Friday, December 31, 2010

"masa.tak kenal dengan siapa dia berurusan"

meringkaskan 2010.seperti tahun yang tak datang lagi pun x apa.sangat tercabar.dan haruslah : sabar.

bila mana pandang ke belakang, xde la teruk amat.tapi macam nk je cakap, "cukup-la-bole-takk?" 
macam macam yang tak mintak yang tak jangka.lagi lagi yang tak sangka. tapi tak lah semua. ada kebaikannya. ada kelebihannya. 
noted to be short :

Alhamdulilah practical setel to be. ada tamtam. walau tak lama akhirnya dia pergi. lagi, raya tahun ni semua ada atas nama family.lagi lagi, falling in love. hehe tak tak aku kenal kak zee. tapi tahun ni agak mencabar sikit. tough-fing is must be. haish. bnyk motivate sendiri. tapi bnyk lagi rasa down xnak usaha. tapi tu lah. have faith! ada family semua mampu jadi :)  <3

heading 2011

" Do not let your difficulties fill you with anxiety; after all, it is only in the darkest nights that the stars shine more brilliantly. "

Have ur luck ras. :)

Thursday, December 30, 2010

(bukan) selalu ada rasa

beribu rasa bersalah yang tak tahu mana nak letak.mana nak campak. kadang hanya bawak aku duduk diam sorang sorang.bertafakur mungkin.cuba untuk berfikir lagi dan pastinya.buntu.

owh dan sekarang besar rasa berputus asa.tak mahu usaha apa-apa.dan tak tahu mana satu kepentingan utama.dan akhirnya pun bawak aku kepada diam.yang kadang rasa hidup ni tak adil. mana balasan balasan kebaikkan yang pernah selama ini aku lakukan? mana ganjaran yang selama ini aku cuba dengan seikhlas bantuan? jahat bukan.

semester akhir ini bnyk sangat rasa tak mampu.tak ada kuasa.tak ada daya.bnyk sangat celaka celaka yang aku tak minta.kadang timbul rasa benci pada kuala lumpur.tapi tak tahu sebab apa.jangan tanya.yang ada rasa rumah adalah tempat terbaik berlindung dari segala masalah.tapi tu lah.jauh mana nak rasa masalah tu tak kan pegi.

"merajuk.kecik hati.pegi mati."

Saturday, December 25, 2010

"stok-ing"

Dear santa, plis dropping ur present here! :)

bole laa bole laa i xde stokin cantekk.ehe. 

hakikatnya bukannlah. ini satu lagi keja buang masa. sambil2 melayan fani yang sebuk berym dgn pakwe dia (cececehh fani da ada pakwe tuu) aku sebuk mengayam cinta dengan ini. haha win win situation. fani lepas rindu aku lepas nafsu. eh bukann bukann. lepas gian nk buat sesuatuuu. >,<"

1st try! haha tapi kan kan sikit larii.sbb potong sikit takk sama. ala sikit je punn. 
mmg kene beli washable pen tu lah nanti neh gayanya. 

cup cake-ping or eskrim-ming? 
rasanya aku buat cup cake tapi org kata eskrim. alaaa tau la  1st try buat, biasa la salah design sikit tu kan. haha. 
see. dan dann. haa berguna apaaa. akhirnya fani jeles. nantilahh. hadiah kawen aku ni kasi boleh? 
hehe 

booties ada kawan baru.yay! :D

so mr. Santa howw? can u drop by tonight? pliss pliss. 

p/s: ehe. banyak pulak masa kau yea?


Friday, December 24, 2010

"ialah"

Ialah, ada yang sembunyi

Tolak kejap segala serabut dalam kepala otak. Tinggal kejap moment nk berak. Kejap. Mari mencari apa yg tersembunyi. Mulakan dgn ini : 

Kau  nampak selain keajaiban tuhan ni? cantek? Bukan bukan.cuba lagii. Masjid? Gile itu tak de la tersembunyi mana. Haha. Talian hayat kedua?

Nampak? Tenung la dulu.

Sebenarnya ini, tiap tiap pagi aku nampak. Kegagahan kota maksiat di sebalik minaret tuhan. Di belakang awan cantek yang jugak milik tuhan.


                                    Kalau kau xnmpk jugakkkk meh bilik aku ha. Haha tak tak. Xpernah ke terlintas  ketakutan disebalik benda tersembunyi ini ? owh lupa tiap tiap pagi kau xnmpak,tapi aku nmpak. Xperlu takot xpe, dia tersembunyi, xkacau sape2.


Next! Apa yang yang kau nmpak dengan ini :

 Ohh ok suh dia tepi. Sbb dia ni tak tersembunyi. Tepi tepiii.
 Art? Ini bukan mencari seni. Nampak? Haha gile tu tuu.
Cepatt cakapp. Apa nampak? Haa ha? Xnk la asyek semua yang tersembunyi aku je nmpk.


Nampak? Itu hujung ada Nescafe. tapi bukan bukan. 

Ini urusan seri paduka baginda.
Ini hal semester akhir. Yang di minggu kedua tido xtau mn. Keje cacamarba. Ooh yg paling best aku da ponteng satu kelas di awal semester. Aku hebat. Kau ada? Haha teeet. Apa yg tersembunyi di sebalik sampah sampah ni? tolong bgtau aku. Kali ni aku sndr xjumpa. Tapi buat buat la selamba. Ini hal hal dunia. Ada silap masa, aku pun rasa je putus asa.

Tapi tolong ya, jgn bgtau mak aku. Sbb aku cerita hal hal yg elok2 je semua. 
Haha eh ada satu lagi. Tgh2 sebuk aku satelkan keje, kena korek2 gambar lama. Ada satu moment aku suka.

 Ini:

“Keh3. Eeeeeee. Tak sangka.”

Xoxo J









Wednesday, December 22, 2010

Tuesday, December 21, 2010

angka dua

"dalam cerita cinta kita hanya ada salah kita.aku yang buang rasa.aku.tak pernah ada dia.mahupun sesiapa.sekalipun kau tak mahu mengaku silapnya.tak apa.cuma tolong, hanya kita."

terima kasih gila.bangkit marah aku dalam saat gelumang dengan sampah sampah kerja.

Monday, December 20, 2010

"it's blood, sweat.sometimes tears"

"saya tahu saya bole buat.cuma yang saya perlu sikit rajen.dan banyak sabar."


bersedia sepenuhnya belum.tapi jalan aku da mula.tis time the pepel one i picked. no white no red either green.then gudluck is all the ways sayang :)

Sunday, December 19, 2010

"the best thing in life are unseen"

lately ni aku da selalu dapat warning letter dari tuhan.kau ada? jaga apa kau ada.nikmat tuhan kasi xterkira.

Friday, December 17, 2010

ini bukan pinta yang terakhir

"tuhan.aku berlindung dengan Engkau dari kelemahan,kemalasan,ketakutan,dan kegundahan dari azab kubur"

amin

stage play


selamat hari jumaat :)

"if you are going through hell,keep going"

dan tidolah malammu dengan senyuman.

setelah sekian hari siangmu senantiasa aman.
dan senang bersama kasih sayang.

Tuesday, December 14, 2010

missing something..here~

“tuah ayam nampak di kaki.badan hang tuah berdaki-daki”

Eh.tak tak.gila aku kena saman dengan persatuan sejarah malaysia nanti.ok tukar sikit.

“tuah ayam nampak di kaki.badan hang tuah berbau wangi~”

Haha.haa baru setail.kata pun konservasi.kali ni bukan cerita hang tuah atau ayam.hang tuah atuk da lama mati.ayam pun xberapa di galakkan makan.bole cepat mati tau? Ini cerita pasal menatang ni.


Sang arnab yang penakut. Eh takk. Menatang ni kucing.
(tapi bajet dlm gmbar dia perasan arnab bukan)

Menatang ni bodoh yang melampau.xda akai.haha da nama pun menatang.tapi bodoh2 dia, dia la menatang paling untung aku rasa.dah la bodoh,xsusah2 buat keja umah,duit xde xpe.makan dapat, tido dapat, main dapat dan yang paling penting,kasih sayang pun dapat.jadi sekarang sape bodoh? Aku pulak tertanya.haha.xpe nabi Muhammad suka kucing tau.

Bedah ni (bukan nama sebenar) penakut dan kuat gile berlakon.contoh kalau dia kena serang hendap, memang dia lari masuk umah nyorok belakang tong sampah.tapi kalau dia nmpak tuan-tuan datang, dan dan dia lompat keluar dari belakang tempat tong sampah tu nak serang hendap balik lawan dia.xke gile namanya? Memang klaka la. Memang tak lawan balik la menatang sekor lagi sebab tuan bedah ni ada.nak mampus kalo dia lawan? Haha pastu acah2 kaki ke muka orang.konon dia la teror kan da halau kucing lain dari masuk kawasan rumah? Kau ingat aku tak nampak taktik permainan kau bedah? Hahaha.

Tapi kan kan.dua tiga menjak ni bedah jatuh sakit.mata berair-air.diam xmintak makan.xmintak kasih sayang.ada bunyi2 batuk uhuk-uhuk.pasrah je kalo orang letak dia tido kat mana2.memang sah tak sehat.sebab bedah ni kalau pukul 12 malam pun orang letak dia luar rumah,dia cuba nak pecah masuk.mcm pencuri tu haa.


         
kau bajet lepas bedah? Badan gemuk mcm gajah.haha pastu mula la bunyik2 konon mintak simpati.

Nampak tak bedah ni xcerdik mana?mcm aku bgtau tadi.haha.tapi selain bodoh.dia ni bajet comel. Gile bajet la.yang pasti dia ada barang mainan dia.haaa jangan kau ingt budak2 je ada.dia pun xnak kalah.


       
Bajet kan,nak barang mainan yang comel je.nasib ni free gift dari ribena.

Tapi kan kan,menatang pepel ni dua tiga menjak da tersdai kat lantai.xgerak-gerak.xkena lambung2. Xkena sepak2.sebab nya bedah ni tak sehat.pandang menatang pepel ni pun dia mati nafsu syahwat. Eh tak tak.kesian bedah.dia tak sehat.lagi kalo bedah sehat,pantang nampak bakul, pastik beg tak pun tudung saji. Piyuk!dia lompat masuk.pastu elok duk diam2.lagi kecik ruang baldi ke bakul ke saji tu ke,lagi lama dia duk dalam tu.mana makk tak maraaaa? Haha.padan muka.

Tapi kan kan kan,mak pun ada tnya. Bedah ni sakit kena seks luar nikah ke? Diammm je.haha kot2 risau mengandung belom kawin katanya.haha,ini andaian mak.budak2 kata dia demam.sebab ada batuk uhuk uhuk dan sikit hiccum.tapi aku syak dia ni morning sickness.sebab sebelum bedah jatuh sakit dia ada hubungan agak intim dengan sekor bapak rumah nombor 2.

haha yang pasti, bedah sakit,hidup ada sikit miserable. Sunyi la pulak xde bahan nk digelak. Kosong la pulak xde gedek2(gaya jalan bedah) dalam rumah. Owh panjang pulak yea cerita bedah yang mula2 ingt cerita hang tuah ya? :’) biasa la.haha risauuu.

Malam terakhir.sejak dua tiga menjak bedah sakit dia xmasuk umah.duk merata.statik tak gerak2. So malam terakhir aku kat umah, aku kuar cari dengan lampu suluh.dia tepi rumah seblah yang xde orang. Kesian bukan.


Kau panggil la miow miow pun,xde dia nk sahut.sakit tekak mungkin.haha



Muka sakit bedah.tengok mana ada mata buntang dia da.nak bukak pun malas :/

Sabarrrlah bedah.tula kau main hujan sgt.degil ni.tapi orang kata time kucing xsehat bahaya.sbb xtau virus apa yang bole merebak.tu sebab dia x d benarkan duk dlm umah.nak bwk pegi klinik abang tak nakkkk.dia malu. “kalau kucing parsi bulu lebat xpe jugak.ni  da la hodoh,buat malu je nk bwk”

Haha naseb kau la bedah.tapi tadi siang aku sms mak.tnya da sehat belum.mak jawab.

‘nmpk sehat dah sikit.da masuk dalam rumah tapi selambe je.xsebuk nak makan pun.pahit mulut lah tu’
:D haha.yay! biasa la org lepas demam mulut xsedap nk mam lagi kan.semoga kau cepat sehat bedah.

Xoxo,kuala lumpur J




p/s : kau jgn percaya nama menatang ni bedah.celah mana pulak bedah kat umah xpernah panggil pun.


nota kaki : ini serius.ini tulisan dalam drart 3hari lalu.untuk kesaat ini bedah dah xde kat umah.semalam abang da buang ke somewhere.sbb mak ckp kalo tolak dia pun,dia terus terjelupuk jatuh.xterbangun2.  :(
owh.mak pujuk xpe,tuhan tahu.kita da tolong jaga da bagi mkn.bukan niat kita nak buang. owh owh.
semalam tika muka di bantal,aku tertanya.mana bedah tido malam ni.apa dia makan.tau ke dia hidup.kan dia penakut? tapi aku xde jawapan tuuu. :'( sob sobb~

Saturday, December 11, 2010

back to basic

kembali ke asal pulangmu, marilah.balik uia.cuti da habis. owh taksuka dan tak teruja.ini sem terakhir.ada sikit gundah.eh sikit ke? tak tipu, banyak gundah. aaaa :(  bertabahlah. (padan muka.kau jgn nk kesin sgt kat dia ni.sendiri cari bala)

kembali jugak ke asal  kira-kira 4 tahun yang dulu. masih percaya dan menaruh harap pada brand yang sama. yaang beza kali ni mungkin lebih dewasa. percayalah. kotak gold ya. berusaha!. (usaha la sangat dah 200 burn sekelip mataa. nah nah hulur bayaa mcm xnak pandang)

sama macam hari ni dan esok esok serta seterusnya.kembalilah pada fitrah.tiap yang tuhan jadikan itu ada reasonnya. :)
mungkin nak tunjuk,siapa kawan tika susah tika senang.dan alhamdulillah.xde lagi kawan kawan lari walau ada cacat pada celanya. cacamarba.haha (gelakkk la walau terpaksa pulang ke kota)

Friday, December 10, 2010

menclearkan tag'py :)

menjelaskan taggy yang terhutang dari miss sunday yang rawrrr~  :D
1. 3 names I goes by
= ras 
= along
= er mek! 



2. 3 jobs I have had
= budak partime muzium negara
= pramusaji D'ara caterer
= hai saya menerima tempahan manik manik!


3. 3 places I have lived
= rumah manis rumah
= kg. gumbak
= er garu-garu kepala


4. 3 favourite drinks
= jus jambu + sour (oh oh) ^_^
= laici susu
= bandung


5. 3 tv shows I watch
= CSI
= The Mentalist
= Spongebob!


6. 3 places I have been
= Sipadan island!
= Melaka pun bole kan? haha
= owh the most, Kuala Lumpur bebeh. haha


7. 3 places I would like to visit
= Queensland :O
= Karambunai, Sabah
= ha Kampung Kelip-kelip Kuala Selangor  :D


8. 3 favourite old tv shows
= Er
= Kampung Boy
= Fullhouse


9. 3 favourite dishes
= apasajaairtanganmaksayaaa
= sikit kepala udang.sikit saje
= strawberi woww~


10. 3 make up product I can't live without
(er ini pun keneee kee?) -__-"
= skinwash + moisturizer
= sikit eyeliner
= lipbalm :)


11. 3 things I'm looking forward to
= rajen2 siapkan testis.eh tesis  =_="
= kulit muka yang sehat dan xde parot jerawat
= graddd dan keja. mudah-mudahan. ha doaakan ya :)

okk dah.kemasss kemasss.owh owh malas.


petanda calon suami

calon-calon suami mesti lelaki.yang kaya yang ada rupa yang teror mulut bicara.owh haruslah juga yang suka memuji gua.paling penting.
paling paling penting mesti rajin lipat kain.argh!
ok tak ini semua aku tipu.

bermood perlu pulang ke uia dan mengemas barang gila malas.dan paling malas kemas kain lipat kain. campak semua kerja rumah,sapu lantai,cuci pinggan,jahit manik,masak air, semua aku bole lagi kenyit mata.kalau dah suh bab kain main owh owh rasa macam nak demam.haha melampau gila.

tak cool la rasa nak kene balik uia dalam hati ada sikit tunggakkan kerja.eh sikit ke.

berpaling tadah

hari ketiga baek pulih setelah jatuh sakit adalagi sedikit senak dan sebak.eh jatuh sakit macam teruk benar sakitnya yea? haha dan xdelah sebak.cuma sikit senak.ini tak tipu.bercakap dan gelak gaya sopan. hik3.
nanti esok esok pulih la sepenuhnya. selera mati pun xberapa nak hidup lagi.sebab awan kumulus menghadam tak laju laju mana.owh tak tak.xde awan kumulus.cuma makan saja yang tak laju.perlukan variety type tuk sumbat.kalau makan pun atas nama 'owh terpaksa'

semalam bila mak berpaling tadah dengan tido seketika dia mengusahakan ini. 'konon' pizaa. haha biar la mak aku konon.mak kau ado? eh tak tak.gurau kasar sikit je dol.nah kasi skit bauuu.amek bau dah la.rasa bagi aku sedap je.cuma er er tang keju cisdale tu da kata buat sebelum tido,dia jadi sikit miserable. haha dah jangan nak mengada.nak makan tutup mata.xnak makan pegi tido.


bangkit awal2 pagi tadi pun berpaling tadah juga pada tido lama.konon bagi support kat mak (lagi) dia ada majlis khatam quran. eh ni tak konon bagi support.ini memang usaha menyupport. haha luck luck mak.ok dah. xde guna sebab dah selesai.semua cacamarba lebih kurang seminggu dua ni di akhiri dengan alhamdulillah. ceh,dan dan esok lusa aku nk tinggal rumah jugak masa lapang mak baru ada. tapi tak mengapalah.janji semua selamat sudah.

sebelum kejadian

                                           minah-minah ni xde peluang berpaling tadah. haha :D

selepas kejadian.oh sambil tgu mak yg gile lama sebelum pulang.


kami pulang bila semua da selesai sebelum jumaat.dan penat lahhh.berpaling tadah pagi-pagi jumat ni sikit semput.mungkin sbb belum sehat sepenuhnya.haish. owh dan sebenarnya aku xde niat nak berpaling tadah dengan cerita-cerita ni.sebab sepatotnya sekarang (selepas asar) berplan nak runcit2 berkelah ke pantai.tapi tapi itu tadi.tatkala panas yang kononya jugak pkul 3 tadi jugak nak ke hot spring.tapi elok lepas asar,hujan berpaling tadah.hujan mencurah-curahh.maka ini lah kejadah aku.sama-sama berpaling tadah.

                                                                                            p/s: ngaaaa nganga mulut tadah air hujan lahh~
                                                                                                                                                      :( 

Wednesday, December 8, 2010

untuk awak yang percaya ada awan kumulus dalam perot saya, terima kasih la ya :)


nak taruk gmbau tapi mcm eh xpela kan? ini ehsan dari pacik gugel. :D
"Awan kumulus ialah awan yang bentuknya seperti bunga kobis. Ia agak tebal dan mempunyai sisi yang jelas. Awan kumulus boleh dijumpai bersendirian, dalam satu baris atau dalam gugusan. Faktor-faktor seperti ketidakstabilan, lembapan dan cerun suhu sering menjadikan awan jenis ini sebagai pelopor jenis lain, contohnya awan kumulonimbus.
Awan kumulus terjadi akibat proses perolakan. Awan ini terbahagi kepada 3 jenis, iaitu: awan starto komulus iaitu awan kumulus yang baru terbentuk, awan kumulus dan awan kumulonimbus. iaitu awan kumulus yang sangat besar dan mungkin terdiri beberapa awan kumulus yang bergabung menjadi satu."

hehe.terima kasih cikgu! 
gua makin sehat :D

Monday, December 6, 2010

cetek ilmu di dada?

agak menjadi sedikit babi menjadi orang sebelah yang dungu dan bahhahol pemikiran.


“Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya”. (Riwayat Muslim).


mak ingatkan,
"sedangkan kita ini jiran.walhal ibu bapa yang mengandungkan lagi hina mereka perlakukan?"


selama mana tahan.sabarla sayang.bumi tuhan ini merata kehidupan.setegar ini hanya satu ujian.
salah satu.

Sunday, December 5, 2010

melihat gambar lama ada rasa angkuh yang menyesalnya xde guna.bodoh.

pertama kali aku xpernah bgtau manusia siapa aku sekarang.
xpernah siapa.
bagaimana aku berdiri sejak 6bulan kebelakangan.
aku diam.
diam.

tiap soalan soalan dan sapaan yang aku tau.
ya aku tau mereka cakna.
tapi apa aku mampu buat?
aku xpinta.

sedeh.
lama aku simpan dol.
malu aku da lama hilang ke bucu paling hina.

sebab aku manusia.
                                                                                               sama macam kau.kau.dan dia.

ada (sikit) gusar

"mendengar hujan berciciran,kain di ampaian berterbangan"

aceh.disember xpernah lagi bulan hujan.selamaya bersnow sahaja.eh bukan berhujan saja.bila hujan, antara siang dan malam hnya ditentukan oleh jam.tapi pastikan,dua kali pk.kalau tgk pkul 10 pagi tapi rasa mcm aaaa pkul 10malam,ingtlah nasi lemak di dapur tak boleh tahan.haha.itu lah, bila hujan ni ada (sikit) gusar. sikit saja.sila percaya.

bila hujan,tido mungkin aktiviti harus.ini gusar kecil.x apa,kalo xtido pun mungkin berhibernasi je la.
bila hujan,kain di ampaian akan bermasalah.lambat nk kering walhal dalam mesin ada tgu.dan ada dua lagi que haidar dalam bakul.kalau rajin mengiron lah.kasi cepat kering.owh ini gusar agak besar sikit.kerna kain tiap2 hari pakai.kalau tiap2 hari duk iron maunya bil letrik melambung tgi.gusar bukan?
lain,bila hujan,nak ke manamana ada sikit malas.sikit saja.sebab nti nk keluar kene siap2 gaya menghadapi hujan.agak leceh.basah sana basah sini.owh menggusarkan.alternatifnya mungkin smbung berhibernasi.

bila hujan,yang paling gusar.eh tak.yang ada (sikit) gusar ialah makan.owh owh gusarnya. xberhenti.ada saja bekalan.konon "kena bersedia menghadapi banjir.jadi penuhkan laci dan peti dengan makanan" aaaa ini tipu.mana pernah banjir naik sampannn.alih2 takot masuk angin.haruslah makan.eh bukan apa,takot jugak expired date.owh gusarkan expired date maka kena makan? haha

kesimpulan.bila hujan,xmahu tido,xmahu kuar jalan dan kena makan,mak rajen terlebeh memasak makanan.itu pun satu gusar.kalau xhabiskan,kecik hati mak.maka kena jugak makan kan.
owh tidak.sangat mengusarkan.seperti ini?

 
ha ini juga? eh tak.ini tipu saja.

oh hujan.jangan selalu lama.penat nak menggusaar. >,<". 
eh tak.aku tak apa apa. haha
:)

sesuatu 3

tiap kali sebaris ritma itu aku amati dalam dalam.aku buang rasa ingin bercinta.

kecik hati.
aku tak tahu macam mana nk berbakti.
dan mencari.

Saturday, December 4, 2010

ah-mir!

badly damm great to have them.
oh oh. >.<"

mereka sangat sangat setail yang sungguh menyentuh kalbu.pastikan hadiah birthday aku akan datang sekeping cd yg semuanya dimuat turun lagu merekaaaa.oh ohh.
semua cover cover mereka lebih elok untuk didengari dari yang origenal punya.
plisss~

heh.kau gila ya?

jangan kira

dalam antara kau dan dia.
biar hanya kau dan dia.

aku tak mahu ada.
tak mahu.
walau aku mungkin temu bahagia.

LOVE? simple isn't it?

im happy if u are too.

:)

al-rite

apa semua yang tulis tak pernah kadang ada benarnya kerana realiti yang depan mata penuh dengan khilaf menunggu untuk manusia manusia berusaha.termasuk aku.dia.dan dia.

maksudnya : kita.ya kita.

"kasta?"

sebaek sahaja berpusing belakang dengan hati yang sikit saja sebal.sikit saja ya.emak bersuara ada benar.

katanya memang la trend tudung ariani dan indon sekarang berleluasa.sama dengan selendang yang belit-belit dan pusing-pusing kat muka.sebab semuanya "mampu milik".

yela ada benarnya.semua murah dan mampu milik.aaaaa menjadi perempuan ini pelik.

Thursday, December 2, 2010

hanya jauhari menikam manik kan?

satu petang dengan kecelakaan yang tak nak digambarkan.moody gila smpai terbawa2 ke malam mungkin.haha apalagi memaksa mengadap manik.sekurang-kurangnya aku diam xbercakap.dan menyalurkan kemodian ke jalan yang benar.ehh benar ke? haha
peduli apa aku tak kacau orang.

dan taraaa.ini hasil kerastangan lagi.momi cipta satu pantang,kalo mengadap menatang ni mulut mmg xkan bunyi.dia hilang kawan.haha.buat ni xsmpai 24 jam pun.dengan tolak waktu tido about 8 jam.eh ke 9 jam? haha tolak waktu tgk CSI lagi 2jam, tolak mam sejam.sejam je ok,mn bole makan lama2 nti gemuk.haha tolak lagi mandi jalan-jalan kemas rumah jemur kain dan perkara-perkara seangkatannya,haa kira la berapa lama je buat benda ni.haha heh kau?matematik tinggi sangat ke? aku sndr pun xkira cuma yang tau kejap je.kurang dr tempoh 24 da selamat siap~
yay! :D




seronok bukan bila hasil halus ni berkumpul membentuk kenyataan? seronok? haha kau tak buat mmg la gila seronok.
ce try buat skit,dapat? ado siap? haa haa belagak?

>.<"

oh tak.saje je tanya.selanjutnya,tgu baju sndr siap.ntah sempat ntah tidak.tapi kebiasaanya memang baju sndr terabai~
"anak kera dihutan diberi makan.anak kucing dirumah dirotan-rotan"

Wednesday, December 1, 2010

mahkamah?

"people talking.people nagging.people saying.without feeling."
alih alih showing off.

"aku hebat.aku lebih.aku kaya.aku punya segala-galanya."

tak adil bukan.bagi sesetengah manusia aku pun xpaham.kadang amenda manusia2 buat tu xpk dlu ke? or mmg xsedar ke subject matter dia tu mcm "eh xguna pun la buat mcm tu."

and ofkos another rest of people lain,they judging.serius do aku xpaham.
manusia manusia ni apahalnya?

tiap perilaku nk kena timbangkan semua ayat, "nanti apa orang kata?" ke?
personally,aku tak suka.

aku bukan mengadili manusia atas apa yg dia tunjuk depan mata.selebihnya terpulang.
gayanya aku takde la sempurna dan lengkap mana,tapi cukup senang dan syukur dengan apa yang sedia ada.dan xpernah lagi meminta-minta kalo pun kau lebeh harta dunia.
buang riak sebesar biji sawi.xde makna bagi aku sbb xdapat bawak masuk sorga pun.

p/s : "kau" xde sape2.rambang talking tuk awal disember :)