Sunday, July 31, 2011

lima

atas apa yang kau takutkan selama ini, inilah wujud lagi.
atas apa yang kau benarkan ianya untuk hati, ianya tetap untuk hati.

"dan selepas ini semua ini bagaimana?" 

Saturday, July 30, 2011

empat

"straightface"

tiga

ada satu ketikanya berguna untuk kita tidak terlalu teruja dgn apa yang kita ada. kerananya hidup ini ada atas bawahnya yang bila smpai masa ada ayat, "nasib baeklah" sebagai penyelamat dan penyedap rasa.

Thursday, July 28, 2011

dua

jika ditanya tentang rasa cemburu dan irihati, perasaan setan itu tidak pernah surut seperti ombak menggulung pantai. ehh? haha. no i mean its real. rasa jahat itu tak pernah senang. lebih lebih lagi sekarang. 

kadang aku cemburu dan jeles bila kawan kawan da stat ada kerjaya dan kejayaan sendiri. da mula mencari duit dan ada hidup sndr bersama. kerja pulak bukan calang calang. semua tempat tempat ada nama. mana x irihati. tapi tiap kali itu, ada benda aku lupa. aku sepatutnya rasa bersyukur bila tuhan belum lagi menentukan hala tuju aku. sebab Dia beri peluang untuk aku berada di rumah seketika bersama yang tersayang dalam keadaan sikit ekonomikal sekarang.

selain itu, aku selalu dan selalu ada rasa malang bila kawan kawan da mula kawen,ada laki,ada family dan ada anak. haha no let me explain first. they have completed their own live. menceritakan itu ini kesukaan laki, itu ini makanan laki, oh dan itu ini keterujaan menjaga baby. kadang mana aku pandang sinis? haha tapi tapi setiap kali itu juga, ada benda aku lupa. aku sepatutnya setinggi tinggi syukur bila tuhan pilih untuk belum lagi terjebak dalam konflik nak balik raya rumah keluarga or mentua. nak jaga hati keluarga dan ipar sedara.

dan yang paling utama, tuhan kasi sepenuhnya ramadhan tahun ini untuk aku dan sendiri. setelah tujuh tahun, kali ini yang paling free kataNya. tanpa beban belajar,xde alasan penat kerja,jauh sekali alasan perhatian pada keluarga dan anak yang nk membesar depan mata. sepenuhnya diri sendiri.

takk ke semua ini lagi besar dan indah ciptaan Dia beri walaupun aku jobless dan famililess. haha takk bukan. sekurang kurangnya aku ada masa sendiri untuk ibadah. :) sebolehnya aku mahu sekali tarawikh bertemankan mak aku. lain kali belum tentu lagi aku diberi peluang begini :)

Dia tu adil. rahmat Dia bersudut merata rata.

satu

rutin di rumah tidak memenatkan cumanya serius xde masa. dan aku pun xtau nape xde masa tu. dan aku bnyk kali nk tabik kat ibu ibu tegar as surirumahtgga yang jaga anak seblas hingga berjaya. dgn tgn mata kaki dua, serius aku cakap kerja menguruskan rumah dalam keadaan dan kondisi baek bukan satu kerja mudah. haish canne harapan xnk pakai bibik for future family nti niii -__-" haha.

menghadiri aktiviti sosial berkeluarga adalah harus. tanpa tolakan beralasan -_-" antaranya seperti:

bermain ombak di pantai 

smbutan jubli emas abah dan anniversary  

gotong royong umah atuk. (no it supposed to be umah mak)

and personally, aku rindu mak :|

lagi rutin di rumah xpayah aku detailkan. stakat kemas2 tu perkara harus. dan antara aktiviti lain tanpa penidakkan adalah memasak :O 
haha ini menu tghr semalam. sotong masak pedas. eh ke masak smbal ntahh. ha tgk ntah nama mknan pun sebut lintang pukang. bukannya tau sgt aku ni -_-" haha

dan antara satu hobi :D ehe
manik manikan.

bdw berada di rumah lamalama bagi aku hilang speciallnya. :( memang rumahmanisrumah. aku tafsirkan rumah adalah satu tempat yang perlu dirindui. perlu ada feel untuk balik dan berada dirumah. rindu dan feel tu akan wujud bila berjauhan dari rumah. maksudnya speciallity rumah harus ada. bila da hari2 duk umah tu, tak apa je,rumah xde rasa speciall nya da :) and im love to wait being apart lagi dari rumah.

oh tapi tapi being apart from beloved adalah rindu jugak :) tak berapa nk lovely bukan ehek.

gudnite, xoxo 

Monday, July 25, 2011

sayang itu un-describable

aku selalu mahu tahu apa rasanya dijanjikan payung emas di dunia kekal tuhan. terlalu indah bukan. abadi :|

Wednesday, July 20, 2011

malam; aku diamkan pada malam atas apa yang aku mahu.

jika ditanya apa aku mahu, aku mahu mimpikan yang indah indah dalam dunia realiti. agar hidup aku cukup,senang,dan lengkap. 

tapi ianya hanya satu malam. yang dalamnya gelap. kadang panas dan tidak mendamaikan.
tiap malam; ada rindu banyak pada dunia yang aku terbiasa. :'|

Friday, July 15, 2011

missing

apa yang hilang itu yang aku rindu.

aad.kaed.studio.safiyyah.uia.gombak.kl.bunn. 

Monday, July 4, 2011

room-mate?

aku dirumah sekarang. tanpa rehat lagi. dan sesungguhnya aku rindu uia dgn kirakira 3hari telah tidak bersama :|