Sunday, October 28, 2012

sesungguhnya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung jumlahnya

konfliknya menjadi aku, mengenai rezeki.
mengenai nikmat tuhan yang selalu meminta dan belum lagi aku perolehi.
tentang perasaan dalam yang dalamnya aku simpan.
jarang aku ceritakan. perit.
tentang payahnya kehidupan untuk setahun ini aku lalui.
dan aku diamkan. 

aku, yang selalu rasa tak ada tempat terbaik untuk mengadu.
tentang apa yang aku mahu.
sebab aku takut sangat andai tergolong dalam kelompok tidak bersyukur dengan apa yang ada.
dan aku diamkan. 
sebab aku yakin, aku percaya yang memberi itu tuhan.
yang belum diberi lagi juga Dia simpankan.

dalam setahun ini aku ada sikit gagah.
dan biasanya malam dan pagi dhuha yang tak gagah, aku pun menangis juga. 
aku menangiskan pada keinginan kerja, kemahuan bekerluarga dan kesenangan dunia.
tapi aku tetap bersyukur, untuk setahun ini, ini saja yang aku ada.

dan paling aku tak sangka,dalam banyak kekurangan aku ada lagi manusia yang mempersoalkan nikmat tuhan padanya. dan persoalannya membuatkan aku lagi bersyukur pada tuhan, walaupun aku xkerja xde laki xde keluarga sepertinya.
sebab aku tetap percaya, yang memberi itu tuhan.
yang belum diberi lagi juga Dia simpankan.
ameen.



Sunday, October 14, 2012

Fabric Handbouquet

This is a quick announcement : for those who looking for handbouquet, im the one who can make it happen.  sebelum ni people might get know with intanorazam branding but unlucky beliau da x open for any orders due to his lilttle baby. jadi marilah, disini dengan sukanya anda boleh menempah dan mengorder handbouquet in a different version.

I would love to play and mix with the material to make a new looks. ada fabrics+ribbon+tissues paper+beads+buttons and other materials up to the customer requested.













if anyone who would like to have an order dan berminat untuk mencuci mata, just click here Anggun's Touch fb page for more info and pictures :) 

Saturday, October 13, 2012

riding a bicycle, u learn how to balance

darah muda dan usia muda kadang rasa sabar tu xtebal mana. tipis je mcm rambut ditiup angin. menjaga orang tua yang xtau kenang jasa tanpa rasa terima kasih benda tu mcm lebih kepada belas dan ihsan manusia. kalau lah benda xdepan mata, mati la dilongkang skalipun belas dan ihsan tu kau tak rasa.

aku cuma rasa satu. yang rasa kalau pun kita panjang umur akan tua jugak satu hari nanti. aku xnak ibubapa aku hanya menerima belas dan ihsan manusia. dan andai pun aku mati dulu sebelum sang suami, pun aku tak mahu sang suami hidup dengan belas dan ihsan manusia. kerana aku rasa kita semua akan tua.

biarlah sampai tua hidup berkeluarga dengan telus kasih sayang, cinta dan rasa dipunyai keluarga. rasa yang satu ini kadang bawa aku kepada sabar.  

Monday, October 1, 2012

impian dan cinta?

mungkin aku yg xdeep. 
kenapa semua yang bercinta mengimpikan kota paris? effiel tower? apa ada?
kalo paris je, kota cinta. mcm2 yang berhalkan cinta. 
dan paling xsngka aku bercinta dengan org yg punya cita-cita ke kota cinta paris.

sampai la baru baru ni aku jumpa satu gambar, org baru kawen smpai sanggup ke paris dan upah,taja skali photographer untuk berlatar belakangkan effiel tower. fuyoo apa ada pada perasaan kalaupun kita di paris?

sampai sekarang aku masih xfaham. xdeep. 
ntah. mungkin kalau aku dah ke sana baru perasaan tu datang?
tapi xperlu la tunggu paris mahupun effiel tower kan. im always fall in love :D