Tuesday, August 17, 2010

(tak)seindah yang disangka

hari ini hari selasa.tujuh hari puasa.
di kanturnya,bos sikit galak untuk berbicara.
senang hati mungkin.
tapi dia pura pura sibuk.
sebab masih terasa sisa sisa kena amuk.

rezeki ramadhan.tuhan kasikan bubur lambuk.
datangnya dari sepakat masjid wilayah.
wah bahagianya hidup.
dari pura pura sibuk,dia bingkas betul betul buat sibuk.
sebab hatinya kata, "bukak posa ada bubur lambuk!"

bubur lambuk bertali pink.
ternonong nonong pening.
sebab kala jalan pusing,dia huyung pulang.
hatinya kata, "bukak posa ada bubur lambuk"
senyum tersumbing sumbing.

dalam diam dia mengusap plastik bertali pink.
masih lagi hatinya senang, "bukak posa ada bubur lambuk"

lenggang pulang,dia singgah mencari makanan.
dari depan,halanya ke belakang.
"alah,xda berkenan"
tapi dia lupa tiba tiba,
"eh bubur lambuk bertali pink!"
lantas bergegas pulang hingga dia lupa.
"er tertinggal payung di dewan makan"

kerana bubur lambuk untuk buka posa.
ibarat dia mahu tayang satu dunia.
dan mahu saja dia bertanya pada ibu indonesia dibelakang rumahnya,
"saya bukak posa ada bubur lambuk"
dengan megahnya.
tapi dia tak sanggup nak tanya.sebab nanti kena seperate dua.

bila senja sampai masa.
buat kali akhir lagi hati berkata
"bukak posa ada bubur lambuk"
lalu di aminkan doa allahhummaba.

tapi.
sesuap saja ditelannya.tak sedap rasa katanya.
owh bubur lambuk?
serius, hatinya bisu untuk terus berkata.
cuma kali ini tangannya pula taip bicara.
"rindu bubur lambuk mama"
dan dia bergenang air mata.
lalu dicapainya biskut chipsmore semantara menunggu gadjetnya berirama.

"naseblah chipsmore masih lagi dalam plastik kuning"hatinya memulakan kata.

No comments:

Post a Comment