Sunday, August 8, 2010

sebelum benar malam

suatu petang yang aku xpusing bila.lama dia diam.
mencari sesuatu dalam gerobok lama kat belakang.katanya cari baju,pelik.baju baju dalam tu semua yang lama punya.tapi aku biar sajalah.tak salah pun.dan budak,perhati dan lihat sudah.

bila aku keluar bilik usai maghrib.penampilannya sedikit pelik.
tshirt lengan panjang.pink kaler.
gaun lama paras lutut.yang talinya satu tersangkut di bahu.peach kaler.
seluar tido panjang.pink kaler juga.


kelebihanya itulah.pelik tapi pandai padankan warna.cuma aku tak pasti jika dia mahu ke mana mana.yang hanya aku ada janji,mahu keluar sekejap saja membeli roti.itu pun sekejap saja.

aku malas nak tanya sebab nampak dia selamba.dan selesa.takut2 kalo bertanya pula dia malu dan angin putus.cuma kata aku terlepas juga "canteknya"
bila aku ralit selepas membaca kitab tuhan.si ibu itu datang katakan,
dia berkenan cara aku pakai untuk satu malam lepas.aku pun menyahut "ooo iyalah"
sambil ketawa.

terharu.dari kecik aku kenalnya yang anti pada gaun seperti perempuan,tapi tak sangka kemahuan maniru gaya itu membawa dia depan gerobok lama.dan bila aku sapanya hanya sahutnya, "kita adek beradekkan?"
ya sayang.xda beza :)

No comments:

Post a Comment