb jgk rajin 2 mari.kalau x, lada hijau buleh jadi pink.

my mom : lada dah nak kelabu dah.haha.bai.da masak.kne try dlu.kalo tak mana buleh tido.doh 3cawan kne buat 2 loyang.tp buat 1je,mn tak jadi kek.lupa dah tukang masak dia jauh ni.


dan sekian untuk sesi malam.haha serunuk ya kalian~
pagi2 nya.saya pulak bertanya.

8.31 am
saya : kucin makan pizza x?

my mom : xtau lah.ari ni tinggal geng2 dia 1 hari.ada seminar.kena2 dia bagi la tuh.
naseb kucin la.haha

saya : haha bagus!

my mom : ok.balik nti.jgn lupa tarikh temujanji.

saya : baek.sayang kucin.haha

my mom : ada ka.


haha.ok hakikat,best kalo pulang.atau best umah n tempat praktikal ni dekat.atau best ada tamtam secara dekat.nati lah.aku beli satu phone lain.kasi tamtam pakai.senang nak mesej2 kan. :D haha,sekian lah.

"tam,ko nak pakai celcom ke maxis?" haha

Friday, June 18, 2010

menunglah sendiri

untuk berterusan membiarkan kedunguan.serius saya terasa.bukan dia tak tahu niat saya dulu tu.dan tetap dia begitu xpelah.ni bawak calon hati lain untuk bersama dengan adanya saya jugak.tak pernah timbangrasa apa saya rasa ke?dan dia pertahankan.ada yang lebeh baik buat saya.
"eh sekarang saya dah tak lah,tu dulu"
"memang dulu.tapi saya pernah kan?"



ntah.diamkan sudah.umur akai dia cukup tahu untuk saya duga.sabarlah.walau saya sendiri xkan dapat apa apa.

Wednesday, June 16, 2010

origami kau

tahu.selai kertas yang ada depan mata kau lipat suka2.
jap ko nak terbang merata2.ko lipat jadi jet.
jap ko nak belayar mana2.ko lipat balik jadi kapal.
jap ko nak lompat katak suka2.ko lipat lagi jadi katak.
jap.berapa kali ko rajen nak lipat?

knapa ko tak lipat bentuk hati?kasi simpan dan jangan bukak2.
knapa ko tak nak?

bila kertas tu terbang jauh jauh.ada hati ko nak kutip.
jangan.kertas pun tau ada bekas lipatan tu.

aku pun samalah.reti jugak bila ko xcakap pakai bahasa.
ingat main lipat2 ni aku suka ke?
origami kau.

sakit tahu hati tu.

Monday, June 14, 2010

sendiri jadi kerusi

untuk kaki yang baik.terima kasih.walau awak tak cantik.
untuk mata yang sehat.terima kasih.walau awak tak lentik.
untuk semuasemua yang saya punya.terima kasih.sehatlah.saya suka kalian.
walau saya sendiri tak cantik.


untuk hari permulaan yang jauhnya lagi pengakhiran.
marilah.kita sama teruskan usaha.
semoga saya sayang dia dan dia.dan dia.
awak pun.sayang lah saya.

sebab saya tahu mmg awak sebahagian dari diri saya.
jgn cubit paha kiri.paha kanan teras sakit tahu?

Thursday, June 10, 2010

rumahsakit

saya jauh dari umah :(
dan semalam.dia kejam.sungguh dan sumpah.teramat kejam.usah nak menyapa.tanya jauh lagi.bekal?lagi payah sua.tuhan,ujian apa lagi mau duga?
dan hati saya dan dia.sabarlah.jauh begini saya pergi satu patah tak ada kisah.apa lagi ayat yang saya mampu kabarkan? apa lagi berita mahu saya bacakan? jahatnya hati dia.
dan buat dia yang saya sayang.saya tetap sayang.dua kali itu saya tak puas.dua kali itu saya tak rela.xda suara saya mampu luah.mmg air mata saya tunggu nak tumpah.dia pun sama kan?dan saya tau.sebab kita xpernah ada beda.bukan macam dia.
saya lagi payah untuk yakin pada rasa.pada bukti bukti dan aktiviti aktiviti yang dia langsung xda.saya tau bila saya cakap dia xsuka.dan perlu ke tunggu untuk saya cakap?saya hormat dia.
masih hormat dia.
tuhan.kalo mmg ini cinta dia.terima kasihlah.
pada mural yang saya pegang tali tiap kepayahan pasti ada kesenangan.tali pun saya sanggup lepaskan.dan saya sanggup lagi susah.
asalkan saya ada dia.

dari dia.bukan maksud amek lah dia.tapi.ntah.tanyalah iman.

untuk masa depan.
apa lagi yang dia tak mahukan?
apa lagi yang dia xkan endahkan?
mana saya nak cari kekuatan.keyakinan.keselesaan.dan kepercayaan pada hati hamba muzakkar?
mana saya nak bekalkan kasih.sayang.dan kecintaan pada diri nama lelaki?


abah.terima kasihlah.untuk itu dan ini yang saya tak tahu abah sedar ke tak kepentingan itu dan ini.
mama.dan saya kasih.sayang.dan cinta pada hati yang kita cuba sama egokan bersama.
tuhan.saya cuma anak.yang belum tentu Dia janjikan jannah.

saya.cukup cukup la tu.tenanglah.

Thursday, June 3, 2010

menyapa jun

hai jun.
aku belum mula menari.tiada dendangan musik beralun :)
dan selamatlah jun.

bulan saya suka :)