Sunday, November 7, 2010

satu pagi bukan milik dia

jeritnya, "aku benci kau.sampai mati."

aku tampar pahanya.membisikkan "jangan.dia sebahagian hidup kau pernah kongsi."
dengan tajamnya dia berbunyi, "pegi mati."

aku sentuh lengannya.memujuk lagi, "sabar.lama lama nanti rasa ini kau boleh atasi"
dengan laju dia menjawab, "aku benci."

aku gengam tangannya.menyambung kata, "kau tak perlu benci,tak perlu minta dia pergi mati.kau hanya perlu langsung hidup seperti biasa.tanpa dia.hanya tanpa dia.itu saja"

belum sempat dia meluahkan rasa seterusnya.aku bangun laju menuju katil.tanpa memandang dia.lalu aku menekup bantal dimuka.
ingin menyambung lena.sambil hati kecil berkata,
"aku tak pandai pujuk mana."

sebelum benar dunia gelita,ayat akhir "aku ada apa."
selebihnya terpulang untuk dia.mahu termenung lama meratap nasib atau sedar bahawa rayuan cintanya semuanya hanya satu buang masa.


aku hilang dalam mimpi aku sendiri.tanpa dia.

No comments:

Post a Comment