Friday, May 14, 2010

Sesungguhnya,

memiliki perasaan itu adalah sesuatu..
menyimpan perasaan itu adalah indah.
menikmati perasaan itu adalah bahagia.
meluahkan perasaan itu adalah kebebasan.
menyentuh perasaan itu adalah sayang.

Namun,

membiarkan perasaan itu adalah bahaya.
menolak perasaan itu adalah risiko.
mengenepikan perasaan itu adalah seksa.

kerana ia tetap menjadi sesuatu..
yang belum tentu.

Kalau aku pernah bahagia, tentunya ia keranaMu.
Yang Maha Cinta.
Jika aku bahagia lagi, pastinya ia keranaMu.
Yang Maha Kasih.
Andai aku tak berbahagia lagi, mengertinya jua ia keranaMu.
Yang Maha Besar.

“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahanku dan kesedihanku..” (Yusuf:86)

No comments:

Post a Comment