Tuesday, April 20, 2010

stigma?

sejambak peristiwa yang bakal saya ceritakan ini berlangsung dalam satu pagi yang sama.huh.

kes 1
seorang jiran lama berbangsa melayu,yang baru jumpa sejak pulang.
' da besar pun sekarang,da habis blaja ke? bile agak-agak nak kenduri ni? '
' blaja ada setahun lagi,nak kenduri ape pakwe pun tak tahu mana lagi '
' tipu la '

suda.saya kekeringan idea untuk bersembang.

kes 2
kawan skolah rendah berbangsa india,merangkap pemilik kedai runcit bapak mertua dia.
' eh balik cuti ke? lama tak tengok. maintain je dari dulu '
(haha mantain ke?yela mantain laa dari nak dibandingkan dengan beliau yang suda beranak satu tu)
' ha cuti,eh biasa- biasa je.baby mana? '
tiba-tiba mak mentua kawan saya tu muncul.senyum sambil bawak baby chomel.
' blaja lagi ke da kawen ni? lama tak tengok '
' er er blaja lagi '

sebelum kuar dari kedai kawan saya tu,dia sempat berbisik,
' agak agak bila aku nak dapat jemputan kawin eh '
heyy pertanyaan tak beragak betul.haih,sabar je laa~

kes 3
kawan mak saya,berbangsa cina.setelah selesai berurusan dengan mak saya,dia yang dari tadi saya hadiahkan senyum senyum manis,giliran dia pulak nak hadiahkan saya paku serpih.
' anak ke adik ni '
' aunty rasa '
' anak kot '

mak saya tersenyum mengiakan.
' haa bagus laa.mak muda lagi anak da besar gajah.awal awal,mudah rezeki cepat dapat menantu.kenduri takde la penat sangat.pastu da tua seket,dapat cucu boleh teman kan '
ehhh aunty,panjang pulak ko berbahasa.dah dah saya suda mula rimas.mengisyaratkan pada bonda cepat cepat masuk kereta.

cis.kalo tadi saya hanya diam,haa ni.sepanjang dalam kereta perjalanan pulang,bising saya pulak bebel.bonda seblah hanya ketawa terkekeh.

saya pikir hanya stigma orang orang melayu yang hanya akan berpikiran bahawa jika ada anak gadis yang bujang,soalan popular 'bile nak kawen' 'bile nak kenduri'.rupanya mak cik cina pun sama.
alooohai~ingat keje pempuan ni kalo da besar besar memang keje kene kawin ke?
dengan panas terik memandu,lagi hangat saya bising berpotpet.rimas amat satu hari saya pegi,bertubi tubi hentaman saya ditembak.cis..

sampai depan pintupagar skolah si kanakkanak,seronok dia datang tersenyum lebar masuk kereta.segera saya tanya,
'ha xnak tanya pulak bila along nak kawen ke?'
terpingapinga si kecik tadi.haaaa?
apakah kau mencarut pada dia ras?

sepanas panas cuaca tengahhari,panas lagi soalan soalan mereka tadi.
secawan mencarut,puas seketika.huh.

2 comments:

  1. mmg rmai mlayu tipikal cmtu
    tp kalo cina cmtu agk pelik la
    mgkn cina ganu je cmtu
    dorg leby dkat dgn mlayu
    bgs~
    eh awk ble nk kawen?

    ReplyDelete
  2. (tengok pandangan tajam saya ni)
    ehem
    jangan tanya soalan keling
    tercabut butang tu kang~

    ReplyDelete