Saturday, October 31, 2009

mula menulis lagi..



Daku mula menulis lagi.
A B C D....kembali mengenal abjad..


DULU..

rumput itu hijau aman,damai dan menenangkan..
selesa sangat...nak golek2? haaa..tertonggek pun boleh, kerana hati senang,riang dan lapang.
jua berteman?

SUATU HARI,

rumput tu tak hijau lagi.bukan sehelai dua..tapi satu hamparan hampir mati..
hijaunya tak lagi ada seri..ada kaler kuning2,pendek..tak tinggi-tinggi..

Laman tadi sepi..dah takde tergolek2,tertonggek2...hanya termenung dari tepi..
hati terus sunyi,empty..langsung tak ada isi..
rupanya teman tadi telah pergi..  

rumput hijau tadi,hidup segan..mati?belum lagi...mana senang nak mati,kan akarnya gugusan mencengkam bumi...mana mungkin senang nak turut sama pergi.
cuma rumput tadi perlukan masa nak tumbuh kembali..
kerana hidup tak terus berhenti selagi bumi masih di paksi..
rumput itu berusaha untuk tumbuh sekali lagi.

SEKARANG...
laman tadi masih belum berseri..tapi rumput tadi tak lah kering lagi..dah ada yang panjang,boleh menampung embun rintik pagi-pagi..perlu masa lagi..
hati,belajar memenuhi..


Percaya janji TUHAN,DIA tak pernah mengainayai..kadang kesusahan dalam hidup tu ujian untuk menguji..sejauh mana hati tabah menempuhi..
bergantung pada diri,matang untuk menghadapi..


kesabaran itu kekuatan diri
bersama belajar erti syukur dan menghargai..

No comments:

Post a Comment